Dato T, yang kini kenali oleh warga Felcra dengan lantang telah mengeluarkan arahan agar premis bawah jagaannya di kawal seperti kawasan larangan, larangan ini ditujukan khas kepada sebarang aktiviti dari pembangkang. Ini bukan kerana apa, semua warga Felcra khususnya di Gugusan Changkat Lada Kg. Gajah, perlu faham mereka adalah anak emas, telah dibela dan kutip dari seluruh kawasan di bawah ke kawasan ini dan kini hampir semua mereka telah hidup dengan mewah.
" Ini semua adalah hak milik rakyat dan bukan milik kerajaan, oleh itu, seharusnya rakyat terus menyokong kerjaan dalam hal berkenaan " kata Dato T ( Sinar Perak Tengah Sabtu 10 Julai 2010 ), kadang-kadang kita keliru dengan permohonan Dato T ini, kalau bukan hak kerajaan kenapa perlu sokong kerajaan dan mengapa beliau berkatan demikian, kalau bukan beliau mengawakili kerajaan? atau Dato T sudah mula tidak dapat membezakan antara kerajaan, syarikat milik kerajaan dan kepimpinan kerajaan.
Kini rakyat perlu dan senetiasa memberikan kesetiaan kepada pemerintah, apakah pemimpin masa kini masih meletakkan daya fikir rakyat seperti 50 tahun dahulu, sudahlah dengan melaksanakan tugasan yang diamanahkan penoh dengan tipu daya, dan apa yang perlu ditakutkan kalau kita di pihak yang benar, kata pepatah " berani kerana benar dan takut kerana salah " kita tak mau setiap perbuatan yang salah terus di " kekalkan " seolah-olah ianya benar.
Felda pun telah di dedahkan " kesilapan " yang dilakukan oleh pihak pengurusan dengan nasihat oleh ahli politik, apatah lagi dengan projek di Bakun sudah kerugian yang di perlu di tangani oleh Sime Derby, kini Felcra pula akan di dedahkan dengan " salah laku " yang diamalkan olkeh pihak pengurusan untuk menyenangkan pihak tertentu.
Semua orang rasa bangga dengan pembangunan yang ada, tapi kalau diperhatikan pembangunan di laksanakan mempunyai kaitan dengan kepentingan orang tertentu. Penglibatan orang politik inilah yang menyebabkan rakyat mula marah dan ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku, ke mana wang agensi kerajaan ini digunakan, kerana kalangan rakan rapat, anak-anak dan adik-adik mereka hidup mewah, dengan kemewahan yang sepatutnya. Sedangkan penghuni di tanah rancangan hidup seperti dahulu juga.
Untuk itu, kepada Dato T, tidak perlu takut dan jangan takut kepada bayang-bayang sendiri, jika Dato dalam keadaan benar dan telus tidak menyelewang Allah akan sentiasa bersama dengan mereka yang beriman. Dengan itu tak perlulah di kandang kawasan Felcra dengan melarang terutamanya pihak pembangkang untuk menyuarakan pendapat mereka. Biarkan warga Felcra mendapat maklumat sebenar apa yang berlaku dan tidak jadi seperti apa yang berlaku di Felda.
No comments:
Post a Comment