Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, January 16, 2011

KELANTAN & ISLAM TERUS MENERAJU NEGARA

" Back Drop " majlis Mesra Bloggers bersama YAB TGNA, di Kuala Lumpur, sambutan kalangan bloggers khususnya dari Kelantan amat menggalakan, mereka datang dengan bas, selain dari itu ada juga blogger dari lain-lain yang turut hadir.

Tetamu di majlis tersebut, semua EXCO kerajaan Kelantan turut hadir bersama-sama dengan TGNA, majlis kelolaan Jawatakuasa ICT & Pendidikan.

Para bloggers amat teliti mendengar ucapan dari YAB TGNA

Mereka juga menikmati juadah yang lazat pada majlis makan malam tersebut.

Ruang " ramah mesra " dengan soal jawab di berikan lalaun kepada bloggers, Bloggers Ibnu Hashim mengemukan soalan untuk di jawab oleh para exco mau pun MB sendiri.

TGNA berucap kepada hadiran dengan penoh yakin, memaklum, menasihati para bloggers untuk memainkan peranan yang memberikan faedah kepada semua pihak dan tidak menagada-adakan cerita yang penoh dengan sensasi. Pernah beliau di tohmah sedang koma, sakit tenat, anak menantu cedera dan perkara yang bukan-bukan. Tulisan dan laporan sebagini menyusahkan dan kita kena ingat segala-segalanya adalah " pinjaman ", dan semua tindakan, perbuatan akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat nanti. Tulis dan berfikir jangan ikut suka hati dan lebih penting menjada identiti blogger itu sendiri.

TGNA - ceria dan masih mantap dalam perjuangan

Menjawab soalah dari seorang blogger berkaitan dengan Hukum Hudud, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan keputusan kerajaan negeri tidak melaksanakan hukum hudud kerana kebimbangan bahawa kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri. Katanya, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar tahun 1969 dahulu.

"(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran... Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya sambil membaca kaedah fiqhiyyah bagi menyokong hujahnya. "Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.

Katanya, hal demikian berlaku kerana berkat doa dan dakwah yang dilakukan membuatkan bukan Islam berasa selesa dan tidak takut dengan ajaran Islam.

Sebelum itu, exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan turut memberi respon terhadap soalan berkenaan dengan menegaskan bahawa undang-undang tersebut sudah diluluskan pada tahun 1993 dan belum dimansuhkan.

Bahkan ia juga telah mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana "ada halangan dan cabaran". ehsan Malaysia kini.


Salah seorang blogger mengambil kesempatan untuk bergambar dengan TGNA, didoakan moga-moga tuan guru sentiasa diberikan kekutan dan rahmat untuk terus mentadbir negeri Kelantan dan menegakkan syiar Islam di Malaysia.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA