Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, January 19, 2011

MALAYSIA - TERUS CELARU DALAM PENTADBIRANYA

Sesebuah negera di ujudkan dengan berlandaskan pelembagaan - perlembagaan bertindak sebagai " tiang seri " nya dan apa saja perbuatan tindakan dan tindak buat adalah berdasarkan dan dirujukan kepadanya. Dan setiap kali perubahan dalam pelembangaan, parlimen adalah tempat segala-gala perubahan yang difikiran perlu nak diubah. Kita sering riuh dengan perkara 153, 152 - kedualatan Ketuanan Orang Melayu. Kita juga sering mengatakan Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan utama negera, Kita juga meletakkan Institusi Istana mengatasi segala-galanya dan kita juga meletakan Islam agama rasmi negara. Ini semua sebagai tiang dalam pembangunan negara.

Selain ini, untuk menggerakan institusi jabatan kerajan pula, selain dari perlembangaan, " surat Pekeliling " menjadi garis panduan dan pihak pengurusan " mesti " bergerak dengan berpandukan pekeliling yang perlu dikemaskini setiap masa mengikut keperluan.

Tapi apa yang belaku sejak akhir-akhir ini, sudah ada petanda yang kepimpinan di jabatan kerajaan sama ada di peringkat persekutuan mau pun di negeri, ketua-ketua jabatan dan ada juga kalangan kakitangan kerajaan sudah tidak mengamalkan " to respect the goverment of the day ". Bagaimana kepimpinan di SPRM, PDRM, SPR, Institusi Mahkamah, sudah bertindak tidak berkecuali dan pengurusan dan pentadbiran mereka.

Perubahan sikap ini jelas dan cukup ketara apabila berlakunya "tsunami politik " pada PRU12 tempoh hari. Kebetulan pula sejak piliharaya tersebut hingga kini sudah ada 13 PRK yang mana hampir semua negeri di Malaysia mengadakannya, dan bilangan kemengangan memihak kepada Pakatan Rakyat. Mungkinkah ini yang menyebabkan " arahan, tangan ghaib " yang menyebabkan berlakunya sedimikiaan rupa?



Mahyuddin - menangis dengan telatah anak buahnya

Lihat bagaimana Perlakuan Rampasan Kuasa di Perak, bagaimana KSN ( Ketua Setiauaha Negera & SUK Selangor ) dan yang terakhir bagai bagai Pengarah Pelajaran Johor dalam isu PRK Dun Tengan.

Kini celaru, penjawat awam semakin terserlah bertindak berkecuali dalam pentadbirannya. Selepas KSN dalam isu mengumumkan perlantikan SUK, beliau sudah tidak mengindahkan prosedur kerajaan negeri, bertindak sudah tidak telus dan membelakankang ketua kerajaan negeri pada waktu ini. Juga menyebabkan pihak istana terjerumus dalam pertikaian politik jahat parti pemerintah.

Terdesaknya kerajaan BN kini, dan mereka sanggup " memadamkan " pekeliling yang tidak membenarkan Guru-Guru Siswazah terlibat dalam politik akhirnya semua mereka dari DG41 - DG 48 dibenarkan berpolitik. Pengumam Muhyiddin ini memberikan laluan kepada semua guru siswazah tersebut, Apakah nak jadi dengan sekolah? Tetapi mengapa Markom Giran, selaku Pengarah Pelajaran Johor kini di tangga gaji DG54 yang dilarang membuat kenyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik atau menerbitkan risalah, atau merayu undi dan bertindak bagi merayu undi telah bertindak dan berkempen untuk parti tertentu di DUN Tenang?

" Justifikasi tindakan Markom sebagai penjawat awam telah menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik "




Hisyamuddin - apakah kelemahan Kementerian Pelajaran
semasa di bawah kawalan beliau tempoh hari

Apa komen YAB Mahyuddin Yassin - Menteri Pelajaran
Apa kata YB Fuad Zarkashi - Timbalan Menteri Pelajaran
Apa pula komen KPPM melihat anak didiknya berlaku sedimian rupa?
Atau apakah kini, semua agensi kerajaan sudah di jadikan budak suruhan kepada UMNO? dan mereka sudah hilang pertimbangan untuk bertugas untuk rakyat yang berbilang bangsa, berbilan keturunan, berbilang fahaman, berbilangan anutan agama di Malaysia Kini?

1 comment:

  1. sebelum mahyudin dan fuad zarkashi komen, bior teman komen dulu; dasar pelajaran sekarang adalah membawa kepada rasis dan menjadikan pelajar /mahasiswa otak tidak berkembang, bila rakyat tak berapa cerdik senang umno tarik hidung dan diPERLEMBUKAN, tetapi tahniah juga pada umno, sebab lembu umno duduk di kondo tidak lagi dalam kandang.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA