Kini PDRM di era KPN yang baru Ismail Omar, telah dan cuba mencorakan satu budaya baru dalam PDRM itu sendiri, pendekatan untuk bersama-sama jemaah khususnya Agama Islam, anggota polis di harapkan dapat bersama-sama dengan masyarakat setempat untuk mengaji, mendengar kuliah ( maghrib, subuh mau pun ceramah-ceramah ).
Gambar Tan Sri Musa Hassan bersama Tan Sri Ismail Omar KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendekati masyarakat menerusi program kemasyarakatan yang diadakan di rumah ibadat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
"Kita mahu semua anggota membabitkan diri dalam program di rumah ibadat masing-masing. Kalau anggota itu beragama Islam, buatlah program di masjid dan bagi yang bukan Islam laksanakan di rumah ibadat masing-maing seperti di kuil," katanya.
Beliau berkata, penggunaan rumah ibadat akan turut menaikkan imej pasukan polis serta dapat mendidik warga PDRM untuk melaksanakan tugas dengan amanah dan tulus.
"Contohnya bila anggota kita sentiasa mengimarahkan masjid, akan datang rasa takut pada Allah dan secara tidak langsung mereka akan tunduk pada perintah Allah yang melarang umatnya melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agamanya," kata beliau kepada pemberita semasa program mengimarahkan masjid di Masjid Bukit Utama, Bukit Antarabangsa dekat sini hari ini.
Ismail berkata, program seumpama itu akan diperluaskan di semua peringkat termasuk di peringkat kontinjen polis negeri dan daerah. - BERNAMA22/10/2010

No comments:
Post a Comment