Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, November 13, 2010

SK SRINI - BERDIKARI UNTUK TERUS MAJU

MAKP - Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sk Rendah Islam Nurul Iman (SRINI ) yang terletak di kawasan Hujung Tempok ( dulu dikenali dgn nama ini ) kini tepi Sungai Perak di Kampong Gajah, telah mengadakan hari anugerah untuk musim persekolahan 2010 ini, majlis di rasmikan oleh En. Mohd. Yusof Abdullah, Ketua Lujnah Pendidikan PAS Kawasan Pasir Salak.

Tahniah kepada seluruh anggota tadbir, guru-guru yang penuh dedikasi, serta murid-murid yang cukup ceria dengan wajah yang cukup bersih, serta kaum keluarga yang hadir di majlis tersebut. Memang hebat dan sungguh membanggakan.

Ini adalah pentas utama majlis

Ustaz Mustafa Shaari.

Ustaz Mustafa Shaari, selaku penasihat, dalam ucapannya memberikan ransangan kepada ibubapa untuk memastikan jaringan pendidikan bukan sahaja untuk duniawi tapi kita juga perlu memastikan anak-anak kita dibentuk dari sudut pembangunan akhlak, berbudi bahasa, boleh mengamalkan budaya sopan serta seterusnya meningkatkan kekuatan keIslaman dalam diri kita.

Kita masih melatakkan UPSR itu nombor 1 dalam dunia pendidian untuk sekolah rendah, kita laung-laungkan 5A keputusan terbaik. tapi malang sekali masyarakat tidak dapat memberikan keutamaan kepada kecemerlangan dalam UPKK ( ujian penilaian kelas Kafa ), kelas ini jelas membentuk pembangunan sahsiah, pendidikan. Untuk itu pada tahun ini SRINI dalam usia yang singkat telah mencapai kecemelangan dalam kedua-dua peperiksaan tersebut. 2010 untuk UPSR, dua calunnya telah berjaya mendapat 4A 1B dan dalam UPKK seramai 7 orang mendapat 8 A.

En. Mohd. Yusof Abdullah - perasmi

Sesungguhnya, komitmen dan kesungguh serta ada rasa pertangongjawaban di semua pihak telah dapat memastikan sekolah ini bergerak dengan lancar dan sudah pasti mendapat kejayaan sebagai mana yang diharapkan. walaupun sekolah ini " gagal " untuk menapatkan kemuahan seperti sekolah lain tapi kita rasa bersyukur atas daya usaha dan kesungguh semua pihak sekolah ini dapat berjalan lancar. Untuk itu, kepada kaum ibubapa dan penjaga, berikah " kerjasama " yang erat dan jitu untuk memastikan kejayaan sekolah ini buat masa akan datang.

Kumpulan Nasyid Usrah Soutul Iman


Tokoh Murid SRINI 2010

Adik Muhammad Fakhir bin Mat Salleh, Dalam UPSR 2010 mendapat 4A 1B dan UPKK pada 2009 menapat 8A juga dipilih sebagai Tokoh murid untuk 2010.


Murid-murid Tahap 1 - pasukan Coral Speaking
Parts of My Body.


Dalam keadaan yang serba kurang, tapi sekolah ini mampu juga menyediakan pasukan Coral Speaking, pasukan Nasyid untuk Kokurikulum kurikulum dan beberapa jenis permainan sebagai riadah kepada murid-muridnya.

Adik Muhammad Fakhri dan Muhammag Taqiuddin,
Mengetuai bacaan doa Selamat & Doa Iman Al Ghazali

Sambutan hari anugerah di akhiri dengan bacaan doa yang di bacakan oleh murid sekolah itu sendiri, ini juga satu kelaianan yang tidak ada di sekolah aliran perdana.

Sekolah ini akan pembina asrama ( Asrama Assolihin ) di tapak yang diwakapkan berhampir dengan sekolah, untuk itu sudah tentu kewangan menjadi batu penghalang tujuan tersebut. kepada semua pengunjung blog ini yang ingin dan rela untuk menderma kepada tabung pembangunan ini boleh gunakan alamat dan nombor akuan berikut:

Setiausaha Lembaga Tadbir
SK Rendah Islam Nurul Iman
Jalan Masjid Lama, 36800 Kg. Gajah
tel / Fax : 05-6312390 atau 019.5051299

atau terus ke
Akuan Pembangunan SRINI
08031010036819
BIMB Teluk Intan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA