Ini adalah ikrar DSAI untuk memastikan Malaysia berlandas kepada keadaan sebenar apakah ianya berealiti untuk tujuan tersebut?
Kini isu yang dicetuskan oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin untuk " menjemput " DSAI agar meninggalkan arena politik telah menjadi satu polimik kepada kepada peminat politik tanah air dan sudah menaikan rasa " terkilan " dari penyokong " dan " peminat " DSAI itu sendiri. Tapi jika difikirkan pula, kenapa perlu melenting, kenapa perlu marah dan apakah " cadangan " itu tidak releven oleh kita? atau apakah cadangan dari Bekas Mufti Perlis itu seolah-olah ada mainan politik yang dirancang secara halus. tambahan beliau juga turut sama di Pehimpunan Agung UMNO tempoh hari. Atau mungkinkah beliau telah mendapat " arahan " untuk mencadangkan cadangan tersebut?
"Sebagai rakyat bawahan yang melihat permainan politik dalam negara ini, dengan sikap 'buta warna parti', saya dapat rasakan sejauh manakah pertarungan itu di sudut ketangkasan dan 'manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat'. "Momentum sesebuah aliran politik bukan selamanya. Rakyat bukan sahaja akan terikat dengan 'kenangan semalam', sebaliknya mereka juga terikat dengan 'realiti hari ini' dan 'impian masa depan'," tulis beliau dalam blognya.
Dr. Mohd. Asri - Mantan Mufti Perlis -
beliau turut hadir di Perhimpunan Agung UMNO yang lepas.
beliau turut hadir di Perhimpunan Agung UMNO yang lepas.
Rakyat bukan setakan terikat dengan " kenangan semalam " kerana mereka juga terikat dengan " realiti hari ini " dan " impian untuk hari esok " atau apakah " esok masih ada untuk mereka ?" Beliau juga mengambil contoh, bagaimana sanjungan untuk Barack Obama pada awalnya, dan dengan sekelip mata apabila beliau gagal merealisasikan impian rakyat, kini Obama mula sudah di pertikaikan kredibilit kepimpinannya. Tambah Beliau.
Sudah tentu, kepimpinan PKR memberikan reaksi yang cukup " melenting " dengan isu tersebut, PKR menyifatkan pandangan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyeru agar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara 'politik' adalah "manifestasi suara ketakutan pimpinan negara terhadap fenomena kebangkitan rakyat". Malah Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR, Dr Muhammad Nur Manuty mempertahankan ketuanya dengan berkata serangan peribadi pelbagai bentuk kepada Anwar "bukanlah sesuatu yang memeranjatkan".
Sdr. Shamsul Iskandar Md Akin Ketua AMK pula menyifatkannya sebagai satu "kenyataan yang pelik dan tidak berpijak pada realiti politik" semasa tanah air. Pemimpin adalah hak rakyat untuk memilih dan ianya bukan seperti lantikan seorang Mufti. Untuk itu biarlah rakyat yang menilai kepimpinan seseorang pemimpin bukanya dari orang tertentu. Apakah Dr. Asri rela melihat keadaan negar ini yang penoh dengan gaya kepimpian yang rasuah, kronisma, tidak amanah, pentingkan kronis dan sebagainya? tambah beliau lgi.
No comments:
Post a Comment