Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, March 3, 2010

THE TWELVE SUPER HERO DALAM PKR


Cita-cita dan harapan UMNO / BN untuk terus membeli YB parlimen dari PKR nampaknya malap, kerana kalangan mereka yang di war-warkan untuk turut sama melompat tak jadi. Mereka dengan di ketuai oleh AP Teluk Kemang Datok kamarul Ariffin terus memberikan komitmen dan sokongan padu untuk DSAI. Melalui ikrar tersebut juga membantutkan perjalanan King of The Frog - tersekat sementara waktu ini untuk hidup mewah dengan MP bertarap " bebas ". Tapi kebebasan mereka tidak pula di ikat dengan " Mesra BN ". Bebas dengan tidak " mesra BN " juga mungkin tidak menjanjikan sesuatu untuk kepentingan politik Najib.



Kepada semua " The Twelve Super Hero "
YB Abu Kasim - Kuala Kedah,
YB Azan Ismail - Indera Mahkota,
YB Abdul Hamid - Kuala Langat,
YB Abdul Aziz - Ketereh,
YB Yusmadi - Balik Pulau,
YB S. Manikasagam - Kapar,
YB Rashid Din - Merbok,
YB Amran Abdul Ghani - Tanah Merah
YB Hee Loy Siang - PJ Selatan
YB Datuk Kamarul Bahrin - Teluk Kemang
YB Gwo Burne Lon - kelana jaya
YB N. Gobalakrishnan - Padang Serai -
kedua dua mereka memaklumkan taat setia dengan SMS

YB semua adalah harapan dan menjadi tulang belakang PKR seterusnya memastikan PR tidak lagi di himpit dengan permasalahan, terutama apa yang sedang di himpit oleh DSAI itu sendiri. Cubalah YB PKR mengambil contoh YB dari gagasan PAS, berpatah arang pun mereka tetap bersama. Susah senang tetap bersama - berat sama dipikul dan ringin sama di jinjing. Belum masanya kepimpinan PR untuk hidup mewah, kerana dasar PR adalah untuk kepentingan rakyat. Mesra rakyat, mengekonomikan rakyat.

Kepimpinan UMNO memang menjadi kaya adalah budaya mereka, kita boleh lihat, untuk kaya raya sertailah dan dapatkan jawatan dalam UMNO hatta di peringkat cawagan pun jadi, malahan ada kalangan Ketua kampong juga boleh hidup mewah.


APAKAH CARA MEREKA INGIN DIBUDAYAKAN PADA KEMIMPINAN GAGASAN PAKATAN RAKYAT TERUTAMA MEREKA DARI PARTI KEADILAN RAKYAT ?



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA