Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, December 1, 2010

BELIA MASA KINI CELARU UNTUK MEMIMPIN MASA DEPAN

Perkembangan generasi muda Malaysia mendatang amat digeruni dan cukup membimbangkan, faktor ini dapat dilihat dengan jelas melalaui aktiviti dan perancangan yang dimainkan oleh setipa kementerian. Harakah edisi 1592 memberikan laluan kepada penyelesaian dan kesan buruk generasi akan datang kaitan dengan pekembangan terbaru ini - khusus berkaitan dengan cadangan kerajaan meluluskan Hab Hiburan - untuk memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi ( ETP ).

" Hiburan selalu dikaitkan dengan aspek negatif, Ia dilihat sebagai penyumbang keruntuhan akhlak dan perlakuan Jenayah. Begitu juga dengan industri pelancongan, ianya dikaitkan dengan dimensti tidak bermoral, yang diutamakan hanyalah kebanjiran pelancong asing, walaupn kita terpaksa mengorbankan jati diri dan mengka-rabakkan warisan unggul " kata Lutfi ruang komenter Harakah

Apakah hanya dengan menggadaikan maruah saja negara dapat menjana ekonominya, tidakkah kita mau befikri jika generasi kini tidak bena dengan penoh " jati diri " negara akan tergadai satu hari nanti ?

Negara kita memerlukan pelapis yang bertakawa dan amanah untuk menerajui kepimpinan akan datang, tapi apakah dengan " pembesaran " mereka penoh dengan hiburan kita dapat memastikan " jati diri " mereka dapat di percayai untuk memimpin pada masa mendatang? Negara pernah dikejutkan dengan lahiran sejumlah 17,303 bayi luar nikah pada 2009, belia-belia Melayu adalah penghuni pusat seranti seluruh negera, belia-belia Melayu juga yang teramai menjadi penagih dadah, belia-belia Melayu adalah golongan " mat rempat " yang ramai, belia-belia Melayu juga jagoh dalam pengangguran.

Jadi dengan kelulusan " hab hiburan " ini adalah racun kepada generasi masa depan. Untuk itu kerajaan disarankan agar menarik balik cita-cita untuk meluluskan perncangan untuk hiburan itu. Generasi masa kini akan terlalai dengan dunia keseronokan sahaja dan permasalahan keruntuhan moral yang kritikal masa kini sudah tentu gagal untuk diatasi.

Adalah dicadangkan agar pihak kerajaan melaksanakan satu foram khas untuk rakyat memberikan buah fikiran berkaitan dengan rancangan tersebut. Kita amat risau, apa yang belaku masa kini akan menjadi ikutan anak remaja untuk masa akan datang.



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA