Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, December 15, 2010

KETUANAN MELAYU JANGAN PERTIKAI - SULTAN AZLAN

Sultan Perak Sultan Azlan Shah bertitah bahawa sebarang suara yang mempertikaikan status Islam dan keistimewaan orang Melayu di negara ini adalah perbuatan yang tidak berasaskan sejarah serta bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Titih Sultan Perak ini, memang sepatutnya di persetujui oleh semua pihak, tak kiralah mereka dari " komponan " mana, baik mereka dari kepimpinan pemerintah atau dari pembangkang. Rakyat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan tersebut.

Tapi malangnya, titih sultan mungkin sudah agak terlambat, mungkin juga baru kini pihak istana Perak baru dapat mengesan bau kerugian yang akan di hirup oleh Orang Melayu mendatang. Luahan perasaan baginda kepada kalangan orang Melayu yang jika mereka sendiri bertindak menggadaikan maruah Melayu, maka mereka itu sebenarnya telah melakukan penghinaan dan derhaka kepada bangsanya sendiri.

Dewan Pemuda Pas Negeri Perak (DPPNPk) menyokong titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bahawa orang Melayu yang mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka bangsanya sendiri.
Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, titah berkenaan bertepatan dengan situasi negara kerana mereka yang mempertikaikannya, bertindak tanpa berasaskan faktor sejarah dan bercanggah dengan perlembagaan negara. Mereka yang mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka bangsanya sendiri.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, titah berkenaan bertepatan dengan situasi negara kerana mereka yang mempertikaikannya, bertindak tanpa berasaskan faktor sejarah dan bercanggah dengan perlembagaan negara.

Tapi kalau kita perhatikan peristiwa tergadaikan tanah rezeb Melayu tidak ada suara yang berani untuk menegornya, kenapa peristiwa yang berlaku di Perak satelah berlakunya " tsunami " pilihanraya, ianya dibiarkan saja seolah-olah tindakan yang dilakukan mendapat restu dari kalangan tertentu, juga apabila ada rancangan dari UMNO untuk " menggadaikan " Kampong Baru kawasan elit di tengah-tengah bandar raya pemegang mohor langsung tidak bersuara. Tapi DSWA berjaya membawa semua pihak berasa " pusing kepala " agar " ketuanan Melayu " digantikan dengan " Melayu berwawasan "

Kalau diikutkan menderhaka kepada institusi raja, banyak juga peristiwa yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO yang menyayat hati pihak istana. Bagaimana Mahathir menghakis kuasa raja puluh tahun yang lalu, bagaimana orang Terengganu " Memaki " raja kebetulan pada masa itu raja Terengganu sebagai Agong.

Bagaimana pula mereka ( kepimpinan UMNO ) menderhaka kepada anak bangsa, mereka sanggup menggadai Bahasa, sudah hilang identiti Bahasa Melayu, sistem pelajaran di jadikan " lubuk " untuk memunggah kekayaan negara untuk kepentingan sendiri. Bagaimana tanah " Melayu " di Singapura yang cukup mudah di pindah milikkan, banyak lagi " buruk laku " kepimpinan ini telah menyayatkan hati orang Melayu. Ketuanan Melayu adalah untuk mereka mengaut keuntungan peribadi.


SIAPA YANG BERANI MENEGUR DSN - ANGKAT TANGAN



Oleh kerana mereka dari kalangan pemimpin BN,
tidak ada suara yang sanggup menyuarakan pendapat dan menegornya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA