Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, December 8, 2010

AIR - ANUGERAH ALLAH

Tarif pembayaran air untuk seluruh negeri di Malaysia. Negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat masih yang terendah kecuali Selangor. Penang adalah yang terendah sekali. pada kadar RM0.31sen 35m3



Syabas kini adalah sebuah syarikat yang sudah hilang pedoman dan menjalankan tugas untuk kepentingan satu tangan ghaib. Tindakan mereka mengutip tabung " Budi Syabas " pada kadar RM11.40 sebagai ganti air percuma kerajaan Selangor amat mendukacitakan sekali.

kegiatan itu adalah bertentangan dengan mandat dan terma perjanjian tiga pihak iaitu Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Syabas sendiri seperti juga terkeluar dari bidang kuasa Enakmen Bekalan Air Selangor 1997. Menurut mereka, mengikut Enakmen Bekalan Air Selangor 1997 atau Selangor Water Supply Enactment 1997, Syabas hanya diberi lesen untuk menjalankan kegiatan dalam hal mengurus dan membekal air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
NONE
Kegiatan yang didakwa dalam rangka Tanggung Sosial Korporat atau CSRnya itu tidak dapat ditentukan ketelusannya sebaliknya Syabas terlibat dalam membuat dua kali kutipan kepada pengguna tidak dapat ditentukan siapa yang akan menerima dana itu. Kepada siapa kutipan ini disalurkan oleh mereka. Sedangkan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Tan Sri Rozali Ismail yang didakwa gajinya mencecah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan. Kata Ketua penerangan dewan itu Fadhil Osman ( gambar ) berkata pendapatan tinggi itu tidak wajar diperoleh oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat.

Untuk itu usaha Kerajaan Selangor untuk mengemukakan satu resolusu khusus berkaitan dengan usaha Syabas untuk pengetuan Yang diPetuan Agong amat dialu-alukan, dan di shorkan kepada kerajaan juga agar membuat satu kajian berkaitan dengan minat pengguna air, sama ada mereka berminat untuk mengikut kehendak Syabas atau pun keputusan kerajaan.

Lembaga Air Perak

Di Perak, adalah dicadangkan agar pada musim akan datang, harga air dapat di " mesra rakyatkan " ini disebabkan pada tahun ini 2010, pihak kerajaan negeri mengumumkabn bayaran bonus untuk kakitangan LPA ( Lembaga Air Perak ) sejumlah dua bulan setengah, dan melaba keuntungan melebihi 100 juta ringgit.

Keuntungan boleh direncanakan, dengan menaikkan kadar bayaran kepada pengguna, tapi kita perlu ingat slogan " rakyat di dulukan " bukannya " rakyat di mangsakan ". Untuk itu kepada LAP dicadangkan menurunkan kadar tarif air agar semua pihak terutama rakyat gulongan miskin dapat menikmati kesamarataan faedah air yang di anugerahkan oleh Allah itu. Apa maknanya untung besar jika rakyat terus di bebankan?

Dengan keuntungan tersebut disarankan agar LAP melaksanakan dan meluarskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik dan miskin bagi meringankan beban kehidupan harian mereka, air percuma subsidi sebanyak maksimum 20m3 bersamaan dengan RM 10.00 sebulan kepada 2 kali ganda 40m3 bersamaan dengan RM20.00, selain dari itu, rakyat lain juga perlu diberikan sedikit kemudahan bantuan dan tidak perlulah LAP mengumpul laba yang tinggi sebaliknya meminimakan laba tersebut. utamakan lah slogan " rakyat di dahulukan "

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA