Boleh jadi Tok Guru ke diaorang ni? Siapakah ang mursyid? Tapi inilah kot pimpinan UMNO-Bn ang terbaik kot. Ditengah rasuah, skandal, penyelewengan, mereka meruangkan sedikit masa untuk memberi tazkirah! Alhamdulillah. Tetapi mana seorang yang boleh menasihati rakyat Malaysia ang sebenar? Yang boleh dibuat contoh? Kebanyakannya jenis ketam mengajar anak berjalan lurus. Rakyat pun kopius mana satu guru Hadhari dan mana satu guru yang Badwi?
Tazkirah Rais tegur artis berpakaian seksi
Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik. "Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir. Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang. Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.
Rais Yatim mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu. kata Rais, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.
Apalah nak diharapkan dengan Syarifah Amani bagi role model ummah Islam. Mereka dilahirkan sebagai insan seni didikan dan tarbiyyah Umno-BN. Biji petola yang UMNO tanam memang membuahkan petola. Takkan keluar terung? Inilah cara mereka menutup aurat? Hadhari le tu... Apalah sangat dengan isteri Bapak Menteri? Adakah itu menutup aurat yang betul? Kitab mana Umno pakai?
Akhbar itu juga turut melaporkan bahawa Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata: acara senamrobik tersebut adalah program pertama karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.
Lihat pada gambar itu… nilailah sendiri. Inilah tok Guru pujaan mereka. Layakkah mereka membicarakan hal aurat??? Hakikatnya rakyat Malaysia ini lahir sebagaimana tarbiyyah UMNO sejak merdeka sehingga kini. macam tu nak sokong UMNO lagi entahlah.... mungkin kepala jenis kepala lutut kot????
No comments:
Post a Comment