Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, February 16, 2011

GURU & KETUA KAMPONG, MANA LEBIH PENTING?

PRU 12, telah memberi kesan yang cukup dramatik kepada pentadbiran Negeri Perak. PR - gagasan PKR, DAP dan PAS berjaya untuk mentadbir Perak, walau pun pemerintahan cuma 10 bulan tapi banyak perkara yang berlaku dan menjadikan UMNO /BN merancang untuk mengambil balik pemerintahan, cara apa sekali pun itu tidak penting, dan dengan menggunakan agensi kerajaan, SPRM, SPR, Mahkamah, PDRM dan lain-lain jabatan akhirnya kerajaan Perak bawah PR berjaya di rampas semula oleh UMNO / BN.

Satu pembaharuan yang dilaksanakan oleh PR ialah dengan mengadakan Pilihanraya untuk memilih ketua kampong juga melaksanakan temuduga terbuka kepada semua yang " berminat " untuk Ahli Majlis. Tahniah dan syabas kepada kerajaan Pakatan kerana usaha ini lebih menampakkan keterbukaan, ketelusan dan keikhlasan dalam pengurusan dan kepimpinan.

Satelah tamat tempoh penjawat Ketua Kampong yang dilantik pada 2008, semasa " merampas " Perak tempoh hari dan perlantikan semula Ketua Kampong perlu diadakan semula pada 2011. Tapi malang seribu kali malang, kerajaan pimpinan Zambry tidak berani bertindak seperti apa yang dilakukan oleh PR khusus dalam pemilihan ketua kampong. sudah tentu adanya perubahan kedudukan kepimpinan kampong tersebut.

Perlantikan Ketua Kampong kali ini seolah-olah sudah tidak cukup orang, malahan ada kalanya pucuk pimpinan parti juga seolah-olah tidak percaya kepada kepimpinan politik di peringkat cawangan. Apa tidaknya, dalam perlantikan ketua kampong kali ini Kerajaan Perak " perlu " melanggar undang perkhidmatan awam. Ada kalangan Ketua kampong dari mereka yang sedang menjawat jawatan Awam seperti guru, kakitangan PPK dan entah apa lagi.

En. Zaini bin abdul Malik -
Guru Besar SK Sentosa
Ketua Kampong kg. Tanjong
SU MGB ( Majlis Guru Besar Kinta Selatan )

En Zaini bin Abdul Malik ( gambar atas ) seorang Guru Besar, dan menjawat jawatan Setiauasaha Majlis Guru Besar Daerah Kinta Selantan. Apakah termaktub dalam perundangan Malaysia Kakitgangan awam boleh memikul tugasan yang lain pula? Apakah pihak Sumber Manusia di kementerian Pelajaran memberikan kebenaran kepada perlantikan tersebut, atau apakah perlantikan dan cadangan perlantikan tersebut hanya di putuskan oleh pengarah pelajaran negeri sahaja. Selain En. Zaini juga terlibat ialah En. Ahmad Shakir Jamaluddin, Ketua kampong, Kg. Piandang Seputeh, Batu Gajah, GB Sk Ton Indra Wangsa Ahmad ( TIWA )

Raman Arif

Rahman Ariff bin Yeop Selan
Petugas di PPK Kampong Gajah.

Di Dun Kg. Gajah juga terdapat kalangan Ketua kampong yang di lantik masih menjawat jawatan khas, En. Rahman Arif ( gambar atas ) adalah salah seorang kakitangan di Pertubuhan Peladang Kawasan, Kg. Gajah beliau yang juga bertindak sebagai ketua Cawangan di Setia Matang Tok Embin. Nampak nya UMNO kini sudah mula tidak mengiktiraf dan meyakinan mereka yang tanpa jawatan untuk memimpin kampong. Mungkin juga kalangan mereka sudah nampak untuk menggunakan kemudahan yang ada penjawat awam tersebut.

APA NAK JADI DENGAN UMNO KINI?



1 comment:

  1. memalukan kaum guru. bolehke penjawat awam pegang 2 jawatan awam?

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA