Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, March 11, 2011

SISTEM PENDIDIKAN MULA MENAMPAKAN KECELARUANNYA


Apakah realiti sistem pendidikan masa kini di ambang kemusnahan?
Dimana salah dan silapnya sistem pendidikan itu?
Atau apakah ini satu pratanda dunia kian tua dan akan menamatkan riwayat penghidupannya?
Kemana arah tuju FPK ( falsafah pendidikan Kebangsaan ) kini?
Sanggupkan Sekolah Harapan di Melaka menampong semua gejala ini?


Pendedahan oleh Milo SuaM ini amat menyayatkan hati, setiap ibubapa amat perlu dan sentiasa mencurigai tata kelakuan anak-anak mereka, dan kebebasan yang diberikan mesti dan perlu adanya " check dan balance "

Beberapa bulan yang lepas Milo SuaM juga pernah mendedahkan tata kelakuan pelajar yang sanggup mengambil gambar bahagian sulit dan melakukan hubungan dengan " pelajar " lelaki, kini timbul lagi, apakah mereka dari sekolah dan " pelakon " yang sama. kita harap Milo SuaM dapat memberkan penjelasan.


Memang kita sebagai ibubapa tidak memberikan kepercayaan 100% kepada " kebebasan " yang diberikan dan jangan menganggap anak kita yang keluar khususnya ke sekolah semata-matan untuk menuntuk ilmi, kerana di zaman yang serba mewah dan mudah kini adalah tidak mustahil mereka sanggup melakukan perkara yang di luar jangkaan kita.

Kemudahan penggunakan telefon bimbit, kini difahamkan pihak kementerian pelajarn membenarkan para pelajar membawanya ke sekolah pula, kita ibubapa perlu mencurigai mereka.

Kawal dan curigailah " kebebasan " yang diberikan, kerana ianya untuk kebaikan generasi akan datang. Jalan penyelesaian yang terbaik dari kita - ibubapa sendiri .

APAKAH KEMENTERIAN PELAJARAN KINI SUDAH GAGAL DALAM USAHA
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN PELAJAR ATAU
SISTEM KEMASYARAKATAN SUDAH PUNAH?

source:
http://milosuam.blogspot.com

1 comment:

  1. Dah lama dah bercelaru... sebab sekarang ni hanya org2 bodoh saja berkelayakkan untuk menjadi menteri pelajaran.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA