Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, October 28, 2010

UMNO - RAKYAT TAHU TEMBELANG KINI


KESEDIAAN Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi ruang kepada aktiviti pembangkang terutama sewaktu musim pilihan raya membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa bersikap terbuka, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. ( gambar )

Terima kasih aje le, berapa lama agaknya siaran yang akan diberikan nanti. dah 60 tahun lebih merdeka baru kini sedar.

Menurutnya, langkah RTM itu juga sekaligus menolak tuduhan parti-parti pembangkang yang selama ini mendakwa kerajaan khususnya UMNO memperalatkan badan penyiaran itu untuk memenangi pilihan raya.

Beliau berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sentiasa mengamal pendekatan mesra rakyat dan bersikap telus terhadap mana-mana pihak termasuk pembangkang.

Apakah dengan memberikan laluan semasa di Galas ini membuktikan UMNO sudah telus, tapi memang benar UMNO memperalatkan RTM malahan bukan RTM sahaja, semua saluran TV. di perkosa oleh UMNO.


Langkah itu juga menepati harsat kepimpinan Perdana Menteri yang mahukan 'rakyat diutamakan'.

"Saya menyambut baik RTM itu dan berharap pihak pembangkang menggunakan ruang tersebut sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat," katanya. Katanya, langkah itu juga secara tidak langsung akan menarik jumlah penonton kerana berpeluang melihat dan mendengar apa sebenarnya aktiviti dan pendirian pembangkang dalam sesuatu isu.

Rasanya, tak ramai yang nak dengar, kerana sudah pasti apa yang di siar tidak sama dengan apa yang dicakapkan nanti, mesti potong sana potong sini.

Bagaimanapun tegas Syed Ali, kelonggaran tersebut bukan bermakna pihak pembangkang boleh mengeluarkan pelbagai kenyataan atau kritikan tidak berasas atau dakwaan fitnah terhadap kerajaan termasuk pemimpin UMNO dan BN.

Pihak pembangkang setiap kali berhujjah semua dengan fakta, lihat sendiri apa yang terjadi dengan kes di Felda, kan ke ada penyelewangan dan dah ada peneroka yang menang di mahkamah.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang memberitahu RTM akan akan memberi liputan terhadap aktiviti parti pembangkang bermula pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Semalam Rais yang turut mengetuai perarakan calon UMNO bagi DUN Galas di Gua Musang, menjelaskan kementerian memutuskan memberi ruang kepada aktiviti parti pembangkang kerana menyedari mereka juga mempunyai pemikiran baik untuk faedah rakyat.

YB Rais, bukan setakat daya fikir, malahan cukai juga di bayar untuk tujuan membantu kerajaan, kerajaan di bawah UMNO saja yang tamak dan tidak faham cara pemerintahan. Dah 53 tahun dan PRU dah 12 dan RPK selepas PRU 12 Galas adalah yang ke 13, baru sedar pembangkang juga daya daya fikir yang baik untuk rakyat. pi dah rais anak yatim.


Menurut Syed Ali lagi, langkah terbaru RTM itu diharapkan akan memberi kesedaran kepada parti-parti pembangkang supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang dilihat tidak mempunyai fakta jelas sebaliknya bersifat pembohongan. "Selama ini rakyat disogokkan dengan cerita-cerita karut dan fakta mengelirukan yang dimainkan oleh pembangkang menerusi media cetak milik mereka," ujarnya.

Kesedaran sebenarnya dah ada pada UMNO / BN mereka dah terasakah kelemasannya, dgn itu cuba nak pujuk tapi dengan kepimpinan UMNO memang tak boleh buat baik - kata pepatah " seperti melepaskan anjing tersepit "

Mengenai isu kes khalwat yang dikatakan membabitkan calon PAS bagi DUN Galas, Syed Ali menjelaskan ianya soal peribadi dan selagi tidak ada bukti sahih ianya tidak boleh diperkatakan kerana ia menghampiri fitnah.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap kempen pilihan raya kecil DUN Galas akan berjalan dalam suasana harmoni dan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
"Ketika semua pihak sedang berusaha untuk mencari kemenangan di DUN Galas, kita berharap tidak akan berlaku insiden yang boleh mencacatkan proses pilihan raya," katanya.

Untuk memastikan keharmonia dan kelancaran setiap kali PRU atau PRK - samseng UMNO menjadi dalang setiap setiap insiden. jadi Syed Ali nasihatkan pemuda untuk berwaspada dan jaga tingkah laku.





No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA