Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, June 17, 2010

UMNO - PEMIMPIN BEREBUT MENCARI DANA UNTUK MKT

Apakah kini dalam pemikiran pemimpin hanya untuk memastikan kocek mereka sentiasa berisi dengan mempelbagaikan aktiviti kewangan. Menteri Wilayah; Raja Nong Cik sedang perusaha keras untuk " memperdayakan " penduduk di tanah " hak Melayu " yang masih terdapat di tengah-tengah kotaraya. Beliau berusaha keras untuk tujuan tersebut.

Menteri Pertahanan pula dilaporkan akan memastikan tapak Lapangan Tentera di Sungai Besi akan di bangunkan untuk kepentingan Negera. Apakah benar ianya ada kaitan dengan kepentingan negera atau pun mengisi kocek dan kepentingan peribadi untuk digunakan semasa pemilihan peringkat cawangan, bahagian, MKT.

Yang hangat di bincangkan kini ialah bangunan baru untuk parlimen. Apa rosaknya bangunan yang ada kini, apa kurangnya, tambahan bangunan yang kurang dari 55 tahun itu masih tesergam indah di kawasan " lake garden " di tengah-tengah kota raya. Menteri bertanggojawab menganggarkan sejumlah 800 juta ringgit diperlukan untuk pembinaan tersebut. Ramai mempertikaikan kewajaran pembinaan tersebut. Bantahan ini termasuk dari kalangan mereka yang bergabung dalam BN. Malang bagi kita rakyat Malaysia, bukannya bantahan yang diutarakan di iringi dengan pembatalan projek malahan usaha diteruskan dengan menjadikan PICC ( Putrajaya International Convension Center ) sebagai gantinya. Ubah suaian diperlukan. Yang penting projek mesti " on ".

Ada menteri kata Malaysia mungkin bankrap, tapi projek mewah diteruskan juga, di sinilah nanti rakyat akan menjadi mangsa keragusan tersebut. Tambahan pula dengan pilihan menaik tarafkan PICC sebagai parlimen di sokongan oleh sebilangan besar mereka dari BN. Sudah pasti YB Nazri tersenyum dan boleh berkira-kira untuk belanja mesyuarat MKT akan datang.

"Kabinet telah memutuskan agar JKR (Jabatan Kerja Raya) menyediakan laporan termasuk kos mengambil alih sekiranya kita setuju mengambil PICC untuk dijadikan Parlimen," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini semalam. Manis mulut Nazri menyatakan jika JKR melaporkan ianya tidak sesuai maka persidangan akan diteruskan di parlimen yang ada ini. Persoalan yang timbul beranikah JKR menidakkan kehendak kerajaan dan beranikan JKR juga untuk menyekat peruntukan yang disediakan oleh kerajaan dengan tidak mengikut apa yang dirancangkan oleh JKR. Itu satu persoalan yang amat sukar untuk di jawab.

Parlimen di KL akan dijadikan bangunan warisan. Untuk apa dan apakah pengisiannya dan apakah sudah ada kalangan mereka ( menteri ) yang akan memastikan kawasan ini kelak di bangunkan dan sudah ada kalangan mereka yang menadah tangan untuk kawasan tersebut? Seperti pembangunan di Kampong Baru, jika dibangunkan apakah di " jamin " kawasan ini tidak bertukar tangan, kerana orang kita kadang kala tidak mampu untuk melabur dengan banyak maklum saja kerana kekurangan wang.

Walau pun Kelantan " tidak membangun " tapi hak milik kawasan masih di tangan orang kita. Setiap pembangunan mesti ada pengorbanan. Sudah banyak contoh yang boleh kita teladani dengan daya tipu oleh UMNO / BN masa kini.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA