Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, March 10, 2011

UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA 19


BUKU YANG DI IGAUI UMNO / BN


cabutan teks dari buku " jingga " tersebut.

DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT ( PR )

MEMACU EKONOMI BEPRESTASI TINGGI, MAPAN DAN ADIL

Urusan Perumahan
  • Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah.
  • Mengatasi masalah 'setinggan / peneroka bandar' sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan / atau perkongian tanah dan melalui syarat-syarat pimjaman yang murah bagi membantu setinggan membli rumah mereka.
  • Menyelaras sistem perundiangan antara ' setinggan/peneroka bandar', pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah.
  • Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah.
  • Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.
  • Menggalakkan ketelusan dan pesiangan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.
  • bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.
Prasarana dan Kemudahan Awam
  • Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.
  • Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuh lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.
  • Meningkatkan kecekapan sistem pengakutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.
  • Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuiksemua jenis pengakutan awam.
  • Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan pesatuan mereka.
  • Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.
Alam Sekitar
  • Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.
  • Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangn hutan di jalankan secara terkawal.
  • Membina asas dan kemahiran teknologi bagi untuk melicinkan perlahian kepada penggunaan sumber tenaga alterntif
  • Mengawal sebarang pembinaan di lerang bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.
  • Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antarbangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menerap karbon.

akan datang Isu:
Dasar Bersama Pakatan Rakyat -
Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan.
Perpaduan dan Keadilan Sosial,

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA