" kesebokan pemberita / wartawan "
Media massa mempunyai peranan yang amat penting untuk mengariskan agenda menjayakan demokrasi dan membantuk masyarakat madani. peranan ini semakin penting dengan munculnya zaman maklumat. masyarakat Asia yang sedag membangunan memerlukan media massa yang dinamik dan bertenaga untuk menyediakan doroangan yang diperlukan untuk mara ke arah demokrasi dan memastikan bahawa penguasa tidak mengkhianati harapan rakyat.
Tapi kini, khususnya di negara kita ujud pula satu konsep media massa apa yang dinamakan "Oriental despotism " iatu bentuk pemerintahan kuku besi zaman lampau yang berasaskan sistem ekonomi, sosial dan teknolgi zamannya, ia akan belranjutan kecuali rakyat negara serta penduduk tempatan bekerja keras mengembang dan memperkuatkan pemerintahan yang benar-benar mewakili hasrat rakyat dan disertai oleh mereka dengan mendukung pemerintahan undang-undang dan menggalakkan pertumbuhan media massa yang bebas dan bertanggungjawab.
Media massa amat mudah di curigai oleh penguasa, ini jelas dengan pendapat Napoleon Bonaparte " empat surat khabar yang bermusuh lebih digeruni daripada seribu senapang " KUALA LUMPUR: Media yang sentiasa mencetuskan api perkauman menerusi laporan beritanya harus digantung serta-merta kerana ia mampu meruntuhkan semangat perpaduan di kalangan rakyat negara ini. Wakil Kedah, Datuk Othman Aziz, berkata sekiranya isu penerbitan yang tidak bertanggungjawab ini dibiarkan berterusan dan tiada tindakan diambil ia akan menggugat kestabilan dan kesejahteraan negara, politik serta ekonomi.
Media Massa juga sebenarnya merupakan pewaris tradisi ke wartawanan yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam perjuangan di negara rantau ini untuk mencapai kemerdekaan dan kemajuan. Penulis atau pengkarya berjaya menerbitkan majalah, puisi, drama, Risalah, novel , bangkit daripada kejumudan berabad-abad untuk menggoncang penjajah. Walaubagaimana pun di rantau ini kewartawanan perlu berhadapan dengan kuasa feudalisme yang bergabung dengan kolonialisme, kegaitan mereka sentiasa di awasi, sebaliknya gulongan ini perlu berhadapan dengan pemerintahan sistem raya yang mutlak.
Penerbitan majalah seperti al-Urwa al-Wuthqa oleh Jamaluddin a-Agfhani di akhir abad 19, mengembeling tenaga pejuangan untuk belawan dengan penjajah di Asia dan Afrika, juga majallah Sin Ch'ao ( Pasang Baru ) di lancarkan 4 Mei di China, di Indonesia pula terbit majallah Pujangga Baru, di Tanah Melayu terbit pula al-Iman oleh Syed sheikh al-Hadi. Lain negera di Asia seperti India juga adalah Kesari ( Singa ), Bengali dan Indu Prakash. Kesemua penerbitan ini menjadi duri bagi orang Inggeris. Pada keseluruhannya peranan yang dimainkan oleh akhbar menjadi percikan api yang menyalakan obor perjuangan kemerdakaan, teserlah pada pascamerdeka, tenaga mereka terumpu kepada tanggungjawag pembangun bangsa. Media berjaya.
Walaubagaimana pun peranan dan kehebatan sesebuah akhbar / media itu ianya perlu patuh pada perundangan yang disediakan oleh pihak pemerintah, seperti penulisan yang berkaitan dengan pernerbitan bahan lucah, penghinaan terhadap agama dan individu, perkongkolan yang kearah menimbulkan kekacauan. Media juga perlu setia terhadap prinsip akhlak dan cita rasa yang sesuai dengan masyarakat tempat ia bergerak. Tidak ada alasan untuk membatasi kebebasan media kecuali pembatasan yang berasaskan prinsiap kemunasabahan.
Di negara pembanguna seperti Malaysia, kedengaaran keluhan adanya wartwan dan penulis berkaitan dengn kebebasan penulisan mereka sentiasa di kekang dan mulut mereka di kunci. Ada kebenaran dan kebathilan dalam kelohan tesebut. Hanya mereka yang berani saha mampu menghasilkan buah fikiran bernas dan tahan di uji, mereka sanggup mempertaruhkandiri mereka untuk mengucapkan kebenran. Tapi apakah isu ini terjadi masa kini? Sudah ada kalangan wartawan yang memilih untuk megenmbiri dan bekhidmat sebagai kembiri bagi orang kaya dan berkuasa. Oleh itu berdebatan bukan sebenarnya tentang kebebasan dan penapisan tetapi tentang keperluan membebaskan diri daripada kebisuan ciptaan sendiri. Untuk itu pada masa kini media pelu tampil segbagai mimbar pertembuangan pemikiran dan pandangan, sekali gus sebagai pemankin kepada pembebasan pemikiran daripada kedaan perhamabaan dan kejumudan.
Kini sudah pasti cabaran utama kepada wartawan adalah kebebasan media, bukan sekadar bebas dari kuasa politik, juga bebas dari goonga pemilik - kerana mereka juga mengarahkan penjagaan serta perluasan kepentingan cita-cita peribadinya kepada media. Untuk itu aalah penting kepada para wartawan mekiliki keberanian moral dan keyakingan untuk menhyekatg manipulasi media oplehorangyang mempunhyuasi kepetingn tertentj, mereka yantidak menghormati kebenaran, keadilan, kesaksamaan atau kepentingan awam, Kebebassan media tidak boleh digunakan untuk meluahkan sentiman perkauman, menupulasi prasangka dan kebencinan kaum, permusuhan agama atau untuk menyebarkan dusta.
Negara perlu media yuang bebas mengikut acuan setempat, setia kepada cita-cita murni kemasyarakatan dan nilai abadi tradisi di Asia khususnya di Malaysia. Media tidak seharusnya berkembang subur dengan bahan-bahan sensasi, keganasan, percakaran saling menuduh dan membangkitkan rasa permusuhan. Sebaliknya ia mesti berusaha untuk mengarahkan tenaga mayarkat ke arah penghayatan cita-cita murni yana di sanjung, yakni keadilan, akhlak dan perasaan kasih sayang.
petikan dari : Demokrasi dan Masyarakat Madani: MEDIA MASSA DI ASIA
GELOMBANG KEBANGKITAN ASIA : ANWAR IBRAHIM
GELOMBANG KEBANGKITAN ASIA : ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment