Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, October 20, 2010

DSAI KEJAYAAN MU PENUH RANJAU



DSAI n DSN " tea time " selepas pembentangan bajet 2011
di lobbi parlimen. Perhatikan senyuman antara kedua-dua mereka

Memang tidak dinafikan, pertelingkahan yang berlaku dalam kepimpinan memang tidak perpanjangan, masa " perang " mereka perlu perang tapi masa untuk minum mesti minum dan ada kalanya boleh minum sama.

Hanya sebagai untaian perjalanan perjaungan antara mereka berdua memang cukup jauh berbeza, DSAI lebih kenali ramai semasa zaman remaja, zaman persekolahan, bekas pelajar MCKK bersama Sanusi Junid. Kemudian alam remajanya di IPTA dalam negara UM dan menjadi pemimpim pelajar dan semasa menuntut lagi beliau telah mengenali alam perjaungan, perjuangan masa ini ialah berkaitan dengan kesengsaraan yang di alamai oleh penduduk setempat, kita perlu ingat kisah " penoreh di Baling "

DSN, anak kepada mantan PM ke dua Tun Abdul Razak, dapat pengajian di luar negara tidak pernah mengalami dan menghayati masalah rakyat, berjuang dalam politik setahun jagung dah di angkat menjadi MB Pahang, usia ketika itu hanya 30an saja. Beliau adalah MB yang paling muda dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah belajar selok belok kepimpinan, tidak pernah tahu erti susah dan kesannya apabila dapat menjawat jawatan penting dalam pentadbiran negra, lihat lah apa yang dibuatnya masa kini. Bajet 2011 pun boleh diberikan kepada isteri.


Proses kepimpinan DSAI adalah, pernah bersama-sama, WYO - World Youth Organisation, WAMY - World Assisiotion of Muslim Youth, ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia, MBM - Majlis Belia Malaysia, adalah antara platform beliau mengasahkan bakatnya dalam kepimpinan, lantara itu nama beliau memang di sanjung dan dikenali ramai oleh kepimpinan luar dan dalam negara dan beliau bakal menjadi pemimpin satu hari kelak. Jiwanya sungguh kental dalam memperjuangkan nasib Melayu di bumi Malaysia, memperjuangkan ketamaddun belia bertaraf antarabangsa. Untuk anak bangsa beliau juga pernah menerajui Yayasan Anda - sebuah IPTS di Kampong Baharu Kuala Lumpur. Memang beliau tidak beminat untuk bersama-sama dengan kerajaan.

Jiwanya lebih Islamaik, dan ramai kalangan kepimpinan terkejut apabila beliau besetuju untuk menyertai UMNO, kerana semasa PAS dengan ust. Fadhil Nor mengharpakan DSAI bersama-sama dalam PAS. Tapi DSAI ada strategi sendiri untuk memberikan satu kepimpinan kepada negara. Pengalaman di penjara sebagai tahanan ISA juga bukan melemahkan jati dirinya malahan penjara sudah menjadi rumah kedua beliua.

Semasa dalam UMNO beliau pernah menjawat Ketua Pemuda dan DSN menjadi Timbalannya, dan bertanggong jawab kepada beberapa kementerian seperti Kementerian Belia dan Sukan 1983, Menteri Pertanian 1984, Menteri Pelajaran 1986, Menteria Kewangan 1991-1998 dan TPM pada 1993 - 1998 juga pernah memangku jawatan PM pada 1997.

Pada masa yang sama di peringkat antara bangsa beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan TAbung Kewangan Antara Bangsa 1998 sebelum beliau di fitnah oleh Tun Mahathir.

Untuk itu kalau di bandingkan dengan DSN amat jauh kemampuan DSAI sebagai seorang pemimpin, beliau berjiwa rakyat, beliau ada rasa kasih kepada rakyat, beliau ada rasa empati kepada rakyat, beliau tahu bebanan yang di pertanggongkan kepadanya untuk rakyat, walaubagaimana pun perancangan yang kita buat, racangan Allah adalah yang muktamat. Kepada DSAI teruskan perjuangan demi memastikan masyarak di bumi Malaysia tidak terus di tindas.

1 comment:

  1. sesungguhnya walaupun tak kenal dua2 ini secara lebih dekat, tp kita sendiri blh tgk la bagaimana bezanya kedua2 ni..
    sorang memang dah dilahirkan dalam "istana" yang gah..
    sorang lagi lahir dalam "reban ayam"
    tu ja kita dah blh nampak yg dalam "reban" tu ja yg blh rasa kesusahan kehidupan rakyat..
    yg dalam "istana" tu hanya nampak kesenangan orang yang seangkatan dengan nya..
    walau pun "me" bukan penyokong DSAI tu,, tp sekurang2 nya"me" nampak yg mana lebih ok la..
    satu hal lagi..
    walau macam na pun depa ni.. hakikatnya.. politik punya org semua nya nk keuntungan dlm hidup depa...
    tak da yg nawaitu depa lillahitaala..
    fikir2 la..
    tak kan dapat kita cari ganti org yang mcm mantan Tok Det..
    personaliti, kreadibiliti, pemikirannya..
    semua lebih kepada kesenangan rakyat..
    klu tak,, mcm mana zaman darurat kewangan dulu, kita blh bangun semula dlm masa terdekat..
    bangsa asing pun menghormati Mantan Tok Det kita..
    nk cari yg macam tu,?
    kena la belajar jd mcm tu..
    fikir lah rakyat jelata.
    jgn dikaburi oleh tipu daya, janji manis politik..

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA