Carta sebelah menunjukan agihan undi yang diterima oleh mereka yang bertanding dan sejumlah 372 adalah undi rosak.
BN sebenarnya tidak boleh angkoh kemenangan ini, kerana jumlah undi yang diterima oleh SAPP dan PKR serta undi rosak adalah berjumlah 5817 beza cuma 3956 undi. Pada pilihan raya 2008 itu, suami Tsen, mendiang Edmund Chong mendapat 9,479 undi berbanding calon Bebas, Chong Kwong Ming, 5,771. Penambahan cuma 294 undi saja kepada BN.
Apakah tidak " upset " kalau hanya satu lawan satu, kenapa antara PKR dan SAPP tidak mau bertolak ansur?
Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan.
Apa yang berlaku di Galas, awal-awal lagi ramai yang telah menduga " upset " akan berlaku, ini kerana walau pun pada PRU12, PAS dapat dengan majoriti kurang 400 tapi Perlimen Gua Musang masih di tangan Ku Li, dan dua lagi dun menjadi milik UMNO / BN. Jadi kemengangan dengan majoriti 1,190 ini masih rendah jika di caturkan pengarah pilihanrayanya Ku Li sendiri.
Undi untuk BN5,324, PAS 4,134 dan rosak pula berjumlah 132, dan kadar pemilih yang menunaikan tanggongjawab seramai 9,555 atau 83% yang keluar.
Gagasan 1M telah dapat mempengaruhi Masyarakat Cini dan mereka telah membuat " turn over " pada PRK kali ini dan ianya mengejudkan. Di samping itu orang asal juga memberikan sokongan yang padu untuk BN, ini bagi mereka Ku Li adalah segala-galanya.
Ini ada sedikit pandangan untuk renungan bersama khususnya rakan dan taulan dari PR, faktor seperti
1- kelemahan dalam strategi komunikasi
2- politik, membuka ruang kepada konflik ( terutama PKR waktu ini )
3- perlu benar-benar bersekutu dan mengamalkan " distributed management ". Strategi, taktikal dan pragmatisme mesti sama dengan semua parti gabungan.
Yang akhirnya sejak akhir ini juga PR ( Pakatan Rakyat ) sudah tidak lagi bergerak sebagai sebuah parti mau pun badan sukarela. 1998 PR kuat kerana ianya bergerak seperti NGO. Kekuatan yang perlu di bina ialah kekuatan diri sendiri dan bukannya kekuatan melalui kelemahan yang ada pada BN. Apa yang terjadi dengan pergaduhan antara 2 puak di dalam PKR memberikan impak yang cukup baik untuk parti lawan.
No comments:
Post a Comment