Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, April 15, 2011

RPK - KENAPA JADI BAGINI,



Berikutan dengan pendedahan dibuat oleh Raja Petra ( gambar ) yang telah disiarkan oleh TV3 yang mengatakan bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan Najib Tun Razak berkata beliau berterima kasih kerana kebenaran bahawa beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak terlibat dalam kes wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu akhirnya muncul.


Perdana Menteri berkata beliau tahu yang kebenaran mengenai dakwaan dibuat editor blog Raja Petra Raja Kamaruddin menerusi akuan bersumpah (SD) pada Jun 2008 akhirnya akan terdedah satu hari.

Benarkah kebenaran telah didedahkan oleh Raja Petra?

Cuba baca semula apa yang Raja Petra katakan "Di dalam sd saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam sd. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Menurut Raja Petra beliau menerima maklumat berkenaan daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican dan seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

Kebenaran sebenarnya belum terserlah selagi Pihak Berkuasa tidak menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan Raja Petra didalam akuan bersumpah atau SD yang dibuat untuk menghalang Najib menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan Tengku Razaleigh dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dan hari ini pula lebih banyak nama dikeluarkan dalam tulisan Raja Petra antaranya ialah Blogger Pro UMNO Big Dog Dot Com dan Rafizi dari PKR turut tersenarai dalam konspirasi ini..

Baca petikan berikut..

“The whole objective of this exercise was to block Najib Tun Razak from taking over as Prime Minister. If Abdullah Ahmad Badawi can be forced to resign, and if Najib can be blocked from taking over, then Tengku Razaleigh could become the next prime minister.

Earlier, a meeting was held in Tengku Razaleigh’s office. About 30 people attended the meeting cum buka puasa. A few Umno bloggers such as Big Dog and so on were there. PKR people like Adlan Benan Omar and Rafizi Ramli also came. And many others whom you will know if I mention their names also attended (I will leave it to them whether they want to surface, but they know who I am talking about).

The purpose of this meeting was to explore how it can be engineered so that Tengku Razaleigh can take over as prime minister. Bul, of course, was the ‘main speaker’ with all the ideas on how this can be achieved.”

Sepenuhnya baca di sini.. http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/39695-now-that-the-shit-has-hit-the-fan

Jadi Najib telah berterima kasih terlalu cepat kerana kebenaran belum tersingkap sebenarnya dan aku amat bersetuju dengan pendapat YB Balik Pulau ini..


Yusmadi : Siasat Semula Kes Altantuya

SHAH ALAM 14 APRIL : Dalam keghairahan untuk menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, laporan TV3 semalam mengenai pendedahan Raja Petra Kamarudin membuka semula pelbagai persoalan mengenai pembunuhan Altantuya Sharibuu, kata ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff.

TV3 dan media arus perdana hari ini cuba memberi gambaran bahawa Raja Petra dipaksa membuat kenyataan bersumpah oleh pejabat Anwar untuk mengaitkan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor kepada pembunuhan warga Mongolia itu pada tahun 2006.

Yusmadi berkata laporan itu bertujuan menimbulkan kecurigaan untuk menghakis sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya negeri Sarawak Sabtu ini.

Namun menurut Yusmadi yang juga Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), apa yang lebih penting di sebalik temu bual itu ialah pendedahan terbaru Raja Petra mengenai beberapa individu yang boleh membantu siasatan kes kematian misteri model Mongolia, Altantuya Shaaribu.

“ Ya memangkan nama Anwar Ibrahim cuba dikaitkan, ini punya kaitan langsung dengan implikasi atau impak terhadap kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim dalampilihanraya kali ini tetapi yang lebih penting di sini ialah temuduga itu telah dibuat sudah lama di Australia. Kenapa ia disiarkan pada masa ini?,"soal Yusmadi.

Yusmadi berkata kenyataan Raja Petra bagaimanapun harus mengundang polis untuk membuka semula siasatan mengenai pembunuhan Altantuya.

" Tapi saya sebagai peguam melihat ini sebagai isu undang-undang dan isu jenayah yang perlu ditangani secara jenayah walaupun cuba dimanfaatkan oleh pihak Barisan Nasional dan TV3 untuk kepentingan politik. Yang penting ialah untuk keadilan kepada mereka yang terlibat dan pihak polis perlu membuka kertas siasatan bagi merungkai banyak persoalan dalam tragedi ini yang menyebabkan kematian seorang warga Mongolia,"katanya.

Semalam dalam temu bual Tv3, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor terbabit dalam pembunuhan Altantuya.

Namun beliau mendakwa kenyataan bersumpah itu bersandarkan maklumat yang diterima daripada beberapa pihak.

“ Kenyataan Raja Petra berdasarkan interview yang dilakukan di Australia menunjukkan satu perkara yang amat memeranjatkan dan perlu diberi perhatian serius oleh pihak polis kerana ia merujuk kepada apa yang saya lihat sebagai keterangan baru kerana nama-nama yang disebut atau bukti-bukti yang disebut seperti mereka yang kononnya mempunyai maklumat yang relevan untuk kes Altantnya. Antaranya nama-nama seperti leftenan kolonel yang dikata mempunyai maklumat.

" Jadi saya rasa perkara ini perlu dibawa ke tengah terutama sekali untuk mahkamah menilai terutama sekali apabila kes Altantuya ini untuk rayuan untuk mereka yang tertuduh yang telah didapati bersalah,"jelas Yusmadi.

Raja Petra dalam portalnya hari ini menjelaskan bahawa beliau hanya memberi wawancara kepada TV3 untuk menarik perhatian polis supaya menyiasat kandungan kenyataan bersumpahnya pada Jun 2008.

Akuan bersumpah itu dibuat berasaskan maklumat yang diyakini dimiliki oleh perisikan Angkatan Tentara Malaysia (ATM) yang mengesahkan kehadiran Rosmah dan dua pegawai tentera ketika Altantuya dibom di Puncak Alam, Shah Alam.

Menurut Yusmadi, nama-nama seperti Lt Kol Azmi Zainal Abidin, Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan Din Merican yang disebut Raja Petra adalah penemuan terbaru untuk merungkai misteri kematian Altantuya.

" Jadi di sini adalah wajar dan perlu untuk pihak polis dan pihak bertangungjawab membawa keterangan-keterangan tersebut untuk dinilai oleh mahkamah. Dan kerana kita tahu sehingga hari ini pihak berkuasa iaitu kedua orang polis UTK itu, bahawa mereka tak bersalah dan isu besar yang menjadi tanda tanya ialah isu motif,” kata Yusmadi.

“Apakah motif sekiranya melakukan pembunuhan tersebut. Jadi kenyataan Raja Petra itu perlu dilihat secara serius bahawa ada mereka-mereka yang punya maklumat yang boleh membantu polis dan perlu siasatan itu dibuka semula,"katanya lagi.

Raja Petra dalam portalnya hari ini juga turut mengakui risiko Tv3 kerana memutarbelitkan wawancaranya dan tidak menyiarkannya secara penuh.

Kes kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu pada Oktober 2006 mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Dua tertuduh yang dijatuhi hukuman Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar masih menunggu rayuan.- TVS News

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA