Apakah ini sikap dan cara ahli parlimen Malaysia berhujjah dan jika ahli parlimen itu pula seorang peguam apakah cara yang di lakukan oleh Zulkifli Noordin melambangkan semua mereka sedemikian rupa, apakah mereka pendusta, apakah mereka berbohong dan mereka berhujjan untuk kepentingan semasa.
Semasa berkawan dengan rakan pemerintah semua betul apa yang dibuat oleh rakan seangkatan, tapi apabila bercerai dengan rakan tadi dan berpeluang untuk bersama-sama dengan rakan-rakan pembangkang apa saja yang dibuat dan dihujjah oleh pemerintah semua tak betul, semua dusta, semua ucapan tidak dirancang.
Ahli parlimen Bebas Zulkifli Noordin ( gambar sebelah ) hari ini mengakui bahawa beliau pernah melakukan bermacam pembohongan semasa menyertai pembangkang dalam strategi untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN). "Saya terpaksa akui sememangnya itu strategi, dan saya sendiri pernah terlibat,kata MP Kulim-
Jadi apakah kini semasa beliau " mesra " BN tidak berminat untuk meneruskan Pembohongan tersebut. Sudah pasti apa yang dilakukan semasa bersama PR tempoh hari akan diteruskan semasa bersama-sama dengan BN. Keperluan ini di tuntut untuk menarik dan mengambil hati kepada kepimpinan yang diikuti semasa ini. Dengan pengakuan tersebut jelas beliau bukanlah seorang yang boleh dipercayaai, juga sebagai seorang peguambela yang tidak beretika dalam menjalankan tugasan yang diamanahkan.
Pengakuan ini menjelaskan kepada seluruh rakyat, keadaan terdesak kepada " MP Lompat ", berkemungkinan cara ini akan di perakui oleh PM untuk memastikan kedudukan mereka terus terjamin. Atau untuk memastikan panggilan hayat untuk MP di PRU 13 nanti terjamin. Beliau juga menjelaskan kepada pihak tertentu beliau sudah pun memohon maaf atas keterlanjuran tersebut.
YB Zul menambah yang pada ketika bersama PR memang di ajar untuk berbohong, menipu serta mencipta reka fitnah, maki hamun sesama insan, semua orang tak betul. Apakah YB Zul ini seorang insan yang bodoh dan tak tahu berfikir atau adakah semua kalangan ahli PR kini yang di anggotai oleh PAS, DAP, PKR semua MPnya di ajar sedimikian rupa. Apakah bagitu hebat sekali Sdr. Anwar dapat mengawal daya fikir ahli-ahli MP tersebut? Atau apakah mereka yang melompat sahaja yang tidak mempunyai ketahanan diri bagi menghadapi liku-liku hidup sebagai seorang pejuang untuk menegakkan kebenaran.
Kini YB Zul mengaitkan dengan isu APCO, dengan ini jelas menunjukkan beliau sedang berusaha untuk merapat dan memberikan kepercayaan kapada PM agar beliau kelihatan cukup bersih dan " cukup mesra " dengan BN, atau apakah YB Zul juga nanti akan mengatakan kes kapal selam, kes gadis Monggolia, semuanya satu fitnah pembangkang untuk memastikan perancangan politik mereka berjaya. Apakah semua yang dibongkar oleh rakan PR satu penipuan, mungkin sdr. Zul akan memberikan penjelasan satu hari nanti, sebenarnya Sime Derby tidak rugi, mungkin meluluskan judi satu keperluan. dan segala kemungkinan oleh ahli-ahli lompat ini, akan menjelma dari masa ke semasa.
Zulklifi akui pernah berbohong untuk tumbangkan BN
No comments:
Post a Comment