Sejak akhir-akhir ini diperhatikan, pihak Menteri Pelajaran yang juga bertindak sebagai Timbalan Perdana Menteri sudah hilang kepercayaan kepada badan-badan " sokongan " di kementeriannya, Kementerian Pelajaran. Dasar pelajaran, kebajikan guru banyak di laporan kan di arena lain, bukan di kalangan para pendidik, bukan di parlimen tapi pembentangan di buat di perhimpunan UMNO, apakah beliau kini sudah hilang kepercayaan kepada " subordinate ", apakah dengan cara ini beliau meraih simpati atau mementingkan " keuntungan politik " cara cepat?
Tan Sri Muhyiddin Yasin, Menteri Pelajaran Malaysia
Perubahan cara Muhyiddin membuat perubahan dasar ini mewajibkan lulus mata pelajran Sejarah di SPM mulai 2013 seolah-olah Kemeterian Pelajaran diujudkan tanpa ada " orang lain " di sekelilingnya, apakah beliau lupa keujudan kementerian itu adalah gabungan parti-parti di parlimen, sudah tentu adanya kerabat dari BN itu sendiri dan sudah pasti dari parti pembangkang. Atau apakah untuk memastikan Muyhiddin menduduki tangga " presiden " beliau perlu melaporkan terlebih dahulu kepada " pengundi " beliau dari perwakilan UMNO.
Kenapa, Dasar Pelajaran Negara diputuskan dalam perhimpunan parti politik, bayangkan impaknya kepada anak-anak. kenapa desakan dari perwakilan yang diambil kira dan di mana pegawai-pegawai Kementerian, atau apakah semua pegawai khususnya dari sektor akademik, bahagian peperiksaan, bahagian buku teks dan sudah tentu bahagian perjawatan kerana ianya akan melibatkan guru-guru yang akan mengajar nanti. Perancangan, persediaan, keperluan, kewangan, tenaga pengajar dan sebagainya sudah tidak diambil kira.
Bukankah baik cadangan perwakilan itu diterima dahulu, dibincangkan pro dan kontranya di peringkat kemeterian lalu dijadikan arahan atau dasar. Apakah tidak boleh begitu ?Atau adakah kerabat dalam BN sebagai " rubber stamp " sahaja? Kenapa perlu tergesa-gesa ?
Beliau juga mungkin lupa di mana kalangan guru sudah ada yayasannya " Yayasan Guru", kini beliau mengumumkan pula yayasan baru Yayasan Guru Tun Husseinn Onn. Rasanya yayasan ini telah diwar-warkan semasa perayaan hari Guru Peringkat Kebangsaan di Johor Baru, di mana menteri ketika itu ialah Hisyamuddin tun Hussein. Sudah bertahun baru nak ambil tindakan. Baru nak bawa ke parlimen. Bajet dah ada di tambah pula RM10juta dari PM sendiri dengan itu Yayasan ini akan di mulai dengan peruntukan sejumlah Rm210 juta. Pengumuman di buat di Persidangan UMNO - apakah semua perwakilan terdiri dari kalangan guru atau semua perwakilan dari persatuan & kesatuan guru?
Apakah Yayasan ini akan mencari ahlinya pula, dan apakah yang akan terjadi dengan ahli Yayasan Guru sebelum ini yang mendaftarkan diri sebagai " ahli seumur hidup " dan apakah ahli dulu akan diterima secara terus, dan apa kah ahli-ahli ini akan menikmati kemudahan yang telah disediakan dulu.
Lagi isu dari Kementerian Pelajaran yang memerlukan penjesalan. Pihak audit negara telah mengenal pasti apa yang dilakukan oleh pihak kementerian berkaitan dengan RMT ( Rancangan Makanan Tambahan )
Satu sample dari SK Jeroco di Lahad Datu, Sabah dengan menu, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin dan sardin sahaja. Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lain sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah. "Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu. Perkara ini didedahkan dalam Laporan Audit Negara tahun 2009.
No comments:
Post a Comment