Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 5, 2010

PKR PASIR SALAK, PANAS & TEGANG TAPI TERKAWAL

PKR mengorak langkah dalam isu pemilihan kepimpinan dengan memulangkan sepenuhnya kuasa ahli untuk menentukan siapakan pemimpin yang difikirkan berkemampuan untuk bertanding jawatan yang disediakan. Kini pemimpin yang " berminat " untuk bergelar pemimpin akan di pilih oleh lebih 400,000 anggota PKR daripada 205 cabang diperingkat MPP, pemilihan ini melibatkan di peringkat Cabang dan MPN dan MPP. Dengan pelaksanaan sistem ini meletakan PKR adalah parti pertama di Malaysia yang mengamalkan pemilihan cara terbuka.

Pemilihann peringkat MPP - Majlis Pimpinan Pusat akan diadakan pada November nanti.

PKR Cabang Pasir Salak telah menetapkan tarikh penamaan calun pada 4 Sep. dan semua senarai calun akan di pamerkan pada 8 sep. Kemudian di ikuti dengan tarikh bantahan pada 14 Sep. dan pada 18 Sep. senarai muktamad calun akan di pamerkan sebelum hari pemilihan pada 25 Sep. MATC Cabang ini akan diadakan di Pejabat Parti di A-71, jalan Besar, Tingkat Atas, Langkap.

Pemilihan secara langsung barisan kepimpinan PKR bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada 17 September hingga 3 Oktober depan. Semua cabang di seluruh negara diminta mengemukakan pencalonan mulai hari ini hingga 12 September. PKR merupakan parti politik pertama melaksanakan pemilihan secara langsung bagi semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Pimpinan Pusat, termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggotanya.

Suasana di bilik gerakan, perwakilan, menyemak, meneliti dan di sahkan oleh Setiausaha Cabang, setelah diproses di didaftarkan kepada wakil dari Ibupejabat PKR.

Semakan di pantau dengan penuh teliti oleh petugas parti. Sebelum borang di daftarkan.

Perbincangan terakhir dengan pihak Setiausaha Cabang.
Sdr. Palanathan Al Karuppiah


Sdr. Chong Hock Then bersama rakannya Lim Poh Chong dan
kedua-dua mereka adalah bekas ahli MCA cawan
gan Langkap.

Sdr. Chong Hock Then, adalah adalah seorang ahli yang bertanding untuk mempertahankan jawatan beliau sebagai salah seorang anggota jawatan kuasa parti, dan beliau sungguh terharu dengan cara yang di buat oleh parti, ini juga melambangkan betapa telusnya pemilihan pemimpin untuk memimpin parti dan ia bukan dibuat oleh wakil dari setiap ranting/cawangan yang diamalkan oleh parti-parti lain. Beliau juga mengharapkan agar permilihankali ini dapat berjalan dengan lancar.


Dua rakan dan Ibupejabat Sdr. Abdul Hamid dan Sdr. Zakaria, mereka yang ditauliahkan untuk menerima, menyemak dan mengesahkan borang penamaan calun dari ahli cabang.

Satelah taman penerimaan borang pencalunan, semua jawatan di Cabang Pasir Salak akan ditandingi, bagi kerusi Ketua Cabang, Sdr. Mustaffa kamil akan di tentang oleh Bekas Ketua Cabang, Tn. Haji Othman bin Abdul Rahman, Timbalan pula antara pendatang baru Tn. Hj. Zamzuri Zakaria perlu berentap dengan Sdr. Makmur dan kerusi naib antara Sdr. Nasir Hussin dari Ranting Changkat Lada dengan Sdr. Razak dari Ranting Degong serta 20 ahli untuk merebut 15 kerusi sebagai anggota jawatankuasa.

Cabang Pasir Salak di anggotai seramai hampir 2000 ahli akan mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang yang akan diadakan pada 25 September nanti.

salah seorang ahli menandatangi borang pencalunan sebagai penyokong

1 comment:

  1. Yong nak tanya ini blog PKR atau PAS? Tolong jawab.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA