Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, December 5, 2010

KETUANAN MELAYU - IKUT TAFSIRAN SENDIRIAN

pkr congress 281110 wan azizah

Konsep " ketuanan Melayu " ini wajib di bakul sampahkan, supaya anak-anak kita membersar dengn visi " Bangsa Bermaruah " atau pun " Melayu Bermaruah " " Ketuanan Melayu " adalah slogan yang dugunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan kebejatan lagi. Contoh: DEB pengusaan Melayu untuk 30% gagal di capai, RM54bilion ekuiti orang Melayu / bumiputra kini hanya tinggal 2 billion - Melayu / Bumiputra masih di takut lama. Untuk apakah mereka sudah membela nasib orang Melayu?

Dengan isu ini, DSWA telah menjadi popular, ramai kalangan pemimpin, bekas pemimpin, cendiakawan hattta para hakim juga memberikan perhatian dan pandangan serta adalah juga antara mereka yang terus menjatuhkan hukuman untuk beliau. Bagi peguam UMNO, ISA adalah tempat yang sesuai untu DSWA

YB Ibrahim Ali, terus melebelkan DSWA sebagai " pelacur politik ", apakah Ibrahim al katahik faham dengan pertuduhan tersebut atau pun hanya beliau nak cari publisiti untuk kepentingan sendiri. Kenapa di katakan demikian, DSWA memberikan alternatif kepada " ketuanana Melayu " dan memberikan beberapa contoh apa yang telah dilakukan oleh kepimpinan UMNO itu sendiri. "Kerajaan itu mentadbir dan mengembangkan peraturan sosial, ekonomi dan kebudayaan dengan diselitkan dengan nilai-nilai fundamental Islam yang kukuh. "Paling penting, norma-norma Melayu yang diamalkan mengikut undang-undang lazim memperkuatkan hak Melayu dan bumiputera sebagai 'tuan' di Tanah Melayu. Malangnya, slogan itu disalah-anggap sebagai hubungan 'tuan' dan 'hamba', tambah beliau.

Nik Aziz ( gambar ) “Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? “Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?” soalnya

Apa pula pandangan Tun Mahthir kaitan dengan konsep " ketuanan Melayu " Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, kata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. NONEKatanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan. "Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputerab ataupun bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir. Beliau menjawab soalan daripada hadirin ketika sesi dialog pada forum ketiga dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur. Dr Mahathir juga membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan. "Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India,” katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar.

Bagi Prof Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pula, Istilah " ketuanan Melayu " adalah berbeza dengan " hak keistimewaan Melayu " kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain,

NONE“Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar. Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.

“Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam,” katanya. Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.

Memetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa. Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

Apa pula kata Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun (bawah, kiri), menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai dalam isu berhubung kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengenai "Ketuanan Melayu" semasa Kongres Nasional PKR Sabtu lalu. perak state govt crisis 030309 hafarizam harunBeliau berkata, kenyataan itu sekali lagi mencabar kedudukan dan hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan apa yang dikatakan oleh Dr Wan Azizah bahawa ketuanan Melayu harus "dibakulsampahkan" adalah satu bentuk cabaran secara khusus kepada peruntukan undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan dan ia bukanlah satu hak kebebasan untuk bersuara. Katanya, oleh kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah menyatakan bahawa jangan dipersoalkan hak keistimewaan Melayu dan ia disambut pemimpin daripada badan politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga pakar perundangan, beliau menyarankan supaya ISA diguna pakai dalam menangani isu itu. "ISA perlu dilakukan terhadap pemain utama dalam PKR, DAP ataupun PAS yang masih lagi terus mempersoalkan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu kerana terbukti mereka cuba mewujudkan kebencian terhadap orang Melayu disebabkan hak-hak istimewa ini," katanya dalam wawancara dengan Umno-online.com.

Pada kesimpulannya, jelas merka yang terlibat dan mencari rezeki dengan UMNO langsung tidak berani berpijak di bumi nya. Yang penting ialah " keistemawaan " dan pangkat yang ada. Apakah ini perjuangan mereka untuk bangsa depan negara, serta apakah mereka adalah punca segala permasalahan di negar ini?


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA