Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, August 15, 2010

KENAPA PERLU ADANYA PERPADUAN?


Isu Perpaduan kaum, isu tuntutan kaum, isu salah guna agama, isu mementingkan kroni, isu salah guna kuasa, isu menidakan hak perlembangaan, isu " tidak " lagi ingin berteraskan kepada pelaksanaan Rukun Negara, isu " kami yang menurut perintah " isu ingin menagih simpati, isu disiplin pelajar, isu istana, isu lompat parti, isu sekolah anak luar nikah, entah apa-apa isu lagi yang kini diturunkan bala oleh Allah SWT untuk diberikan perhatian oleh kepimpanan negera.

Terakhir di Ipoh pihak istana Sultan Perak, Sultan Azlan Shah juga melahirkan kebimbangan dan risau baginda dengan sikap sebahagian daripada generasi baru yang semakin jauh fahamannya dengan salasilah dan asal-usul sejarah tanah air walaupun negara kini di ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-53.

Apa kaitan bena ini dengan instutusi raja berpelembagaan?


Malaysia telah memilih sistem berkerajaan berteraskan prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Titih baginda di Majlis Mesyuarat Dewsan Negara Perak ke 147 di Istana iskandariah, Kuala Kangsar. ‘‘Sistem tersebut dicapai berdasarkan formula persepakatan di antara istana dan rakyat; masing-masing ada peranan tertentu terutama dalam suasana yang genting dan kritikal. ‘‘Ia memberi satu perimbangan peranan dan kuasa demi menjamin kesejahteraan warga dan kestabilan negara,” titah baginda. Malah titah baginda, kemuliaan institusi raja perlu didokong secara bersama dan peranan itu harus dilaksanakan dengan bijak oleh Raja Bergelar, Orang Besar dan Ahli-Ahli Dewan Negara Perak dalam menjaga nama baik dan imej institusi raja agar tidak tercemar.

Rukun Negara dengan jelas memperuntukan " Kesetiaan kepada Raja dan Negara " sebagai Rukun Kedua dan juga sebagai tunggak kepentingan negara. Tapi apakah peranan institusi tersebut dan kesetiaan di amalkan oleh rakyat pada masa kini, atau adakah rakyat yang telah " berilmu " kini mula sedar bahawa " instutusi raja " juga adalah sebagai sebuah organisasi yang mudah di pengaruhi oleh anasir yang berkepentingan. Rakyat mula dapat melihat, ada kalanya Raja yang tidak dilindungi oleh undang-undang kini telah memihak dan tidak lagi menjaga kepentingan keseluruhan rakyat, institusi ini juga memihak kepada kalangan yang berkuasa " eksekutif ", kenapa agaknya berlaku sedemikian rupa? Apakah pada masa kini cara hidup gulangan istana juga perlu seperti " rakyat jelata ", mereka perlu berniaga, mereka perlu mohon tanah, mereka perlu perlindungan lain untuk penghidupan yang lebih selesa

Raja Qazan berkenan untuk menjamu hadirin di majlis tersebut. Tapi apa yang anehnya Ibn Taimiyyah tidak menyentuh makanan tersebut:

" Mengapa engkau tak mahu makan ? " Tanya Raja Qazan

" Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasan mu ke atas harta orang ramai, kamu memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok pokok milik ramai "
jawab Ibn Taimiyyah

" Berdoalah untuk ku " sambung Raja Qazan


" Ya Allah, jika hamba-Mu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimah-Mu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaanya. Namun, jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya."


Ulama yang lain terkejut dan terus berselubung dengan jubah meraka, merisaui yang Raja akan memenggal Ibn Taimiyyah.

catatan dari Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan
Himpunan Tulisan Dr. Asri Zainul Abidin dalam kolum " Pena Mufti "
BICARA BUAT PEMIMPIN DAN RAKYAT






No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA