Mengikut rekod SPR, masih ada Kira-kira 28% atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu (2009). Daripada jumlah tersebut, 65% daripada mereka adalah Bumiputera. Daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000), Sarawak (473,000) dan Kelantan (240,000). Manakala di Terengganu sekitar hanya 77,093 orang sahaja (12.3%) yang belum berdaftar.
Catatan dan kenyataan di atas, yang dikeluarkan oleh SPR dapat menunjukan kepada seluruh warga Malaysia di mana tidak prihatinnya gulongan muda terhadap sistem pemerintahan yang ada kini, dan gulongan muda Melayu adalah yang paling ramai tidak beminat ke arah sistem tersebut? apakah mereka memberikan " silent " protes kepada kepimpinan yang ada kini dan mereka langsung tidak ambil tahu berkaitan dengan pemerintahan.
Dari sudut keramaian jumlah pengundi baru - Pulau Pinang melalui DAP masih menguasai negeri tersebut, PAS terus mengekalkan Negeri Kelantan, bagi UMNO mampu mempertahankan Johor dengan jumlah pertambahan 13,125 pengundi baru. Di Johor juga kalau di ambil kira BN jumlah pengundi cuma 14,764 sebaliknya gabungan PR sejumlah 18,133 pengundi. Masih mengetasi jumlah yang diperolehi oleh UMNO.
Penambahan mengikut negeri:
Johor BN: 14,764 , PR 18,133
Pulau Pinang BN: 3,133 , PR 22,195
Kelantan BN: 5,539 , PR 16,215
Selangor BN: 6,737 , PR 13,721
Terengganu BN: 10,051 , PR 4,291
Perak BN: 3,685 , PR 8,920
KL BN: 543 , PR 7,316
Pahang BN: 2,622 , PR 2,667
Sarawak BN: 0 PR 2,307
Sabah BN: 2,104 , PR 336
N9 BN: 1258 , PR 1427
Melaka BN: 626 , PR 982
Perlis BN: 64 , BN 464
Jadi petunjuk diatas perlu di baca dengan teliti oleh " peminat " UMNO apakah mereka merasakan kepimpinan mereka masih releven lagi buat masa akan datang untuk Malaysia. Untuk itu kepimpinan dan pengikut serta ahli yang " dulu, kini & selama-lamanya " perlu berfikir apakan peranan mereka masa kini, apakah mereka masih mengharapkan kempen memburukan parti lawan, menyalahkan parti lawan atau mempengarui agensi kerajaan seperti SPRM, SPR, PDRM, Mahkamah serta lidah rasmi The Star, Starait Times, Nanyang SiangPau, UM, BH dengan niat tidak ada yang baik oleh gagasan pembangkang, dari kesilapan yang sekecil-kecilnya di perbesarkan, hinggakan membawa institusi istana ke kancah politik, badan tertinggi agama - mufti-mufti negeri juga perlu memberikan kenyataan yang menyokong tidakan yang dibuat oleh kepimpinan UMNO / BN. Walaupun kadang kala kenyataan tersebut di laporkan " ludah mati emak, telah mati ayah "
Akhir kalam, jangan salahkan orang lain, jika para pengundi makin lama makin tidak berminat dengan UMNO / BN, lihat dan kaji apakah kelemahan yang dilakukan masa kini, cara pengagihan harta negera, seperti subsidi untuk rakyat di tarik tapi untuk kroni di kekalkan, kerugian GLC perlu dikaji, GST perlu di tiadakan, berlaku adilan kepada semua rakyat yang ada di Malaysia dengan tidak mengira latar belakang mereka. Isu agama tidak di salah gunakan untuk kepentingan politik tapi untuk pembangunan umat.
No comments:
Post a Comment