Seluruh dunia telah mengiktiraf kemampuan dan kecekapan PDRM, keberkesanan gerakerja mereka, setiap suspek dapat di tangkap, di dakwa dan jika pasti kesalahan mereka, mereka akan dihukum dengan sewajarnya mengikut undang-undang yang telah disediakan. Kes terbaru berkaitan dengan Jutawan Kosmetik - Datuk Sosilaati dan rakan-rakannya, pegawai bank - En. noorhisham Mohamaed, peguam peribadi - En. Ahmad Kamil Abd. Karim dan pemandu - En. Kamaruddin Shamsuddin, telah mengesahkan kepintaran dan kecekapan PDRM tersebut. Kematian yang strategis ini moga-moga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan kesemua mereka dalam gulongan solehan. Alfatihah.
Memang sewajibnya pihak kerajaan memberikan " tahniah " kepada PDRM, dengan kecekapan dan kepantasan menyelesaikan kes tersebut.

Tapi kenapa masih ada pihak yang mencurigai kemampuan dan kehebatan PDRM, terutama dari kalangan " pembangkang ". Apakah benar alasan mereka dan benarkah dengan tohmahan tersebut. Tapi apa yang mungkin menguatkan lagi tuduhan mereka dengan terdedahnya ungkapan mamtan KPN - Tan Sri Musa Hassan, apa yang dikatakan kerana ada pihak ketiga yang menguasai PDRM. Ianya menyusahkan pengurusan dan pentadbiran PDRM itu sendiri.
" YB Haniza Mohd. Talha - Timbalan Speaker DUN Selangor jelas mempertikaikan kenapa agaknya kes-kes kehilangan individu lain yang dilakukan oleh orang yang sama dalam kes Datuk Jutawan Kosmetik lambat di siasat tapi apabila berlaku terhadap seorang " personaliti " ianya cepat dan pantas di lakukan dan dapat diselesaikan segera " YB juga mendakwa pihak PDRM " memilih bulu " dalam menyelesaikan kes-kes. dan ianya berbentuk " selektif ".
Pihak PDRM - melalui KP Selangor Datuk Khalid Abu Bakar juga merasa tersinggung dengan tohmahan mengatakan kalangan pegawai PDRM yang mudah " dibeli ", jika ianya benar sila nyatakan dan siapa kalangan mereka yang terlibat. Beliau cukup tersinggung dengan tohmahan tersebut.
Tapi sebagai seorang ahli masyarakat negara ini memang kadang kala kita terasa apakah pihak PDRM bertugas mengikut lunas dan pertanggojawaban yang sepatutnya, kerana kita perlu ingin bahawa anggota polis juga " manusia biasa " yang sering alpa dan kadang kala perlu memilih kawan untuk terus bersama dan masyarakat awam. Janganlah pihak Pegawai tertinggi menidakan apa yang disuarkan oleh rakyat, apa yang penting " upgradekan " tugasan dan ada rasa pertanggongjawaban dalam tugas.
BERTUGASLAH DENGAN PENOH RASA DEDIKASI DENGAN BERLANDASKAN KEIMANAN DAN KETAKWAAN.

No comments:
Post a Comment