hanya untuk renungan dah
ingatan para pejuang dan reformis
PARTI KEADILAN RAKYAT
Tiga tokoh pemimpin PR - YB Abdul Hadi Awang, DRSAI dan Lim Kit Siang
DEKLARASI PERMATANG PAUH 1998
" Gerakan REFORMASI
Yang terpancar pejuangan hati nurani, dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggujawab, diri manusia haram di zalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan sekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil.
Gerakan REFORMASI
Untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin, membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Gerakan REFORMASI
Untuk mendaulatakan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan.
Gerakan REFORMASI
Untuk memperjuangkan keadilan ekonomi, menjadi pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya dan miskin papa kedana. dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu.
Gerakan REFORMASI
Untuk membanteras rausah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan maha kaya.
Gerakan REFORMASI
Untuk memperkukuhkan jaya diri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya "
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Mantan Timbalan Perdana Menteri
12 Sep. 1998
Mantan Timbalan Perdana Menteri
12 Sep. 1998
No comments:
Post a Comment