Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, November 8, 2010

PKR - KINI KUCA KACIR





Apakah Pemilihan 2010 ini akan mencerminkan
keadaan dan realiti sebenar PKR dalam memperjuangkan keadilan serta mampu
memberikan satu pilihan kepada rakyat untuk memastikan negara
menuju ke satu destinasi yang lebih baik?





Lambang PKR ( Parti Keadilan Rakyat )

Apakah lambang ini akan terus bersinar, apakah ianya mampu menjadi indikator kepada PRU13 nanti, atau pun lambang ini akan punah di telan oleh sikap tamak, haloba, rakus dari kalangan kepimpinan yang ada, kini kepimpinan gabungan baru dan lama ( tapi lama berpolitik ) sedang membawah parti ini kearah di talqinkan. A
pakah ini akan terjadi. Apakah Timbalan Presiden kini Syed Hussein merancangan untuk tidak mengegalkan jawatan no. 2 tersebut kerana beliau sudah puas dengan kerusi senator lantas, membiarkan PKR dilanda tsunami kehancuran?

Kita lihat kepada percakaran Kerusi Timbalan Presiden


Sdr. Mustaffa Kamil Ayub - pengurusi MPN Perak. -
kini jauh ketinggalan dalam pelumbaan kerusi tersebut.




Dato Zaid - Pengerusi MPN WP - juga agak baru dalam PKR, sedia bekhidmat untuk parti juga antara orang yang merancang pindaan perlembangaan PKR sehingga ujudnya 1 anggota 1 undi
kini masih tertinggal dengan Azmin - dah umum tarik diri, tapi surat tarikh diri belum diterima oleh MPP




YB Azmin, Pengerusi MPN Selangor,
juga YB untuk DUN Selangor dan MP untuk kawasan Gombak,
kini mendahului undi untuk jawatan Timbalan Presiden,
apakah beliau punca pergeseran dalam PKR?


Semalan Dato Zaid, juga calun timbalan presiden, telah mengumumkan menarik dari dari perlumbaan jawatan tersebu seterusnya meletakan semua jawatan dalam parti mungkinkah ianya ada kaitan dengan cara pemilihan yang berlaku kini. Sedangkan pemulaan untuk kearah sistem ini 1 anggota 1 undi, Zaid adalah salah soerang anggota yang merancana dan menggubal rang-rang undang tersebut.

Menurut Zaid, beliau ditawarkan untuk menyertai PKR dengan kepercayaan bahawa beliau boleh membawa pembaharuan dan politik yang progresif, menyubur dan membangunkan nilai-nilai dan budaya politik yang berprinsip yang beliau kira amat penting untuk pembangunan demokrasi dan governance yang baik untuk negara. Namun katanya beliau tersilap.

Kini perjalanan Pemilihan 2010 diberikan perhatian oleh pihak, malahan ada yang mengatakan sistem ini memang mudah untuk di bincangkan tapi untuk pelaksanaan amat sukar sekali, Apakah ini benar? Apa saja perubahan yang diinginkan ianya perlu ada keiklasan di semua pihak, sama ada pihak pentadbir mau pun mereka yang cuba melibatkan diri secara total dalam pemilihan tersebut. Dunia melihat apa yang sedang dilakukan oleh PKR dalam sistem ini.

Kepada Dato Zaid, apa kah beliau tidak terasa dalam politik " its a culture of imposibble " kadang kala apa yang dirancang ada " udang di sebalik batu " mungkin ini di lupai oleh beliau, jadi mungkin kah semasa merancang dulu Dato Zaid telah terfikir inilah masa untuk dan paling sesuai untuk mengambil alih kepimpinan - satu andaian.

Katanya, " beliau yakin bahawa mana-mana parti politik yang mengamalkan nilai-nilai palsu dan hipokrit sedemikian tidak akan berupaya untuk menawarkan pembaharuan yang bermakna untuk rakyat di negara ini " keloh Zaid. Untuk itu beliau menarik diri dari perlumaan ini kerana tidak terdapat kesungguhan di pihak pimpinan parti untuk menyelesaikan beberapa isu manipulasi dan amalan salahlaku pengundian, sekali isu berkenaan telah didedahkan berkali-kali.

Kini di war-warkan pula, calun ketiga Sdr. Mustaffa Kamil, pula agar menarik diri, juga dengan alasan yang sama, tapi Sdr. Mus dan Dato Zaid adalah dua invididu yang berbeza dalam politik PKR. Sdr. Mus. telah berkecimpung dari asala penubuhan dan pembentukan PKR itu, sendiri, terlibat dalam gelombang reformasi dan cuma kekurangan beliau dari Azmin, kerana beliau tidak pernah ke penjara, tapi kelebihan pula, beliau pula ada jiwa-jiwa " keislaman " yang agak tebal.

Kini aggota gagasan PR sedang memerhati gelagat
PKR, apakah PKR mampu untuk menganggotai PR dan masih relevenkan DSAI bertindak sebagai Ketua pembangkang? atau di nasihatkan PKR meninggalkan PR buat sementara waktu. Apa pun di harapkan dengan kewibawaan yang ada pada DSAI malahan membentuk pakatan dari berlainan idoelagi PAS, DAP dapat bersama dalam satu pakatan, apakah tidak ada jalan penyelesaian dalam PKR itu sendiri.



















No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA