Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, October 5, 2010

FELCRA - SUMBANG 1M UNTUK TAJ KOLEJ

makluman dan jemputan ke majlis hari terbuka Felcra

pihak PDRM bersedia mengawal lalu lintas untuk kemudahan pengunjung ke majlis tersebut, dan sejumlah antara 25 - 30 orang anggota polis trafik sedia memberikan bantuan dan mereka berkumpul serta membasah tekak di medan selera di hadapan balai polis Kg. Gajah.

Permandang awal " grand stand " pada sebelah pagi dan ianya mampu menampong seramai 10k tetamu dari seluruh negera. Memang hebat persiapanya.


" Grand Stand " dari dalam


Papan maklumat yang dipasang di hadapan " grand stand "

TPM menyampaikan ucapan dengan cukup bangga keramaian ahli UMNO yang di jemput dari seluruh Perak Khasnya di majlis tersebut. Orang tempat amat kurang kelihatan. adalah diaggarkan sejumlah 250 buah bas di sediakan untuk tujuan pengangkutan tersebut, mereka mula sampai ke tapak perhimpunan seawal jam 12 thg. hari. ( untuk fardu zohor - hendak sebiru daya tak hendak seribu dalih, kalau mengikutkan keadaan dan suasana sudah tentu ramai yang terlepas 2 waktu sembahyang tersebut zohor dan azar )



( Maaf visual kurang memuaskan )

Jemputan dari seluruh Perak ini diberikan elaun harian, diambil dan dibawa pulang dengan bas dan di jamu dengan satay Samuri, keramaian kehadiran mereka hampir 15k orang telah memberikan kepuasan di tahap paling maksima oleh kepimpinan yang menyampaian ucapan. Selain TPM, Dato T, Dato Zambry juga turut sama menyampaikan ucapan dengan tak putus-putus memberikan tahniah dan syabas kepada hadirin sekali-sekali mereka juga " memohon " tepukan dari pihak hadirin, mungkin agaknya hadirin muak dengan ucapan. TPM juga memaklumkan perkapita rakyat Malaysia kini pada kadar 7k us ( dia guna mata wang US ) dan mengikut perkiraan wang Malaysia, ini bermakna perkapita rakyat kini berjumlah 21ribu ringgit Malaysia. Kini pihak kerajaan sedang berusaha keras untuk memastikan perkapita ini ke angka 15k us atau 45k ringgit Malaysia. Statistik ini mungkin benar tapi yang sedihnya rakyat kita masih ada yang hidup " kais pagi makan pagi dan petang untuk makan petang "

MEB pelengkap kepada DEB akan meneruskan dasar untuk memastikan rakyat luar bandar mendapat menafaat, untuk itu keramaian keluarga Felcra yang 10k ini sentiasa diberikan kemudahan untuk menikmati kehidupan yang lebih mewah. Adalah satu fitnah adanya penyelewangan di Felcra dan Felda - mereka pembangkang terus membangkang, semua yang dibuat tak betul - ( tapi 2 kes penyelewengan telah dibukti dan Felda perlu mengembalikan semula wang peserta - Felda Sungi Koyan 2 & 3 , masih ada kes dalam tinakan. Apakah ini juga berlaku dalam Felcra? )

" hanya kerajaan BN saja yang boleh memberikan kemudahan penghidupan kepada rakyatnya " tambah TPM. untuk itu semua kita harus memberikan sokongan 100% kepada BN "

FELCRA melalui Yayasan Felcra- menyuntik RM1juta untuk mereka yang berjaya ke TAJ kolej. Siapa punya kolej ini? dan mengapa sumbangan anak peneroka yang berjaya ini hanya ke TAJ kolej sahaja? TPM menerima replika cek tersebut.


TMP melangkah ke tapak pecah tanah - tanda pelancaran Perumahan Generasi ke2 Felcra Seberang Perak. Seluas 400 ekar kawasan di sediakan, tapi malangnya penerimaan tapak ini hanyalah indah khabar dari rupa. pemilihan ikut kehendak Pengerusi Felcra ada yang suami isteri dapat dan ada juga kalangan GEN2 yang di " black listkan " oleh pihak tertentu. Kemudian rumah mesti di bina mengikut apa yang disarankan oleh pihak Felcra berhad.

Majlis Pecah Tapak



menanam pokok - kenangan


menanda tangani plak majlis pecah tapak

Apakah peneroka Felcra pada Disember ini akan menerima dividen untuk persiapan anak-anak ke sekolah atau dividen yang berkurangan dari biasa, kita lihat dan tunggu saja le, kerana kalau dilihatkan perbelanjaan majlis ini mungkin sehingga 6juta Ringgit Malaysia. Atau apakah ini adalah lobi terakhir Dato T untuk menyambung semula Pengerusi Felcra Berhad - lubuk wang untuk beliau memastikan masa depan MKTnya atau memastikan kemenangan Parlimen di PRU13 nanti. itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA