Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 1, 2010

POLITIK DI SEKOLAH - MAHYUDDIN TEMBERANG


Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang juga bertindak sebagai Timbalan Perdana Menteri telah memberikan satu respon khusus dalam pembangunan pendidikan yang cukup tidak sihat, apa yang berlaku di arena pendidikan masa kini seolah-olah menghalang keinginan rakyat khususnya orang Islam dalam pembangunan pendidikan, dimana beliau menghadkan para pelajar tidak mengambil lebih dari 10 mata pelajaran, ini bermaksud menyekat para pelajar dari menambil peperiksaan dalam mata pelajaran keagamaan, kerana selama ini bidang keagamaan banyak menyumbang mata pelajaran untuk di ambil dalam peperiksaan.

Kini beliau juga menyarankan agar peranan PIBG hanya kepada program pembangunan pendidikan di sekolah, dan tidak mencampur adukan antara pembangunan pendidikan dengan politik kerana ianya boleh menjejaskan " proses " pendidikan di sekolah-sekolah, memang kita tidak nafikan, PIBG ( persatuan ibubapa & guru ) berperanan untuk pembangunan pendidikan dan perlu di ingat untuk pembangunan ianya meliputi semua aspek kemanusiaan, infrastruktur, kemasyarakatan, sumber kewangan ( kewangan dari kementerian ) adalah tidak mengcukupi untuk tujuan pelbagai program yang diadakan di sekolah.

Sebagai contoh, ucapan dan perakuan yang di buat oleh Mahyuddin memang ada benarnya, gambar sebelah ( YB Dato T ) adalah ahli parlimen dari bahagian Pasir Salak. Beliau juga tidak faham dan tidak akur dengan kehendak dan arahan dari pihak Kementerian, di mana sekolah bukan tempat untuk berpolitik dan tidak seharusnya lansung mengaitkan ucapan dengan keperluan cita-cita politik. Beliau di fahaman telah berucap dan mencemuh kepimpinan Pakatan Rakyat semasa berucap di Majlis Kecermelangan dan Mesyuarat Agung PIBG SMK Dato Seri Maharaja Lela, Kampong Gajah tempoh hari.

Apakah Dato T ini tidak faham dan masih " egois " sebagai seorang pemimpin, cakap lansung tidak melihat siapa " client " ketika itu, di mana, dan ruang apa beliau berucap. Soal kecemerlangan hanyalah sedikit sahaja yang disentuh. Sebaliknya " ketuanan melayu " dan Keadaan Pulau Pinang, Kepimpinan PR Perak menjadi contoh, beliau menghuraikan panjang lebar.

Apakah YB Dato T beranggapan kalangan kepimpinan guru ini tidak membaca atau hidup mereka seperti katak di bawah tempurung atau seperti sebilangan Ketua Kampong yagn hidup mereka suka berpura-pura dan setiap kerja buat mereka di perhtikan oleh ketua Bahagian. Adalah malang dan mencukacitakan, di zaman dunia lebih kecil ini, maklumat di terima setiap hari, Dato T masih tidak menerima hakikat perubahan ini.

Timbalan PM, juga mengakui dan akan berusaha untuk tidak melibatkan " UMNO " di sekolah
Sementara itu, semasa menjawab soalan Dr. Lo' Lo' Ahli parlimen Titiwangsa beliau berkata,
"Jika benar Puteri Umno masuk ke sekolah-sekolah untuk pendaftaran ahlinya, saya rasa ia memang tidak patut berlaku. Dan saya berharap kelemahan ini dapat diperbaiki,"katanya. ( di parlimen ), tapi di SMK Dato Seri Maharaja Lela, Kg. Gajah. Naib ketua pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak adalah menjadi YDP PIBGnya. Dimana realti ucapan Mahyuddin tersebut.

Ahli UMNO memang suka pada kuasa, pangkat dan jawatan.



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA