Apakah kini Malahsia akan bertukar dari sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen kepada sebuat negara yang berorientasikan " kepolisan " Apa saja yang dibuat oleh rakyat berkaitan dengan memaklumkan perkara yang benar semua dihalang oleh polis. Sudah tentu GMI ( Gerakan Memansuhkan ISA ) yang diperjuangkan selama ini, memang tidak disenangi oleh pihak pemerintah. ISA kini sudah berusia 50 tahun hanya kurang 3 tahun dari kemerdekaan tanah air. seusia tersebut sudah tentu keujudan ISA 50 tahun dulu fungsinya sudah tidak sama dengan peranan yang di mainkan oleh ISA masa kini. Sebab itu ianya ditentang.
Terkini, di Dataran MBPJ, Padang Timur di Petaling Jaya - di mana upacara memasang lilin
bermulajam 8 malam - anggota polis bertindak menyuraikan kira-kira 300 yang hadir sambil menyanyikan lagu Negaraku. Anggota polis kelihatan mengejar beberapa peserta upacara tersebut dari kawasan Dataran, di tengah-tengah laungan "Hidup, hidup! Hidup rakyat!” manakala anggota polis yang lain, membentuk barisan bagi menghalang orang ramai masuk ke kawasn dataran tersebut. Dalam tragedi kejar mengejar itu seramai 30 aktivitis termasuk lapan wanita di tahan. Kerana mereka adalah sebahagian dari peserta himpunan tesebut.
Gambar satu perhimpunan membantah ISA yang dianjurkan di ibu negara. Gambar ini diambil di MPSA
Di Ipoh, Pulau Pinang juga kumpulan GMI mengadakan tunjuk perasaan berkaitan dengan ISA. Di Pulau Pinang contohnya, polis terus melarang orang ramai untuk turut sama di perhimpunan yang dianjukan. Penolong Pesuruhjaya George Town, Encik Gan Kong Meng - melarang diadakan pidato sekitar Sudut Pidato di Georgetown.
Siti Kasim ( gambar ) dari Majlis Perguan. Mengesahkan anggota polis menggunakan kekerasan dan hilang bertimbangan bagi mengatasi masalah tesebut.Seterusnya mereka menangkap orang awam yang berada dan ingin membelibelah di Amcor Mall berhampiran.
Di Kelantan, polis menangkap penyelaras upacara memasang lilin - Zaidi Musa dan Hamidi Musa - ditahan selepas ianya selesai diadakan. Sementara itu, dalam kenyataannya, Suaram mengecam tindakan polis yang menurutnya terus menerus menyerang kebebasan bersuara, hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Hak Manusia Sejagat.
lah Ong
Kua Kia Soong, berbincang dengan ketua Polis Petaling jaya Arjunaidi Mohamed untuk mendapatkan kepastian mengapa perhimpunan tersebut perlu di gagalkan oleh pihak polis.
Ketua polis Petaling Jaya Arjunaidi Mohamed berkata pihak penganjur tidak mendapat permit polis dalam mengadakan perhimpunan malam ini. "Tidak ada permit polis yang dipohon," katanya.
Lagi gambar perkaitan dengan tunjuk perasaan tersebut yang sempat di rakamkan di ibunegara pada hari tesebut.
No comments:
Post a Comment