Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 30, 2009

KEHANCURAN MENJELMA JIKA TIDAK SEPAKAT

Kita merasa bangga dengan pencapaian di PRU 12 yang mana telah memastikan 5+1 negeri dapat di tawan dan akhirnya tinggal 4+1 apabila lahir pula kerajaan haram di negeri Perak, dengan ber MB Mogabie Zambry. Kenapa ini boleh terjadi? apakah kekuatan jati diri pada pemimpin PR sudah tiada atau adakah PR sudah mula menunjukkan belang kehebatan kerana aku kamu berjaya, kerana aku kita memerintah, kerana aku BN gagal untuk memastikan Dewan Rakyat untuk mendapat 2/3 majoriti. Apakah kerana " aku " atau pun kerana " kita "

Untuk itu, luahan rasa pemuda PAS untuk memastikan calun di Penanti mesti memulangkan kerusi kepada PAS harus difikirkan dan yang terbaik adalah berunding untuk kepentaingan semua. apakah PAS nie rasa dah kuat sangat sampai dah lupa macamana depa boleh naik sampai ketahap tertinggi macamnie… dah laa Pemuda PAS PENANTI tengah dok ‘BONGKAK NAK PULAU’ , elakan kita bersama muka antara satu sama lain dalam PR, keimtiman perlu dipupuk dari setinggi pemimpin hinggalah keperingkat ahli biasa yang masih bersemangat untuk memastikan Negera di bawah kepimpinan baru iaitu PR. Kenapa perlu mengungkit untuk merebut kerusi, yang pasti setiap PRK yang melibatkan PR kita perlu menang dengan majoriti yang besar, kerana ianya melambangkan sokongan rakyat kepada tranformai kepiminan negera.

Sejarah jangan kita lupakan, PRU 1999 bagaimana ? PRU 2004 apa hasilnya dan PRU 2008 PAS cemerlang, kenapa berlaku demikian, malapetaka terhadap BN pada PRU 12 adalah atas dasar permufakatan atau pun gabuangan 3 parti PKR, PAS dan DAP. untuk itu fikir-fikirkanlah agar keintiman ini tidak pupus di pertengahan jalan.

Apa yang berlaku semasa pengumuman calon Dun Penanti tempoh hari sepatutnya tidak berlaku, bertengkar, memberi pendapat perkara biasa dalam setiap organisasi, tapi apa yang perlu selepas bertengkar dan bertegang leher keimtiman perlu di ujudkan kembali, itu tanpa kita bermuafakatan. Elakanlah apa yang berlaku di Penanti berulang kembali, kerana selepas Penanti lagi satu PRK akan di adakan di Selangor pula.

Eratkan Perpaduan, tegohkan ikatan, seiring dan sependapat untuk memastikan kemenangan sentiasa memihat kepada PR.

Monday, April 27, 2009

PERAK TERUS HARU HIJAU

Isu Perak dengan masalah DUN memang kini terus panas, macam-macam strategi sedang diusahakan untuk memastikan BN mau pun PR dapat menguasai semula DUN ini. Yang jelas, PR ada kelebihan, kerana speaker masih YB Siva, hak dan kuasa beliau untuk menghalang 3 ADUN yang meletakan jawatan masih utuh dan kukuh. Dr. Zambry pula akan menggunakan tipu helah yang licik bagi memastikan kerusi speaker di serahkan ADUN Jelapang, yang dulunya timbalan speaker semasa PR merintah.

Gajah sama gajah bertembong, rakyat lentang lereng dibuatnya. Hari-hari orang ramai cerita pasal politik, UMNO kata UMNO yang betul, dulu kini dan selama-lamanya, tanya orang PR pasti mereka mengatakan dengan tegas dan yakin, tengok lah bagai Prof Undang-undang UIA Sdr. Aziz Bari, hujahnya lengkah dengan fakta khusus berkaitan dengan apa yang berlaku di Perak, siapa yang mencabul Perak, keesahan Kerajaan PR masih utuh, mesyuarat bawah pokok, beliau adalah orang pertama yang mengesahkan mesyuarat tersebut. Yang peliknya hakim dan pakar perundangan dari UMNO yang sentiasa bersedia menjilat apa saja yang di perlukan oleh UMNO.

Hari ini di sahkan semua Ketua Kampong JKKK PR telah pun menerima surat penamatan khidmat sebagai Ketua kampong yang di tt oleh setiap pegawai daerah setiap daerah. pelik juga masa melantik dulu surat lantikan dari pejabat SUK tapi penamatan pula dari pejabat daerah sahaja. Tidak dinyatakan pula apa sebabnya penamatan tugas tersebut hanya ianya adalah keputusan dari mesyuarat Pihak Berkuaa Negeri semasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Bil. 1576 pada 11 Mac 2009. Tidak pula dinyatakan artikal mana yang digunakan oleh mesyuarat tersebut yang boleh menamatkan perkhidmatan semua ketua kampong tersebut.

Kakitangan kerajaan juga amat takut dan mengikut saja apa yang diarahkan, walaupun sepatutnya mereka bebas kepada siapa yang memerintah dan perlu menggunakan akal yang waras untuk mengambil setiap tindakan, jika arahan yang diteriam tidak berlandaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri dan perlembagaan sebagai pegangan.

Perak kini terus kucar kacir dan haru hijau di bawah kerajaan rampasan pimpinan mamak 786.

Sunday, April 26, 2009

PEMIMPIN PR MACAM BUDAK-BUDAK

Kita belum di sahkan lagi apa yang di maksudkan oleh DR. Zambry terhadap pemimpin PR khususnya speaker YB Sivakumar semasa persidangan DUN pada 7 Mei nanti. Zambry kata, pemimpin PR nak rebut tempat duduk dalam DUN, itu perangai kanak-kanak katanya. Tapi ini belum berlaku lagi, ianya hanya satu spekulasi dari kalangan pemimpin PR, ayat yang di ucapkan oleh Zambry nampak sangatlah yang budak-budak dalam hal ini Zambry dan pemimpin UMNO itu sendiri.

Masa PR merintah kami akur dimana untuk duduk, tapi kini kami ( UMNO ) merintah, ikut ajele apa yang sudah berlaku. Kan kah ini ayat budak-budak.

Zambry kena fikir bagaimana PR dapat memerintah dan cara mana pula UMNO ( BN ) dapat memerintah. Mana ada wakil rakyat bertaraf bebas memaklumkan menyokong satu parti, sedangkan mereka bebas - buka kamun dewan apa makna bebas. Teruk betul mamak zambry ini.

Bebas tetap bebas, mereka boleh kemana-mana tak datang pun tak pe, tak undi pun tak pe, cuma depan sultan mereka kata mereka sokong UMNO ( BN ), istana sultan bukan DUN yang boleh memastikan mereka benar-benar menyokong BN ( UMNO ) entah ye entah idak mereka memberikan perakuan tersebut. Tidak ada siapa yang mengesahkan, cuma sultan 2 beranak saja.

Sehubungan dengan itu, untuk menjadi anak jantan, kita perlu ikut apa yang dibuat oleh UMNO, jangan rebut kerusi atau tempat duduk tapi :-
1- Kita perlu langgar saja apa yang tercatat dalam perlembagaan
2- Kita perlu perkudakan semua agensi kerajaan untuk kepentingan
3- kita perlu mengamalkan perangai buruk - rasuah, salah guna kuasa
4- Kita perlu ujudkan penghakiman terpilih.
5- kita perlu jual harta orang melayu.
Itu barulah namanya anak jantan - pemimpin yang berkelibar, tak seperti peimpin PR, kedudukan kerusi yang menjadi rebutan. Bertobatlah pemimpin PR, fikirlah dulu baru nak buat satu-satu kerja. Biarlah kerja itu yang memberikan menafaat yang berlipat ganda. UMNO (BN) sentiasa releven dengan tindakan dan perbuatan mereka, untuk itu pemimpin PR perlu berwaspada.

Wednesday, April 22, 2009

DIMANE DATUK TAJUDDIN KETIKA INI YE?

Setelah selesai perhimpunan agung UMNO, rakyat Pasir Salak kembali memerlukan kepulangan MP mereka, mereka merasa sangat hampa, setiap kalangan ahli UMNO, puteri, pemuda, wanita dan bahagian terchungap-chungap menahan nafas kerana wakil mereka yang menduduki no. 11 di peringkat MKT tidak tersenarai dalam kabinate Najib.

Kemenangan di MKT, bukan kerana beliau hebat, tapi kerana beliau banyak duit, segala-galanya perlu wang, di dewan beliau gelah melobi dengan sentiasa memberikan pandangan dan teguran setiap kali isu yang ditimbulkan sama ada dari penyokong kerajaan mau pun pembangkang. Memang beliau cukup vokalis. Ada yang mengatakan kemenangan di MKT kerana kehebatan beliua berhujah.

Apakah benar Dato Tajuddin hebat berhujan, cakap saja tapi isi tiada, dia sendiri terperangkap dengan hujah berbentuk " hujah kuning " hingga menyebabkan beliau perlu memohon maaf kepada dewan.

Jadi implikasi dari cara beliau berhujah itu menyebabkan nama beliau tidak disenaraikan dalam kabinate Najib, Dato Tajuddin juga pernah di ambil tindakan disiplin dengan penggantongan selama beberapa tahun kerana di dapati bersalah dengan agenda politik wang untuk memenanggi jawatan Ketua Bahagian Pasir Salak hingga beliau di gelar " Six Million Dollah Man ", jadi atas dasar itu, atas dasar buruk perangai itulah menyebabkan nama beliau tidak disenaraikan.

walaubagaimana pun Dato Tajuddin, balik lah ke kawasan, kita boleh bantu untuk mendapatkan jawatan di sebuah negeri dalam Laksamana Doremi.

Tuesday, April 21, 2009

PENANTI - APA KATA MEREKA

Perletakan jawatan TKM 1 Pulau Pinang telah membuka minda semua pemimpin dan peminat jalanan politik, pasti ada yang gembira dan ramai juga yang besedih tapi yang terus teperangkap dalam isu ini juga ramai. Apa tidaknya, Ketua Puteri terus melenting dan idea beliua untuk menggubal rang undang-undang perletakan jawatan perlu di kaji dan ianya disokong pula oleh SPR, agensi yang berkuasa dalam persiapan setiap pilihanraya tak kira le, PRU atau PRK.

Najib PM ke 6, sebaiknya sahaja di umumkan oleh Fairus untuk letak jawatan, terus menyatakan tak sudi untuk bertanding, buang duit, negera sedang mengalami kemelesatan ekonomi, rakyat perlu diutamakan, saranan beliau di sambut oleh sebilangan besar kepimpinan dalam BN dan juga dari kalangan cerdik pandai di Malaysia. Tapi apakah Najib akan mengotakan cakap-cakapnya, apabila mentornya sudah bersuara untuk jangan diberikan kemenangan percuma kepada PKR, kita memerintah, kita ada wang yang banyak, kita mesti kalah kerana berlawan bukan menarik diri, bagitu juga kata dari Naib Ketua Pemuda UMNO, apakata ahli-ahli UMNO di Penanti nanti, mereka juga ghairah untuk mengundi lagi. Lawan mesti Lawan Pemuda akan bekerja untuk memastikan kemenangan di Penanti. Tapi sampai setakat ini Ketua Pemuda KJ belum bercakap lagi, agaknya beliau sudah tidak digunakan walaupun menjawat jawatan Ketua Pemuda.

Berkata pula Setiausaha Pehubungan UMNO Pulau Pinang, menang ke kalah ke tak meninggalkan kesan kerana majoriti masih pada PR lagi, tak perlu bertanding, kalau mereka jujur dan iklas bubarkan saja DUN Pulau Pinang. Apeke bodohnya Dato ini, sedangkan apa yang terjadi di Perak Tuanku tak nak pun buburkan DUN, sebaliknya dengan rakus dan tidak bertemadunnya kepimpinan UMNO terus berlagak dan menjawat jawatan MP dan melantik EXCO untuk memerintah.

Dengan isu TKP l ini, jelaslah pada kita, kepimpinan UMNO sudah hilang kewarasan dalam pemikiran dan sudah tidak tahu yang mana baik dan buruk, apa yang penting bagi mereka ialah bagaimana negara dapat di perintah, dan bagaimana dapat menggunakan dana yang ada untuk kepentingan peribadi.

Rakyat sudah masak dengan cara UMNO, kita akan memastikan apa yang dipelajari akan diamalkan, yang buruk dan menanah akan kita buang dan yang bathil akan di hukum. Insyaallah Penanti akan terus dalam genggaman PR. Untuk UMNO lupakan hasrat untuk bertanding.

Monday, April 20, 2009

KHAIRI MULA DI LUPAKAN

pemilihan Pemuda UMNO yang lepas adalah landasan terbaik untuk memastikan ke arah mana Pemuda UMNO nak pergi, kekecohan demi kekecohan terjadi, ketidak percayaan antara kalangan pemimpin berlaku terus, " one Malaysia " pula terus mendapat kritikan.

Pemuda sudah tidak diberikan kepercayaan dalam kepimpinan negara, KP bukan lagi kerusi untuk melatihkan diri untuk lebih maju, kalau dulu ya, Hishamuddin, Najib, Zahid ( kecualai DSAI ) semuanya berjaya menapak dalam arena politik, tapi bagi KJ hanya berbekalkan menantu mantan PM maka ianya berjaya untuk mendapatkan kerusi tersebut itu pun kerana adanya hukuman terpilih antara oleh Lembaga Tatatertib UMNO, beliau di dapati bersalah tapi boleh bertanding.

Kini Pemuda di kejutkan lagi ( petikan Perak Express 10/4 ) 4 orang dari kalangan kepimpinan pemuda di utara yang bersempadankan dengan Thailand. 2 dari pemuda tersebut adalah anggota jawatankuasa kepada pergerakan pemuda di salah satu bahagian UMNO di Malaysia, dan 2 lagi adalah ahli UMNO biasa, mereka telah diintip agak lama, dan kerana menggunakan kenderaaan rasmi UMNO, tindakan dan gerak lagu mereka seolah-olah tidak kelihatan oleh pihak berkuasa tempatan, tapi akhirnya tindakan di ambil oleh pihak negera jiran.

Tertangkapnya mereka, pihak bewajib bahagian terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk memastikan mereka tidak di dakwa arena kehakiman negara tersebut. Sedih melihat apa yang terjadi kepada bakal pelapis pemimpin negara yang dilahrikan oleh UMNO.

Kini Pemuda UMNO di bawah kepimpinan sang menantu seperti telah hilang segala-galanya. Khairy sentiasa di boo dan kini sentiasa dalam perhatian untuk diambil tindakan yang sewajarnya untuk tidak lagi bersama-sama dalam UMNO. Beliau di singkit cara berkala dan dengan penuh tertib oleh PM. Tidak cukup dengan itu, Khairy tidak terpilih di dalam barisan kabinet baru yang diumumkan oleh PM Datuk Seri Najib. Dan sejak itu, Pemuda UMNO umpama OKU yang lebih teruk keadaannya dari Karpal yang diserangnya dahulu.

Saturday, April 18, 2009

DUN Perak - TERUS BERCELARU


Kini, DUN Perak bertambah huru hara, ribut tak tentu fasal, Perlis ribut negeri di bawah UMNO, Terengganu tsunami negeri UMNO, Pulau Pinang akan diadakan PRK DUN Penanti atas perletakan jawatan YB Fairus yang sedang di siasat oleh SPRM, setakah ini cuma Selangor yang geloran telah reda, ribut mula sederhana, angin mula bertiup sepoi-sepoi bahasa, cuma sedikit masalah masalah persatuan di bawah pimpinan Datin Seri isteri Khir Toyo. Alhamdulillah, DUN Bukit Lanjan terima semula keanggotaan DUN Selangor dan EXCO kerajaan negeri.

Di Perak, apakah pihak Setiauaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri tidak tahu menguruskan organisasi, dalam setiap organisasi yang lebih berkuasa ialah Pengerusi, atau Yang Dipertua dan di DUN Speaker adalah manusia yang berkuasa penoh dalam mengedali uruskan setiap persidangan dan serta memerhatikan tingkah lagu ADUN. Untuk itu memang menjadi kesalahan kepada Abdullah yang membelakangkan Speaker semasa untuk memanggail persidangan sedangkan speaker tidak di maklumkan berkaitan dengan persidangan yang akan diadakan.

Nampaknya kepimpinan UMNO ini telah hilang kewarasan kepimpinan, telah hilang nilai-nilai berbaik-baik, haprak, tamak dan gila kuasa. Mungkin kah ini pertanda yang UMNO akan disapu bersih dengan tiupan dan gelombang tsunami. Dr. Zambry adalah MB yang merampas kuasa, Speaker masih YB Sivakumar, disinilah kesilapan yang di jangkakan oleh Najib semasa merampas kuasa tempoh hari.

Sehubungan dengan itu menurut Bernama, dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini, Sivakumar berkata, beliau menggantung tugas Abdullah kerana mengeluarkan notis tersebut yang dianggap sebagai satu tindakan ketidakpatuhan.

"Saya dengan ini bersetuju melantik Mohd Misbahul Munir Marduki untuk menggantikan beliau sebagai Setiausaha DUN sehingga saya mengeluarkan keputusan selanjutnya," katanya.

Sivakumar berkata akan menulis surat untuk mendapatkan pengesahan dan penjelasan daripada pihak Istana berhubung perkara itu kerana sebarang notis untuk memanggil DUN bersidang mestilah dilakukan dengan pengetahuan dan persetujuan Speaker.

"Sementara itu, persidangan DUN yang dikatakan akan berlangsung pada 7 Mei tidak boleh diteruskan sementara menunggu untuk mendapatkan penjelasan.

Persidangan DUN berkenaan terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh lain berikutan keperluan untuk memberikan notis 14 hari kepada Anggota DUN," katanya.

Semalam Abdullah mengesahkan bahawa beliau telah mengeluarkan notis untuk bersidang pada 7 Mei kepada semua anggota DUN mulai semalam.

Abdullah juga berkata pihaknya telah mendapat perkenan Sultan Perak berhubung persidangan DUN itu semalam dan baginda berkenan menandatangani surat pengisytiharan berhubung persidangan itu.

Kali terakhir DUN Perak bersidang adalah pada 13 November 2008 dan sekiranya dewan berkenaan tidak bersidang dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir itu, maka DUN Perak akan bubar secara automatik dan pilihanraya bagi DUN perlu diadakan.

Notis mengadakan sidang DUN Perak itu dibuat selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan tindakan Sivakumar menggantung Menteri Besar BN, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam ecxconya adalah terbatal dan tidak sah.

Walaupun mahkamah memutuskan penggantongan Datuk Zambry di tarik balik tapi kuasa speaker masih pada Sivakumar. Fikir-fikirlah pemimpin UMNO jangan lah bodoh sangat.



Friday, April 17, 2009

PRK PENANTI - JANGAN AMBIL MUDAH

Kini peminat politik, blogers serta semua ahli politik baik yang sedang memerintah mau pun yang menjadi pembangkagn sudah bersedia untuk bermukim di DUN Penanti pula, kerana pada hari Rabu bersamaan 22 April ini SPR akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan tarikh penaman calun dan tarikh pembuangan undi.

PRK Penanti ini di adakan, penyandang Fairus meletakkan jawatan kerana ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah di luar negara. Jadi PRK di Penanti ini adalah PRK yang ke 6 selepas PRU 12 tempoh hari, sebagaimana yang di ketahui sejumlah 5 PRK telah diadakan dan PR memenangani 4 daripadanya - Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau hanya gagal di Batang Aii. Tahniah kepada semua tenaga pekerja yang sentiasa berusaha untuk kecemerlangan tersebut.

Cuba kita perhatikan rajah di bawah, statistik keputusan yang dibandingkan PRU 12 P.059 ( Permatang Pauh ), calun Parlimen Datin Sri Wan Azizah dan PRK parlimen pula calon ada DSAI. Perbedaan jumlah calon adalah PRU 12 sejumlah 2993, dan semasa PRK melonjak ke 4057, disini pengaruh calon mungkin boleh di jadikan alasan.

petikan dari muslimin united

Untuk itu kepada petugas PR kita tidak perlu leka dan sudah merasakan kesenangan kerana apa yang terjadi di Parlimen Bukit Gantang di mana pengundi Melayu masih tebal dan cara kebal dengan pemilih UMNO / BN, walaupun mereka dah tahu memilin UMNO adalah satu kesalahan ketika ini. Pertambahan 1064 semasa ' by election ' adalah satu peningkatan yang baik dan petugas perlu memainkan peranan agar situasi ini berterusan ke pemilihan yang di tetapkan nanti. Ada beza pengaruh Anwar dan Wan Azizah, untuk itu bersedialah dari kini dan sehingga terakhir pada tengah malam untuk mengundi.

NAJIB - ONE MALAYSIA DI KRITIK HEBAT

Suara Najib dalam WEB One Malaysia telah menerima kritikan hebat oleh pengunjung, sejumlah 44 blogers telah memberikan kritikan terhadap artikal " one Malaysia ", tidak ada satu pun yang memberikan sokongan malahan yang memberikan kritikan yang meruntuhkan, bukan untuk membina, kenapa agaknya blogers ini mengkritit untuk membunuh tidak sebaliknya.

Ini mungkin kerana Najib yang menyarankan slogan tersebut adalah manusia biasa yang sebeelum ini sentiasa di curigai oleh semua pihak, maklumlah siapa tak tahu kes gadis Monggolia, pembelian jet, pembelian kapal selam, palitan terhadap dirinya masih belum cukup bersih. Kemudian untuk menduduki kerusi no. 1 ini pula di bantah sebilangan rakyat Malaysia kecuali pencaci UMNO yang masih mengharap dan memastikan diri mereka di berikan peluang untuk mencari peluang demi memanjang usia setahun lagi.

Antara komen bloger, Malaysia memang satu tapi malangnya sejah 1946 kenapa diujudkan parti yang perlu di anggotai oleh mereka yang berlainan bangsa, UMNO - Melayu, MCA - China dan MIC untuk India, sampai ke tahun ke 50 masyarakat Malaysia tidak pernah diusahakan untuk di satukan. Tiba-tiba meletup cadangan untuk bersatu, di mana nak diletakan perlembagaan persekuan yang meletkan Ketuanan Melayu, Hak-hak Orang Melayu. Apakah perkara sebagini dapat diubahsuai atau di tiadakan. Mereka mencadangkan agar di tiadakan sistem kouta mau pun laungan " ketuanan melayu " di perlahankan.

Sistem kehakiman jelas tidak menunjukan ke arah One Malaysia- penghakiman terpilih. Sistem ini telah memalukan Malaysia di mata dunia.

Satu Malaysia, seperti juga denan BCA dan CGT ( cemerlang, gelimang & terbilang ), kata petatah Inggeris - " its just an old wine in a new bottle " arah ( wine ) meminumnya tetap mabuk tak kira dari botol yang mana satu.

Atas dasar itu, Najib perlu membersihkan diri dan tidak mendampingan Mahathir untuk meneruskan krisma kepimpinannya.

Thursday, April 16, 2009

BN rampas JKKKN

Apa yang tertulis dalam akhbar Sinar Harian pada 14 April 2009, maka terbubarlah JKKKN yang dilantik oleh Pentadbiran Dato Seri Ir. Mohd. Niza melalui kerajaan Pakatan Rakyat yang berusia lebih kurang 11 bulan. Walau pun perlantikan sah semua ketua kampong JKKKN hanya akan berakhir pada Ogos 2010. Apakah D Dr. Zambry lupa yang perlantikan semua Ketua kampong JKKKN adalah di perkenankan oleh pihak istana?

Mulai 17 April 2009, secara terus semua pengerusi JKKKP akan mengambil alih pengurusan dan pentadbiran kampong, kita ucapkan selamat bertugas kepada semua pengerusi JKKKP serta dapat menjalankan tugas dengan penoh rasa tanggong jawab. Tapi sendiri mau ingat, bahawa pemilihan ketua kampong yang di guna pakai oleh JKKKP adalah kehendak pentadbiran parti bukan ianya dipilih olih ahli-ahli kampong tersebut. Ini sedikit sebanyak sudah pasti akan memberikan kesan dalam pengurusan dan pentadbiran.

