Nasib yang menimpa orang Melayu di Pulau Pinang perlu dijadikan pengajaran pemimpin Melayu Pakatan Rakyat. Perjuangan terhadap agama dan bangsa mesti diutamakan bukan diremehkan. Jangan jadi bisu mempertahankan agama dan buta membela maruah bangsa. Sedarlah pemimpin agar tidak terus bersifat kuda tunggangan dan lembu dicucuk hidung semata-mata menjaga hati rakan pakatan sehingga maruah agama dan bangsa di tanah air sendiri tergadai.
" YB Farid Saad, ADUN Pulau Betong, menyarankan agar rakyat terutamanya orang Melayu " menutup buku " atas kesalahan dan kelemahan kepimpinan UMNO negeri itu sehingga mengakibatkan penghakisan tanah milik Melayu Pulau Pinang tidak perlu di sokong " kenyataan ini di ulas oleh penal foram " Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang, Apakah Penyelesaiannya" . Turut sama ialah Dr. Muhahid Yusuf Rawa dan Presiden Teras Sdr. Azmi Abdul Hamid.
Sehubungan itu, mereka menyarankan agar kelalaian dan sikap tidak beramanah UMNO sewaktu berkuasa di Pulau Pinang dijelaskan dengan teliti agar generasi muda boleh mengenal pasti parti mana yang telah merosakan bangsanya sendiri. Foram ini dianjurkan oleh Yayasan Bina Ilmu.
Forum juga mendedahkan sebahagian besar koperasi yang ada seperti, Yayasan Bumiputra Pulau Pinang, Koperasi Nusantara dan banyak lagi, yang diterajui oleh kepimpinan UMNO berkubur kerana ketidak amanahnya mereka dalam mengedali uruskan koperasi serta ianya lebih mengutamakan keujtungan dan bukan berfungsi untuk menghalan penghakisan orang Melau di semua daerah di Pulau Pinang.
Sehubungan itu, mereka menyarankan agar kelalaian dan sikap tidak beramanah UMNO sewaktu berkuasa di Pulau Pinang dijelaskan dengan teliti agar generasi muda boleh mengenal pasti parti mana yang telah merosakan bangsanya sendiri. Foram ini dianjurkan oleh Yayasan Bina Ilmu.
Forum juga mendedahkan sebahagian besar koperasi yang ada seperti, Yayasan Bumiputra Pulau Pinang, Koperasi Nusantara dan banyak lagi, yang diterajui oleh kepimpinan UMNO berkubur kerana ketidak amanahnya mereka dalam mengedali uruskan koperasi serta ianya lebih mengutamakan keujtungan dan bukan berfungsi untuk menghalan penghakisan orang Melau di semua daerah di Pulau Pinang.
Kini isu berkaitan dengan kepentingn Melayu di Pulau Pinang di canangkan semula, kalau dulu yang memerintah BN, Ketua menteri ialah Cina Gerakan, timbalannya Melayu UMNO, tapi kini yang merintahnya juga Cina DAP dan ada 2 timbalan, untuk Melayu dan India. Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP untuk meminggirkan penduduk Melayu di bahagian pulau ke tanah seberang. Strategi terancang ini sebenarnya sudah lama kedengaran. Kita boleh lihat dengan nasib penduduk Melayu di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong yang sudah berusia hampir 100 tahun kini beralih tangan apabila diserahkan kepada pemaju perumahan yang akan membangunkan kampung itu dengan projek rumah mewah yang tidak mungkin mampu dimiliki orang Melayu Pulau Pinang. Jika ada pun, jumlahnya boleh dikira dengan jari.
Isu yang dimaksudkan adalah pengambilan tanah di Kuala Upeh, Balik Pulau telah dibuat oleh pihak pentadbiran tanah menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 7 Oktober lepas. Dalam kenyataan akhbar tersebut telah menjelaskan tanah yang diambil dimiliki pihak swasta iaitu Gin Toh Holding Sdn Bhd.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata tindakan Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mempolitikkan isu pendidikan dan merupakan propaganda yang bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sehubungan itu, beliau turut bercadang menghantar surat tuntutan terus kepada Kementerian Pendidikan atau Pendidikan Tinggi bagi membentuk Jawatan Kuasa Muafakat Pendidikan untuk menjadikan Balik Pulau sebagai salah satu hub pendidikan di negara ini. "Saya menyambut baik jawapan yang diberikan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Wee Ka Siong di mana kerjasama penuh akan diberikan oleh kerajaan berhubung cadangan menjadikan Balik Pulau sebagai hub pendidikan. "Saya juga mengambil kesempatan ini selepas isu tersebut menjadi kontroversi dalam isu pengambilan tanah dan tuduhan yang mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memangsakan masyarakat Melayu di kawasan itu hanyalah fitnah semata-mata. "Apa yang berlaku, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebenarnya telah menyelamatkannya tanah masyarakat Melayu yang terpinggir di Balik Pulau. "Saya mahu perkara ini dijelaskan sekali lagi kerana apa yang paling Pakatan Rakyat terkilan selepas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Fuad Zakarshi yang mendakwa kerajaan negeri Pakatan Rakyat ingin membina sebuah universiti daripada Singapura yang jelas bertentangan dengan Ka Siong yang memberikan jawapan lebih kepada semangat 1 Malaysia. "Ini merupakan propaganda jahat Umno dan Perkasa mempolitikkan isu pendidikan kerana kalau betul Universiti Nanyang yang mahu dibina di situ, ianya adalah satu universiti yang baik," tegas Yusmadi. Dalam pada itu, beliau turut memuji jawapan Dr Wee yang dilihat memberikan jawapan yang memberikan manfaat kepada pembangunan pendidikan penduduk luar bandar, khususnya. "Agenda hub pendidikan adalah agenda melangkaui mana-mana parti politik, saya juga berharap perkara ini bukan hanya retorik politik di mana agenda tidak parokial dan rasis sebalik benar-benar membangunkan agenda pendidikan," tegas beliau dalam sidang media yang diadakan di lobi Parlimen, Isnin lepas. |
idea asal dari
sharpshooterblogger
No comments:
Post a Comment