Dato Seri Chua Sui Lek
Presiden MCA / Pelakon Vidoe clip
Peperangan kini di teruskan lagi, memang tidak dinafikan " peperangan " dalam gabungan " BN " lebih hebat dan terasa mereka juga sudah hilang keyakinan kepada UMNO untuk menerajui gagasan tersebut, bukan kerana apa, selepas tsunama PRU 12 boleh dikatakan penyelewengan yang dibuat oleh UMNO dengan rakan-rakan gabungan teserlah. Boleh dikatakan hampir semua kerusi dari gabungan MCA dan MIC di Semenanjung tewan kepada pihak lawan. UMNO masih benasib baik kerana " fixdeposite " ada di Malaysia Timor, kalau tidak kini Najib adalah Ketua Pembangkang di Parlimen
Kalangan Cina dan India sudah terasa bahawa mereka adalah cuma " sleeping partner " dalam gagasan tersebut, kemewahan, kekayaan, guna kuasa, apa sahaja " keistemewaan " adalah menjadi hak milik UMNO. Mereka terasa, kehadiran mereka hanya untuk memastikan UMNO terus memimpin Malaysia.
“MCA amat sensitif dengan peranannya dalam rangka Barisan Nasional tetapi kita juga mempunyai peranan untuk dimainkan sebagai parti Cina supaya kita boleh terus menjadi relevan,” kata Chua Sui Lek “Kami juga menyokong bumiputera diberikan keistimewaan dalam beberapa sektor ekonomi apabila ekonomi di liberalisasi bagi tender terbuka " tambah beliau. Presiden MCA itu juga berpendapat kini, Malaysia telah mengalamani satu traformasi ekonomi di mana 1969 dan 2010 sudah jauh berbeza, untuk itu TPM tidak seharusnya mengaitkan ekonomi akan jadi punca " 13 Mei " pada masa kini. Apakah sebagai " rakan kongsi " kalangan UMNO tidak memikirkan keperluan yang patut ada pada masyarakat Cina? atau orang Cina hanya perlu bertindak sebagai " penyedap " kepada UMNO sahaja ?
Brahim ali & Tun M - dari PERKASA
Mereka akan meneruskan ketuanan Melayu di Malaysia
Mungkinkah kelantangan PERKASA juga telah " menghidupkan " semangat perkauman, atau apakah PERKASA sudah ada ramuan untuk kesejahteraan Pendudukan berbilang kaum di Malaysia?
YB Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (atas ) apakah pentas dan akhirnya Operasi Lalang yang berlaku pada 23 tahun lalu akan dipentaskan semula oleh pihak kerajaan dengan mengemukakan ' pelakon ' yang berbeza. " Kalau dulu (antara) Datuk Seri Najib dan (bekas timbalan presiden MCA) Datuk Lee Kim Sai, kini (giliran) Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan (presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek," kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena. "Apakah selepas ini ada operasi lalang kedua? (Akan ada) pemimpin pembangkang yang akan dikambinghitam (oleh) Umno/BN.
Pemimpin pembangkang mula bercongak-congak akan " perlakuan " tersebut, kerana kini mereka ( UMNO / BN ) sudah hilang pedoman, sudah hilang taring, sudah di tinggalkan oleh semua pihak Melayu telah meninggalkan UMNO, Cina telah meninggalkan MCA / Gerakan dan India juga telah hilang kepercayaan kepada MIC. Sebaliknya, gabungan PR telah menerima sambutan yang hebat yang berani bertindak secara terbuka, bagi kakitangan kerajaan mereka bergerak dan memberikan sokongan secara " silent protest "
Kalau kita rujuk kepada pendapat dari kalangan NGOs Melayu dan Kepimpinan Parti dan Kerajaan rata-rata mereka - seolah-olah meletakan kesalahan kepada MCA:
YB Fuad Zarkasi - Tim. Menteri Pelajarn " apakah MCA kini sudah bergerak seperti DAP "
Ust. Osman Bakar - Badan Bertindak Melayu " MCA jangan memainkan kesensitiviti kaum "
Zahid Mat Arif - Dewan Tertinggi PERKASA " Apakah MCA akan meninggalkan BN "
YB Khir Toyo - Ketua Pembangkang Selangor " MCA perlu realistik dalam perjuangan "
Reezal Merican -KP Pemuda UMNO " MCA jangan soal hak Melayu "
Syed Ali Habshee - KB UMNO Ceras " Melayu perlu bersatu "
Pandangan Syed Ali Habshee saja yang menunjukan ada rasional dan boleh di bawa berbincang, sedangkan yang lain cuba mengguk di air keroh, atau cuba menonjolkan diri untuk kepentingan peribadi sama-mata.
No comments:
Post a Comment