Pemilihan 2010 Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) masih belum reda, dan ianya masih bergelora dan masih ada yang tidak selesa dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah subhanawataala, mereka masih inginkan apa yang terpendam di lubuK sanubari mereka sendiri.
Kita tidak nafikan pertandingan kalau diurus tadbir dengan baik sekali pun, yang kalah akan menidakkan keputusan tersebut, dan yang menang walaupun kemenangan mereka boleh dicurigai masih menganggap mereka menang dan cemerlang.
Apakah di Perak Sdr. Mustaffa Kamil Ayub sudah tersilap langkah kerana bertanding jawatan Timbalan Presiden? atau apakah mereka yang " membenci " beliau yang kini memegang tampok pemerintahan berasa sudah cukup selesa untuk meneruskan perjuangan parti masa mendatang? semua masih menjadi ketentuan Allah.
Kronologi di MPN Perak amnya dan Cabang Pasir Salak Khasnya cukup mengecewakan, sdr. Mustaffa yang di beri laluan oleh Hj. Osman untuk jawatan pengerusi satu ketika dulu direbut semua oleh Hj. Osman, borang pencalunan beliau di " protes " oleh pengikut Sdr. Mus.
Kenapa Hj. Osman perlu bertanding? Siapa yang arah beliau bertanding? sedangkan beliau telah menyerahkan kerusi tersebut pada Sdr. Mus. tempoh hari dan DSAI pula melantik beliau sebagai Pengerusi MPN Perak.
Di Cabang Pasir Salak, Hj. Osman menang dengan kelebihan 11 undi, tapi kemudian Sdr. Mus. pula menang pencalunan timbalan presiden dengan majoriti 60 undi. dan Sdr. Mus. sebagaimana yang diketahui kalah di kerusi tim. Presiden.
Pemilih Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri ( MPN ) pula dijadikan isu oleh mereka yang sentiasa " membenci " sdr. Mus. Mesyuarat pemilihan yang diadakan telah memberikan kemenangan 13 - 10 kepada sdr. Mus. tapi kenapa pihak di Damansara tidak mengiktiraf kemenangan ini, dengan alasan kemenangan tipis. Apakah kemenangan Hj Osman di peringkat Cabang dengan majoriti 11 undi sudah cukup kuat?
Siapa yang menjadi penghalang atas kemenangan tersebut?
Apakah masih ada tangan ghaib untuk tidak memihak kepada sdr. Mus?
Apakah salah Sdr. Mus. kepada rakan-rakan kepimpinan MPN Perak?
Sejumlah 120 wakil dengan setiap cabang diwakili oleh 5 orang akan mengundi semula untuk memilih pengerusi MPN pengudian akan diadakan pada 23 Disember ini di ibu pejabat PKR. Sdr. Mustaffa akan ditetang oleh Sdr. Mohd. Nor Manutty.
No comments:
Post a Comment