Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, November 17, 2010

QURBAN - QABIL/ HABIL & NABI IBRAHIM & NABI ISMAIL




Pada 10 Zul hijjah ini, Malaysia telah menetapkan, Hari Raya Aidil Adha dan sudah tentu setiap kali Aidil Adha, Qurban dan pengorbanan perlu berlaku, apa yang dimaksudkan selepas sembahyang sunat Aidil Adha, majlis qurban akan di laksanakan. Banyaklah haiwan qurban yang akan menjadi korban. Sudah tentu sehari dua ni, ramai kalangan kita akan makan daging, hati, limpa, ekor, juga sup tulang. Selamat Menyambut Aidil Adha kepada seluruh umat Islam dan sudah pasti kepada para pengunjung blog ini.

Cuma untuk " refreshment " kita perlu ketahui juga bagaimana perlakuan "qurban " ini terjadi, seterusnya ianya menjadi satu aktiviti yang dituntutan oleh Allah, Ibadat Qurban ianya Sunat Muakat, peristiwa perkelahian antara Qabil dan Habil yang menyebabkan berlakunya pembunuhan, juga kesanggupan Nabi Allah Ibrahim mengorbankan anaknya Nabi Allah Ismail. Tapi dalam kedua-dua cerita ini amat berbeza pendekatannya.

Untuk mengetahui kedua-dua episod ini, kita semua perlu rajin ke masjid untuk menghadiri majlis pengajian. Selain dari itu juga kita akan hukum hakam dan syarat-syarat sah perlakuan qurban tersebut. haiwan seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan kibas saja yang dibenarkan dan untuk perkongsian hanya unta, lembu dan kerbau sahaja. haiwan yang cacat dilarang untuk ibadah qurban. Tarikhnya pada tahun ini pada 10 - 13 Zulhijjah.

Akhirnya selagi lagi ucapan maaf semperna perayaan Aidil Adha ini.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA