Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, August 30, 2010

PKR - PEMILIHAN BERMULA

PKR - Parti Keadilan Rakyat akan mengadakan mesyuarat agung tahunan dan yang pentingkan pada tahun ini mesyuarat diikuti dengan pemilihan jawatan di semua peringkat Cabang, MPN, MPP ( majlis pimpinan Pusat ), syabas kepada pihak pengurusan parti yang akan mengubah corak pemilihan pewakilan kepada " hak ahli " menentukan siapa yang patut dan berhak menjadi pemimpin.

Bermula kini, semua mereka yang berminat untuk menerajui setiap cabang boleh mendapatkan borang yang dikhaskan dengan bayaran yang ditetapkan. Pemilihan ini juga melibatkan sekali Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Cabang. Bayaran setiap borang ialah RM20 untuk Cabang dan RM10 untuk AMK dan Wanita.

Sistem yang dilaksanakan oleh PKR ini saling tak tumpah dengan SPR dalam pengendalian Pilihanraya Umum atau kecil. Setiap calun perlu mendapatkan seorang pencadang dan penyokong dan seorang saksi. Perkara berikut perlu diberikan perhatian diperingkat Cabang

4 September 2010 - tarikh penamaan calon
8 September 2010 - senarai ahli yang bertanding di pamerkan
14 September 2010 - tarikh akhir bantahan
18 September 2010 - senarai akhir calon yang layak bertanding
25 September 2010 - MATC / hari pemilihan Cabang

Kalangan ahli yang ditemui cara ini adalah amalan demokrasi yang sepatutnya dibanggakan dan kalangan mereka yang sudah beria-ia untuk bertanding sudah memulakan kempen sejak awal-awal lagi. Ia adalah gejala sihat yang wajar digunakan sepenuhnya oleh pemimpin untuk memperkenalkan diri masing-masing. Cuma harapannya, kempen yang dijalanlan itu tidak perlulah dimasukkan unsur-unsur "rasuah" untuk membezakan PKR dengan UMNO.

Sebenarnya amalan " rasuah " memang menjadi amalan dan tuntutan perwakilan di setiap kali pemilihan khususnya pada UMNO, tapi apa yang peliknya undang-undang yang dilaksanakan untuk menghapuskan perilakukan ini di pebagaikan, ada kesalahan di hukum dengan denda, di tarik keahlian, di gantung sekian lama sebagai ahli. Pilih kasih ini memberikan tamparan yang kurang meyakinan kepada ahli-ahli peringkat bawahan. untuk itu PKR yang mengamal sistem pemilihan terbuka ini ELAKAN dari menaja, memberi dan berjanji untuk kepentingan individu tertentuk untuk menang.

Bagi ahli pula, perlu berfkir cara matang, dan jika kita berminat dengan seseorang calun, apa salahnya kita menggunakan kemampuan " berkerja " untuk memastikan kemenangan calun, dan meminta sumbangan sudah pasti cara tak langsung kita menggalakan calun yang menang akan meneruskan amalan " rasuah " tersebut. Cuba kita ambil iktibar dari pemilihan UMNO, setiap calun yang bertandingan perlu mengumpul sebanyak mungkin wang dan selepas bertanding perlu menggantikan wang tersebut, untuk mendapatkan sumbangan wang tersebut amalan yang terbaik untuk dilaksanakan ialah " rasuah "

Apa yang pasti pertanding ini sebagini menyemarakkan lagi perjuangan rakyat. Cuma apa yang amat diharap kepada semua calon, agar tidak menjadikan pemilihan kali ini untuk mewujudkan perpecahan dalam parti. Malah, sentimen perkauman juga tidak wajar digunakan oleh merek yang bertanding. Apa yang sepatutnya ialah menawarkan apakah perubahan besar yang akan dibawa kepada ahli jika mereka menang. Apapun, selamat bertanding buat semua pemimpin yang menjadi calon di semua peringkat.

Teruskan perjuangan untuk kepentingan Bangsa, Agama dan Tanahair.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA