Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, December 11, 2010

PR - PEMILIHAN PKR HARAPAN KE PUTRA JAYA TERGANGGU

Kini PKR dalam keadaan tidak menentu, walaupun niat dan harapan untuk melihat " demokrasi " sebenar, dan ianya bermula di peringkat akar umbi, nampaknya strategi " 1 anggaota 1 undi " masih belum meredakan keadaan dalaman PKR itu sendiri. Mereka yang " tewas " terus menemplak pihak pengurusan pemilihan JPP ( jawatan kuasa pemilihan pusat ). Mereka terutama Cikguburd maSih mengharapkan jawapan balas. Jawapan Setiausaha Agung, agar beliau bersabar sudah tidak menjadi, kerana pemilihan sudah pun di laksanakan yang menang telah pun diumumkan. " apa lagi yang nak ditunggu " kata Cikguburd.

Kita juga terlebih maklum, apa saja yang berlaku, apa saja krisis dalam PKR khasnya dan PR umumkan sudah pasti mendapat liputan negatif media, mereka juga akan melakukan berbagai-bagai aktiviti untuk menunjukkan " krisis " itu berterusan dan ianya juga boleh melambangkan keretakan dan perpecahan akan berlaku dalam parti yang kini sudah berusia melebihi 10 tahun ini.

university malaya survey on pkr 091210 confident towards pkr 02
Krisis pemilihan " 1 Anggota 1 undi " telah memberikan satu impak yang sungguh " tragis" sekali, dalam kajian yang dibuat oleh pihak UM dengan responden seramai 1124 orang, dan pengkhususan di Lembah Pantai dan Selangor, hasilnya sungguh merisaukan. Penurunan kepercayaan kepada PKR amant menyerlah. Konflik dalaman ini memberikan kesan terhakisnya kepercayaan " politik baru " yang di impikan oleh PKR di bawah khdimat nasihat DSAI itu sendiri. Rajah sebelah memberikan jawapan kepada kajian tersebut.

university malaya survey on pkr 091210 anwar relevence
Dari aspek kepimpinan ianya masih menunjukkan kekuatan, walaubagimana pun peratus yang hilang keyakinan dan masih terus merasakan " kerelevenan " DSAI untuk terus memimpin dengan jurang yang cukup nipis dari 1124 respondan 43 mula tidak yakin bebanding dengan cuma 41 masih berdiri tegoh di belakang DSAI dan 16% tidak pasti ke mana nak dituju dalam kepastian keyakyikan kepimpinan DSAI tersebut. Statistik sebelah menunjukkan hasil kajian tersebut.



university malaya survey on pkr 091210 confident towards pkrKemelut dalaman ini memang memberikan kesan negatif kepada PKR, ianya sendiri tidak dinafikan oleh DSAI sendiri. Apabila ditunjukkan keputusan bancian, Anwar berkata " ia bukan sesuatu yang tidak dijangkakan sambil mendakwa kempen memburuk-burukkan dirinya dan PKR tidak berkesan,” petik laporan bancian itu.

Responden berkenaan disoal oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) dan dijalankan pada November. Hanya 11.6 peratus bergantung kepada Internet atau portal berita. Meskipun 41 peratus berpendapat Anwar tidak lagi relevan dalam politik di Malaysia tetapi 43 peratus terus bergantung harapan kepadanya. 16 peratus lagi tidak pasti.

Sebagai kesimpulan, walaupun masih ramai yang mengharapkan PR untuk menerajui negara melalui PRU13, PKR harus memberikan penumpuan kepada penyelesaian apa yang belaku semasa pemilihan 2010 ini dapat diselesasikan dengan tidak meninggalkan seberang kesan. Gabungan PR amat mengharapkan " membersihan " krisis ini dapat dilakukan secepat yang mungkin.

Berikan jawapan kepada semua persoalan yang ditimbulkan oleh ahli semasa pemilihan tersebut, hingga kini Cikguburd masih berkeras untuk mendapatkan hasilan laporan penyelewengan pemilihan tempoh hari, walaupun En. Mustaffa Kamil Ayub sudah boleh menerima kekalahan tapi juga masih terus mempertikaikan keesahan pemilihan tersebut. Tapi tindakan Dato Zaid amat mendukacitakan. Jadi biarkanlah beliau " meninggalkan " PKR dan berusaha untuk menubuhkan parti baru. Mungkin di sana beliau ada satu kepuasan dalam kepimpinan nanti dan kita doakan beliau sejahtera dan terus berjuang untuk masa depan, bangsa, agama dan negara.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA