Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, June 14, 2010

PERAK - KATAK SEDANG KEPANASAN.

Apa yang dilakukan oleh YB Bota, Dato Nasarudin melompat kedalam PKR sebelum dia berpatah balik dulu, memang memberikan kesan sampingan dan sudah tentu beliau ada membawa rakan-rakan dalam perundingan dengan pihak PKR dalam usaha " melompat " tersebut. Angin sepoi-sepoi bahasa membayangkan bersama YB Nasa malam perundingan tersebut di iringi oleh YB. Ahmad Pakeh Adam dari Sungai Siput, YB Raja Ahmad Zainudin dari Kubu Gajah dan YB Hamdi Jaafar dari Pengkalan Baru. Pertemuan rahsia ini di ketemukan dengan wakil PKR. dibuat di hotel Syuen dimana bilik ditempah oleh Hamdi Jaafar. ( ikhsan ureka )

Kini PKR Perak, walau pun tidak berminat dengan " lompat - melompat " ini tapi berkemungkinan ada pihak telah terbau yang kedududkan BN itu sendiri telah kucar kacir dan sudah hilang hala tuju, semua apa yang dibuagt serba tak kena. Hinggakan berjudi juga telah dihalalkan oleh kepimpinan UMNO itu sendiri. Bak kata pepatah Melayu Baru " kalau tak ada gempa bumi mana kan ada tsunami " Pergesaran dan rasa tidak berpuashati dengan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memang tidak boleh dinafikan.

Melalui sidang akhbar di Ipoh, Sdr. Zulkifly Ibrahim yang juga Ketua penerangan PKR Perak mendedahkan penglibatan beberapa orang YB dan mereka yang berjawatan Ketua Bahagian dari UMNO sedang di " screen " untuk bersama-sama PR dengan menganggotaik PKR, dalam temu bual tersebut, rata-rata mereka marah pada YAB Zambry, YAB Zambry lebih memberi muka kepada " pendatang " UMNO dari PKR yang telah melompat, kedudukan YB Jamaluddin yang masih ada pejabat di SUK ( beliau bukan EXCO ), melantik beberapa orang dari PKR ke jawatan penting di SUK, termasuk Sdr. Hamdan Taha, Sdr. Hanafiah Man.


YAB Datu Zambry mengesahkan ketidak puasan hati sebilangan YB BN di Perak

Kalangan pemimpin Umno di Perak mengakui memang wujudnya rasa tidak berpuas hati, termasuk di kalangan ADUN BN, terhadap Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung peruntukan bagi menjalankan program khidmat masyarakat di kawasan masing-masing.

Walaubagaimana pun, YAB Dr. Zambry penoh yakin bahawa ini hanya satu gimit politik dan sudah pasti tidak ada mana-mana YB yang akan menyeberang ke sebelahan PKR, ini hanyalah satu pembohongan dan mereka PKR amat kecewa dengan keintiman yang berlaku kepada YB UMNO / BN pada masa ini. YAB Zambry penoh yakin.

Selain dari isu tersebut, ramai juga kalangan kepimpinan semua parti khususnya dari " Orang Melayu Muslim " amat kecewa dengan memberikan kelulusan kepada aktiviti judi oleh pihak kerajaan. Kini Ascot Sports Sdn. Bhd milik Tan Sri Vincent Tan telah ditawarkan package perjudian tersebut sepanjang Bolasepak Piala Dunia 2010 ini.

Pandangan Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata. "Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu. Dengan alasan dan pendapatan Tun M ini sepatutnya UMNO di bubarkan.

Minat mereka untuk meninggalkan UMNO juga ada kaitan dengan UMNO Perak itu sendiri yang kini sedang dalam keadaan berpecah dengan di bahagikan kepada 3 kelompok. Kelompok YAB Dr. Zambry, Kelompok Ramli Zahari dan kelompok Raja Ahmad. Bukan kerana apa, Ramli adalah pilihan Najib untuk MB dan Zambry adalah pilihan Pk Lah, tapi bagi Ramli adalah orang lama dalam UMNO dan beliau ditinggalkan bagitu sahaja, sedangkan orang baru di berikan layanan yang cukup baik.

Apakah akan menjadi realiti lompatan ini ? kita tunggu dan lihat apa yang sebenarnya akan berlaku di Perak. Mungkin lompatan tidak berlaku kerana, PKR sudah tentu tidak mampu membiyaan harga untuk penyeberangan tersebut. Yang banyak duit ni ialah UMNO. Untuk itu PKR bersedialah dengan PRU 13 dan tidak meletakan impian tinggi untuk lompatan tersebut.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA