Heboh hari ini tentang berita pendedahan akhbar Sydney Morning Herald yang melaporkan pendedahan dokumen dari Wikileaks mengatakan bahawa Anwar Ibrahim terperangkap ke dalam 'jerat liwat' yang sengaja dirancangkan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan karier politiknya. Dokumen tersebut secara tidak langsung mendedahkan bahawa Perisik Singapura membuat kesimpulan bahawa Anwar sebenarnya melakukan perbuatan liwat yang dinafikannya.
Baiklah, dokumen ini tidak diketahui sejauh mana kebenarannya, sekiranya dokumen ini merupakan satu bukti kukuh, maka ambil sahaja dokumen tersebut dan bawa ke mahkamah agar kedua-dua pihak baik Anwar Ibrahim yang melakukan liwat serta pihak yang merancang perangkap ini diberikan tindakan yang adil!
Dalam hal ini, ReJaM© tidak berpihak kepada Anwar Ibrahim! Sekiranya beliau ternyata bersalah kita harus menentangnya. Kita tidak akan berpihak kepada pesalah, kebenaran tidak harus disembunyikan.
Namun persoalannya di sini yang harus dibincangkan untuk mengesahkan kesahihan berita ini ialah, dari mana Wikileaks memperolehi dokumen tersebut? Jelas sekali dokumen tersebut diperolehi daripada hasil risikan perisik Singapore, menggunakan risikan 'secara teknikal'.
Apakah dia 'risikan teknikal' ini? Akhbar melaporkan bahawa kemungkinan perisik Singapore ini melakukan teknik pintasan perbualan telefon, atau dengan kata lainnya mencuri dengar perbualan telefon. Jadi perbualan siapa yang dicuri dengar sehingga mereka mengatakan isu liwat ini satu perangkap?
Adakah perisik Singapore mencuri dengar perbualan telefon 'si pembuat perangkap'? Maka pembuat perangkap mendedahkan bahawa perangkap telah dipasang lalu didengari oleh perisik Singapore lantas mengesahkan Anwar melakukan liwat? Bolehkah ia dijadikan bukti Anwar melakukan liwat?
Dalam mengesahkan Anwar diperangkap boleh dikatakan berjaya kerana perisik Singapore berjaya memintas perbualan telefon 'si pembuat perangkap'. Namun untuk mengesahkan Anwar terperangkap, atau sah melakukan perbuatan liwat, perlu dipastikan sama ada perangkap tersebut berhasil atau tidak?
Adakah perangkap yang dibuat itu berjaya? Sekiranya perangkap yang dibuat itu berjaya menjebakkan Anwar melakukan liwat, mengapa bodoh sangat si pembuat perangkap untuk mencipta bukti? Bukankah kalau sudah berjaya perangkap itu, ambillah gambarnya! Ambillah videonya supaya senang perbicaraan di mahkamah! Tak perlu DNA sample, tak perlu bukti-bukti alibi, dan bermacam lagi perkara mengarut!
Jadi di sini menampakkan bahawa maklumat wikileaks ini masih tidak dapat menentukan Anwar bersalah ataupun tidak. Sebaliknya maklumat ini hanya mendedahkan bahawa Anwar diperangkap, tidak lebih dari itu!
Sila baca sendiri laporan The Sunday Morning Herald
Source: Dari mana Wikileaks dapat sumber tentang liwat Anwar? - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/12/dari-mana-wikileaks-dapat-sumber.html#ixzz17uERtQzl
No comments:
Post a Comment