Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, December 3, 2010

PEMILIHAN UMNO - BALACI UMNO RESAH GELISAH

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pemilihan parti itu pada 2011 akan ditunda selama 18 bulan bagi memberi ruang untuk mengukuhkan parti. Katanya, keputusan yang dibuat sebulat suara oleh majlis tertinggi itu melibatkan pemilihan bagi peringkat bahagian dan jawatankuasa tertinggi parti.

NONEDengan keputusan ini, sepanjang 18 bulan mulai Disember ini UMNO akan tenang untuk menghadapi PRU 13 nanti. Sudah pasti PRU13 akan diadakan sepanjang tarikh tersebut. Walau pun DSAI telah meramalkan PRU13 akan diadakan selewat-lewatnya pada Mac 2011, apa alasannya itu DSAI dan rakan dalam PR sahaja yang tahu.

Walau bagaimana pun ada gulongan yang berminat dengan pertandingan menjadi hampa dengan ketiadaan pemilihan untuk musim ini. pemilihan di ketiga-tiga peringkat Cawangan, Bahagian dan MKT di tangguhkan. Maka amat kecewa lah ramai kalangan " bookies " UMNO untuk merancang dan merancana siapa lawan siapa di ketiga-tiga peringkat UMNO tersebut.

Apa tidaknya kalau di Bahagian Pasir Salak, nama Dato T, telah mendapat jolokan " 6million dollar man " di zaman pemerintahan Tan Sri Ramli bin Ngah Talib tempoh hari dan DSAI adalah Timbalan Presiden juga merangkap pengerusi Jawatankasa Disiplin UMNO. Hukuman yang diterima oleh Dato T, menyebabkan " krisis " peribadi antara Dato T dengan DSAI sehingga hari ini.

Kalaulah DSN memilih untuk mengelakkan perpecahan di kalangan anggota parti itu pada tahun depan sebagai alasan, ini jelas menunjukkan ahli UMNO tidak ada kekuatan untuk menghadapi senerio " kekalahan " dalam pemilihan. Lihat bagaimana beraninya PKR dalam usia hanya hampir 10 tahun, berani menyerahkan kepimpinan parti untuk dinilai oleh setiap anggota parti. Walaupun mereka PKR di himpit, di tohmah, di kritik, di siarkan cerita yang tak masuk di akal tapi " mereka " teru untuk bertindak untuk kepentingan semua pihak. Syabas kepada PKR.

Atau apakah kalangan kepimpinan merasakan mereka sudah tidak selamat dan tidak bersedia untuk menghagapi lawan di kawasan masing-masing. Kalau di fahami ayat dari Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sebenarnya slogan Umno ‘Hidup Melayu’ perlu ditukar kepada slogan sebaliknya iaitu ‘Di mana Umno Kuat, Di situ Melayu Merempat’. Mungkin ini juga yang di takuti oleh mereka. Memang tidak dinafikan. Kekuatan UMNO melambangkan kelemahan dan keterbelakangnya penghidupan orang Melayu. Contoh kehilangan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Ini, bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

Atau, alasan lain, mungkin juga DSN takut dengan bayang-bayang sendiri di mana walau pun beliau menang tanpa bertanding bagi tempoh pemilihan parti 2008-2011, kini diwar-warkan akan ditentang oleh timbalannya Muhyiddin kerana sebagaimana yang kita ketahui DSN cukup banyak permasalahan yang perlu dihadapai, kes Althuntiya, kes kehilangan ingin jet, salah guna kuasa pembelian " scorpeon " juga Rosmah sendiri yang menjadi duri dalam daging pemerintahannya? persoalan ini DSN saja yang mampu untuk menjawabnya.

Kini UMNO memang dalam keadaan serba salah, luah mati emak telan mati apak

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA