Kini klip video yang di maksudkan dengan penglibatan DSAI dalam kes ranjang dengan seorang pelacur Cina telah di muat naikkan dalam You Tube. Siapa kalangan agen yang menguruskan pengedaran ini belum ada maklumat lagi, tapi yang penting orang ramai mula dapat melihat dan menilai sendiri peranan yang dimainkan oleh pihak polis dan kepimpinan negara dalam usaha menyelesaikan isu ini.
Petikan dari Malaysiakini melaporkan beberapa laman web anti pembangkang menyiarkan laporan bahawa video yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak tengahari.
Semakan Malaysiakini juga mendapati video yang dilabel sebagai “VTS 01 1" itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "thepowercam." Maklumatnya di Youtube menunjukkan pengguna berkenaan menyertai laman kongsi video itu semalam dan dikatakan berasal dari Thailand.
Video sepanjang hanya 1 minit 41 saat itu adalah sumbangan tunggalnya. Sarikata dalam bahasa Thai itu berbunyi: "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011"
Sebelum ini, beberapa pihak mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.
Sebab daripada imej manusia yang dikatakan Anwar itu jelas bukan Anwar.
Apatah lagi video seks fitnah ini dikatakan ditayangkan secara penuh di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), demikian kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.
Video 21 minit itu dipertontonkan kepada peserta BTN termasuk mahasiswa di Pulau Pangkor baru-baru ini, kata beliau.
Selain itu “puluhan” orang kampung di Penanti, Pulau Pinang juga dikumpul untuk menyaksikan video hitam putih itu di pejabat Kemas kawasan itu, tambah beliau.
Jelas ia semata-mata gerakan untuk mengaibkan Anwar, menjatuhkan Anwar dengan apa cara sekalipun sekalipun dengan mengedarkan video fitnah tersebut.
Sekaligus penayangan secara terbuka itu sekali lagi menyerlahkan tangan agensi persekutuan tertentu dalam menyebarkan video fitnah itu kepada orang ramai.
Ia agenda kotor dan jahat Datuk T & UMNO.
Jika begitulah permainan Najib, Datuk T dan UMNO, kesemua mereka akan binasa. Tunggu masa dan ketikanya saja.
No comments:
Post a Comment