Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, October 15, 2010

GALAS KINI HAK BN - KU LEE


Yakin tawan semula Galas, itulah reaksi awal Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi DUN Galas, Tengku Razaleigh Hamzah selepas mempengerusikan mesyuarat pertama persiapan jentera BN menghadapi pilihan raya kecil itu, pada Khamis.Menurut beliau, semua pihak baik dalam UMNO mahupun BN kini bersemangat tinggi untuk merampas kembali kerusi DUN itu pada pilihan raya kecil 4 Nov ini.

Katanya, untuk merealisasikan hasrat itu beliau mahukan semua pihak dapat bersatu tenaga bersamanya sepanjang kempen pilihan raya kecil itu. "Kita akan lakukan yang terbaik...saya harap kita dapat menjalankan kerja dengan baik dengan kerjasama semua pihak. "Saya baru sampai (ke Gua Musang) hari ini tetapi saya mendapat laporan semua pemimpin di peringkat cawangan dan semua pihak yang lain sudah bersemangat dan insyaAllah kita akan gerakkan jentera dengan bantuan semua orang," kata Tengku Razaleigh. Sejak dilantik sebagai pengarah jentera pilihan raya, Tengku Razaleigh pulang ke sini buat pertama kalinya pada pukul 4.30 petang bagi persiapan jentera BN menghadapi pilihan raya kecil itu.

Mengulas mengenai mesyuarat khas itu Tengku Razaleigh berkata ia bagi membincangkan beberapa agenda termasuk senarai nama calon yang akan dicadangkan untuk mewakili BN pada pilihan raya kecil itu nanti. "Mesyuarat ini nanti akan mencadangkan beberapa nama yang layak untuk diangkat sebagai calon tetapi apapun keputusan akhir terletak di tangan Presiden UMNO, (Datuk Seri Najib Tun Razak). Mengulas spekulasi bahawa nama setiausaha UMNO bahagian itu Aziz Shamsuddin dan Ketua Pemuda UMNO bahagian Bazlan Baharuddin yang disebut-sebut sebagai calon, Tengku Razaleigh berkata: "Saya tidak tahu dan terpulanglah kepada pucuk pimpinan parti (untuk memutuskan senarai calon)". Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 26 Okt ini sebagai tarikh penamaan calon manakala 4 Nov depan untuk hari pengundian.

Tengku Razaleigh juga berkata tarikh pengumuman calon juga terletak di tangan presiden parti walaupun ada pihak yang mengatakan tarikh pengumuman pada 24 Okt ini agak lewat berbanding PAS yang akan mengumumkan calonnya dua hari sebelum itu. Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS akibat barah usus pada 27 Sept lalu. 14/10/2010


1 comment:

  1. galas hok BN, adun hak pas...macam mana..

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA