Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, September 23, 2010

PKR CABANG PASIR SALAK - BERGELORA

Parit Keadilan Rakyat ( PKR ) pada tahun ini mencipta satu sejarah tersendiri di arena politik tanah air, di mana PKR telah mengorak langkah untuk memastikan kepimpinan dengan mengadakan pemilihan di peringkat akar umbi. Semua ahli berhak untuk menentukan pemimpin yang mereka " senangani " Pihak ibu pejabat telah menetapkan tarikh berikut untuk proses pengundian dan mesyuarat agung bagi Cabang Pasir Salak.

4 September 2010 - tarikh penamaan calon
8 September 2010 - senarai ahli yang bertanding di pamerkan

14 September 2010 - tarikh akhir bantahan

18 September 2010 - senarai akhir calon yang layak bertanding

25 September 2010 - MATC / hari pemilihan Cabang

Walaubagaimana cadangan tarikh di atas gagal untuk dituruti, mungkin kerana kealpaan pihak urusetia untuk melihat tarikh berkenaan bertembong dengan hari raya aidilfitri, akhirnya cadangan tinggal cadangan bagi PKR Pasir Salak sehingga mesyuarat terakhir Cabang pada 22 Sep. senarai calon yang layak bertanding masih belum dapat di pamerkan. Ini mungkin mengundan masalah dari pihak urusetia nanti.

Sdr. Mustaffa Kamil Ayub - Naib Presiden PKR

PKR Cabang Pasir Salak yang di anggap tenang tapi kini telah bergelora dengan ujudnya pertandingan di peringkat pucut pimpinan. Ketiga-tiga jawatan tertinggi Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang dan Naib Ketua Cabang - Cabang dan AMK di pertindingkan, hanya laluan mudah untuk Wanita kerana, semua jawatan sehinggalah ke Jawatankausa Cabang memang tampa bertanding.

Kini Sdr. Mustaffa Kamil ( gambar atas ) yang dulu diberikan mandat oleh Hj. Osman untuk memangku jawatan ketua cuba " dinafikan " haknya untuk menang mudah. Hj. Osman membuat kejutan dan kembali cuba untuk menerajui semula Cabang Pasir Salak. Ramai kalangan ahli PKR Cabang Pasir Salak tertanya-tanya kenapa Hj. Osman kembali dan ingin menerajui PKR ini, sedangkan laluan telah diberikan kepada Hj. Mustaffa dan pihak pusat pula memberikan kepercayaan kepada Hj. Mustaffa juga untuk mengetuai MPN Perak. Disamping memang Hj. Mustaffa sudah menjawat Naib Presiden di Peringkat Pusat.

Kalangan ahli PKR tertanya-tanya apakah " kembalinya " Hj. Osman ada kaitan dengan pertandingan di peringkat Timbalan Presiden, atau apakah Sdr. Azmin berperanan dalam urusan " comebacknya " Hj. Osman dalam kepimpinan PKR Pasir Salak ini? Atau apakah benar suara " grassroot " memanggil beliau untuk kembali. Persoalan ini tidak ada siapa yang boleh menjawabnya, ini kerana pada hari penamaan calun beliau hadir dalam keadaan " sesak nafas " borang pencalunan di serahkan hampir tarikh tutup penerimaan.

Jika diperhatikan senerio ini kuat mengatakan " kembalinya " Hj. Osman ada usaha kalangan tertentu untuk " menyusah " laluan Hj. Mustaffa Kamil. Kepada ahli PKR Cabang Pasir Salak, dengan kemampuan dan komitmen Sdr. Mustaffa sama ada di peringat Nasional mau pun negeri dan antarabangsa dalam urusan parti, dirasakan beliau perlu diberikan kepercayaan untuk mengemudi PKR Cabang Pasir Salak beliau juga telah layak untuk menyertai pertandingan di peringkat Timbalan presiden. Doa restu untuk menangan Hj.Mus.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA