APA SUDAH JADI DENGAN
PARTI KEADILAN RAKYAT
Kini kita mulai sedar, kearah mana sebenarnya perjuangan pemimpin dalam PKR, apakah kepimpinan PKR benar-benar iklas dalam perjuangan atau untuk menentukan peralihan kuasa untuk dimonopoli oleh orang tertentu. tindakan ini juga langsung tidak mengindahkan keperluan dan kemahuan yang ditunjukan oleh sebilangan besar ahli.
Kalau di ambil kira keadaan dari PKR Cabang Pasir Salak, memang jelas kehadiran " come back " Hj. Osman untuk menerajui PKR cabang ini telah diurus dan dirancang sebagitu rupa untuk memastikan pemangku ketua Sdr. Mustaffa Kamil tewas.
Pada hari penamaan calun, 4 September 2010, cara tergesa-gesa beliau balik dari Kelang dan sampai di pejabat PKR di Langkap jam 3.50 minit petang iaitu 10 minit sebelum penerimaan borang ditutup. Petugas JPP ( Jawatankuasa Pemilihan Parti ), mendapati, borang beliau tidak lengkap dan juga tidak diiringi dengan resip, bayaran yuran serta pihak petugas juga menyatakan secara " lisan " pencalunan beliau sudah pasti akan ditolak.
Lantas dengan tragedi tersebut, pasokan Hj. Mus. telah membuat bantahan ke Damansara dan mempertikaikan kenapa borang Hj. Osman boleh diterima. Sehingga ke saat pemilihan diadakan bantahan tersebut tidak diterima oleh pihak Damansara dan pertandingan diteruskan, akhirnya Sdr. Mus tewas kepada Hj. Osman dengan 11 undi majoriti.
Penentangan diteruskan, akhirnya Sdr. Mus. terlibat dengan Dato Zaid ( apakah ni penyebab beliau di gugurkan dari pengerusi MPN ? ) dalam pemilihan yang antara semua ketua cabang, PKR Perak masih memberikan kepercayaan kepada beliau dan beliau mendapat 13 undi berbanding Sdr. Mohd. Nor Manutti? apakah bukan itu pilihan?
Tapi kuasa di Damansara dapat mengatasi semua masalah yang dan keputusan yang dibuat diperingkat negeri, kalau keputusan tidak memihak kepada mereka, mereka akan ubah, presiden hanya sebagai tunggak dan tidak mampu berperanan untuk kebaikan parti.
Kini PKR terus mencari & mencipta masalah,
kepimpinan meneruskan;
budaya UMNO masih tebal dalam tindakan perjuangan kepimpinannya,
mengamalkan pecah perintah,
tidak akur dengan kehendak " akar umbi "
kronisma juga tinggi
Apakah ini cara untuk mereka meneruskkan kepercayaan pengikut kepada parti atau mereka akan kehilangan lebih ramai pengikut. Memang tidak dinafikan pengikut ada tapi kita kena ingat parti gabungan lain juga kuat. PAS amat matang dalam tindakan dan semangat kekitaan yang jitu, DAP juga kini telah berjaya melibatkan ramai " Melayu " bersama mereka.
Untuk Pasir Salak, belum tentu calun PKR ada tempat lagi, jika tidak dibaikan tingkah laku dan buruk lagu sebagini, seharunya PAS akan memonopoli kerusi yang disediakan.
Fikir-fikirkan lah wahai pucuk pimpinan ianya untuk kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment