Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, April 20, 2011

PULAU PINANG BUKAN HAK BN SELEPAS PRU12

Selepas kemenangan di Sarawak dengan bergaya walaupun kehilangan 8 kerusi, BN terus mendakwa rakyat masih memilih BN untuk terus menerajui kepimpinan negara. Tapi yang anihnya dari segi undi popular BN jatuh dan ia memberikan keyakinan yang tinggi untuk PR terutama calun-calun dari DAP, mereka menang dengan cukup bergaya dan calun PAS yang diamanahkan untuk 5 kerusi juga tidak hilang pertaruhan. Walaubagaimana pun kemenangan kepada BN memang telah diduga.

Sebelum PRN Sarawak PM mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pinang dengan niat untuk melobi undi kaum Cina yang menyokong DAP untuk tidak menyokong calun DAP di Sarawak juga ianya salah satu usaha yang dilihat oleh para pendokong Barisan Nasional, BN, sebagai sesuatu yang mampu memulih sokongan rakyat kepada gabungan parti politik yang mentadbir Kerajaan Persekutuan.

Begitu jua dengan gambaran yang diberi oleh semua media arus perdana terutama media elektronik milik dan pro-kerajaan. Laporan media arus perdana memberi gambaran yang kononnya lawatan itu membawa semangat dan harapan tinggi kepada rakyat Pulau Pinang untuk kembali menyokong BN. Semasa di Pulau Pinang PM berkunjung ke parlimen Balik Pulau, Jelutong, Bukit Bendera ketiga-tiga kawasan ini adalah kubu DAP dan sebuah kawasan yang dimenangi oleh PKR tetapi wakilnya kini melompat dan bertindak sebagai wakil 'bebas' tapi mesra BN di Dewan Rakyat, iaitu Bayan Baru. Seperti biasa kehadiran PM " disambut " dengan riuk pikuh rakyat tak kira dari mana dan bagaimana cara mereka sampai ke setiap lokasi PM berada. Dalam fikiran mereka, inilah peluang terbaik untuk melihat dari sendiri bagaimana merahnya bibir Najib dari dekat.

Bagi kawasan Parlimen Bayan Baru, YBnya sekejab UMNO, kemudian masuk PKR kemudian keluar dan kini Calun Bebas tapi mesra BN, PM telah diberikan tontonan kebudayaan masyarakat Asia Selatan dan yang penting penyerahan borang dari kalangan ahli PKR yang sudah insaf dan menyokong UMNO semula. Tapi yang peliknya, YBnya sendiri tidak berparti.
Upacara ini mungkin boleh disamakan dengan satu babak sandiwara masyarakat Asia Selatan kerana ia tidak lebih daripada itu, satu untuk sandiwara yang didalangi oleh seorang yang pernah menganggotai MIC, kemudian melompat kepada Gerakan, kemudian kepada PKR dan kini ingin melompat kembali kepada BN, sama ada MIC, Gerakan , PPP ataupun PCM.

Apakah hanya dengan kunjungan PM itu pihak BN terlalu yakin perubahan akan berlaku, dan para pengundi akan memberikan sokongan semula kepada BN? itu satu persoalan yang agak sukar untuk dijawab. Atau apakah UMNO masih bergantung harap kepada MCA atau Gerakan untuk meraih sokongan masyarakat bukan Melayu terutama Cina. Di bahagian pulau, kekuatan DAP sukar digugat oleh kedua-dua anggota komponen BN itu manakala kekuatan UMNO hanya di berpaut di Kepala Batas - Tun Abdullah Badawi, Tasek Gelugor - Tan Sri Noor Yaakub. Manakala kerusi Nibong Tebal berjaya direbut oleh PKR dan Permatang Pauh kekal di tangan PKR. Tapi apakah Tun dan Tan Sri Noor akan dipilih semula? juga satu persoalan untuk UMNO.

Angin bertiup, UMNO amat perlu sekali mencari calun-calun baru untuk mengambil tempat dari calun-calun " veteran ", Berdasarkan perkembangan politik setempat dan semasa, UMNO mesti mencari calon dari kalangan muka-muka baru jika ia ingin mempertahan kerusi DUN dan Dewan Rakyat di bahagian tanah besar atau Seberang Perai. Calun baru perlu dicari dan diganti kerana pengundi tidak lagi memangkah berdasarkan simbol parti politik tetapi melihat siapa calonnya. Pemilihan calon mesti menjangkau jawatankuasa peringkat bahagian kerana amalan memilih calon di kalangan pemimpin bahagian tidak dapat menjamin kemenangan untuk parti.

Untuk mendapatkan calun-calun baru adalah masalah besar yang dihadapi UMNO di Pulau Pinang, mereka ketandusan pemimpin berwibawa yang mampu membawa perubahan seperti yang diharapkan oleh orang Melayu. Di kalangan pemimpin politik masyarakat Cina, kepercayaan rakyat harus ditangani terutama dalam isu-isu yang agak sensitif termasuk apa yang disebut oleh masyarakat Cina sebagai ' kow tow' kepada UMNO. Ia adalah sesuatu yang sukar bagi sama ada MCA ataupun Gerakan dan faktor ini membuatkan kedua-dua parti tidak diyakini oleh masyarakat Cina.

Bagi parti gagasan PR pula, PKR juga amat perlu sekali mengadakan sattu " postmortem " yang cukut terperinci, ini kerana pada masa kini kini kedudukan PKR agak rapuh dan semakin hilang sokongan rakyat berbanding dengan DAP ataupun PAS. Kedudukan PAS jauh lebih kukuh berbanding PKR terutama di kalangan pengundi Melayu. Pengundi bukan Melayu juga semakin mempercayai PAS. Pada PRU akan datang, PKR mungkin akan hilang sokongan di kalangan pengundi di Pulau Pinang terutama bagi kawasan-kawasan DUN majoriti Melayu dalam kawasan undi Dewan Rakyat Bayan Baru dan Balik Pulau.

Keyakinan kepada kemampuan DAP untuk mempertahan dan mungkin menambah kerusi DUN di bahagian pulau dan mengekal kerusi-kerusi Dewan Rakyat tidak dicurigai begitu juga di Seberang Perai, DAP agak sukar dicabar di Bagan dan Bukit Mertajam serta kerusi-kerusi DUN dalam kedua-dua kawasan undi berkenaan.

Kehadiran pemimpin pusat seperti Najib, Muhyiddin ataupun pemimpin tertinggi BN yang kerap turun ke Pulau Pinang, ia tidak dapat menjamin kemenangan pada pilihan raya akan datang. Memang sukar untuk BN menawan semula Pulau Pinang. Hanyalah satu kuasa ghaib saja yang dapat membangtu mereka.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA