Sabtu lepas 4 Dis. 2010, semasa berada di majlis walimaturnurus di sebuah taman di Titi Gantong, sebuah kampong yang sedang pesat pembangunannya dan di bawah pimpinan BN ianya terletak dalam Bahagian UMNO Parit. Semua orang terutama orang politik tahu siapa ketua Bahagiannya.
YB Dato Zaim, Ketua UMNO Parit / ADUN Belanja
Pada masa yang sama, peranan YB ini bukan sekadar untuk menentukan kemenangan untuk calun BN di Parit, malahan beliau juga memainkan peranan untuk memastikan ketua jabatan dan kakitangan perkhidmatan awam di Bahagian Parit khususnya mesti memiliki daya fikir seperti " mereka " juga mesti ahli UMNO. Pernah pada satu majlis besama-sama dengan kepimpinan Majlis Guru Besar Perak Tengah ( MGB ) beliau sendiri memaklumkan pada satu ketika dulu kemasukan dan pengeluaran kalangan guru-guru perlu diteliti oleh UMNO melalui PPD ( Pegawai Pelajaran Derah ) Perak Tengah. Untuk itu pegawai tersebut mestilah " ngam " dengan YB. Kalau tidak bagaimana urusan tersebut dapat dilaksanakan.
Semua kalangan pendidik dan orang ramai khususnya di Parit memang mengenali bekas PPD Tn. Hj. Mokthar Mat Deris - beliau adalah rakan persekolahan YB Dato. Jadi apa kata YB Dato itulah kata PPD, PPD hanya tanda tangan sahaja. Malang sungguh arena pendidikan di Perak Tengah. Staf, sama ada peringkat tertinggi mau pun sokongan, rakan pendidik dari Kg. Gajah ( sebahagian dari Perak Tengah ) tidak ada laluan untuk mereka. Sejak akhir-akhir ini pengurusan pentadbiran lebih mementingkan kejayaan dan kemampuan UMNO untuk terus berkuasa di Parit.
Di majlis kenduri tersebut, rata-rata desas desus hanya berceritakan mengapa PPD di Perak Tengah lambat di lantik, sejak Hj. Mokthar bersara pada awal Oktober dulu hingga kini belum ada nama yang dicadangkan untuk jawatan tersebut. Sedangkan KPPM ( Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ) yang kebetulan hampir sama dengan tarikh PPD persaraan mereka, pihak kerajaan boleh melantik berdasarkan " back to back " tapi bukan untuk PPD di Perak Tengah.
YB Mohd. Nizar bin Zakaria AP Parit,
Pertelingkahan berlaku antara kehendak orang-orang Politik dan bertembong dengan keperluan oleh pihak jabatan sendiri. UMNO Parit ada calun, tapi calun tidak ada daya kepimpinan dalam pendidikan, daya fikir calun lemah, daya kreativiti amat kurang, cuma yang ada beliau ialah orang " kuat " atau " penyokong " dulu kini selama-lamanya untuk YB Dato Zaim. YB Dato Zaim membertahan tapi jabatan tak minat.
YB Dato Nasarudin bin Hashim ( Bota )
Nasib baik juga lain, lain YB di Parit tidak berminat dalam percaturan ini, atau mereka tidak ada calun untuk di ketengahkan. Tapi kalau di fikirkan YB Dato Nasurddin dan YB Mohd. Nizar mungkin tidak dapat mengatasi kehendak Dato Zaim, lantas mereka mendiamkan diri dalam urusan ini.
Walaubagaimana pun yang jadi mangsa dalam rebutan ini sudah tentu " arena pendidikan " itu sendiri, maklumkan jika sebuah kapal tampa nahkhoda, sudah tentu kapal itu akan belayar di lautan dalam keadaaan yang huru hara, tambahan pula pegawai yang tinggal juga di sehaluan antara satu sama yang lain. Hj. Mohd Nor Zakriah paling senior dan teratas, Hj. Ahmad Damanhuri dan En. Zakuan, merka juga tidak sealiran dalam politik tapi masih masih UMNO cuma bernaung di ketua yang berlainan.
No comments:
Post a Comment