Kepada kerajaan rampasan kuasa Perak - khusus kepada Dr. Zambry, walaupun lebih kurang peranan yang dimainkan oleh JKKKN hanya 8 bulan, ia telah menampakkan kerjasama yang erat dan padu dari kalangan masyarakat, ini disebabkan pemilihan mereka adalah kehendakan masyarakat setempat, mereka tahu dan kenal hati budi ketua kampong, ini jelas kerana bukan semua ketua kampong yang mentadbir kampong dari kalangan peminat dan ahli PAS mau pun Keadilan, kerana dalam proses pemilihan, inya adalah hak pengundi di kampong tersebut.

Ini jelas kerana ada juga kalangan ketua kampong semasa PR memerintah dari kalangan Ahli-ahli UMNO, kerana mereka terpilih melalui pilihanraya. Untuk itu adalah di sarankan agar Kerajaan Rampasan ini jika benar-benar inginkan kemajuan dan kelancaran pengurusan dan pentadbiran kampong serahkanlah kepada penduduk kampong itu sendiri, bukannya dipilih atas kertas oleh Ketua Bahagian.

Ini juga, kalau Dr. Zambry dan pemimpin BN/UMNO berani dan ada niat untuk membangunkan Perak, apa salahnya bubarkan DUN kita bertanding untuk merebut kerusi untuk menjadi ahli dewan negeri Perak. Ini keadaan bertambah kucar kacir, ini lah juga yang akan terjadi di peringkat kampong nanti.

Kepimpinan UMNO memang tidak iklas dalam pentadbirannya, walau pun slogan demi slogan yang dicipta tapi ianya hanyalah untuk kepentingan kroni dan pribadi, lihat saja lah apa jadi dengan " BERSIH, CEKAP N AMANAH ", " BEKERJA DENGAN SAYA " ianya semua satu pembohongan dan kini tercetus pula " SATU MALAYSIA " rakyat di dahulu dan pecapaian diutamakan. Kita lihat sajalah dengan slogan ini nanti.

Tuesday, April 14, 2009

AN EXCELLENT EDUCATION LEADER

How to be an excellent education leader?
It's only a suggestion to overcome and developing an individual who are new and directly involve in management part.

1- How to manage yourself

  • must be always be positive about yourself
  • a leader should have the right intentions
  • always be cool
  • be priorities of your work
  • be organise and systematic
  • always think from a " helicopter " view
  • must be a knowledgeable people
  • be proactive and reactive
  • Decide, then take action
  • Always obsessed with the details but do not let them control us
  • Never bring along our personal problems to school
  • get yourself networked
  • always keep healthy, its to guarantee us at top form
  • be smart, check our appearance and conduct
  • recognise when we are stressed
  • be greatful
wait for the next issue
from: the principal factor-to develop an effective school

Monday, April 13, 2009

MEREKA TAKKAN BERDAMAI - PEMUDA

Kini jelas dan lagi kita bersuluh apakala sejak berakhirnya PRU12 dan terlaksanalah sudah 5 PRK - Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai, kemengangan memihak kepada PR - Parlimen PR menang dengan 3 - 0, DUN seri 1 sama.
Kemudian di ikuti pula dengan Perhimpunan Agung UMNo di mana berlakunya transformasi kepimpinan, Pak Lah mengundurkan diri serta Najib mengambil alih kepimpinan, seterusnya kabinate di kuncupkan serta ramai yang di tolak rakyat diberikan peluang untuk memimpin, seperti SI BEmukhriz khir toyo khairy jamaluddin faceoffRTONGKAT MEMIMPIN YANG CERGAS.

Kemelut dalam perhimpunan agung terbawa ke penyusunan kabinate, Mahathir kata Khairy jangan bawa dalam pentadbiran negara tapi walaupun kalah Murkhris boleh. Melopong menantu Pak Lah. Menang besar sebagai Ketua Pemuda tidak dapat pengiktirafan, ketua wanita, ketua puteri semuanya berjawatan, pemuda yang layak berjawatan ialah Naib ketuanya.

Kini rangkain pemuda telah menyuarakan agar diadakan rundingan 'meja bulat' kearah penyatuan semua sayap kanan ini. Apakah motifnya, mereka pernah menabur wang yang banyak untuk memastikan kepimpinan menjadi hak mereka, telah berperang, dalam pepatah perang - menang jadi arang kalah jadi abu. Di sebalik itu ketiga-tiga calun pemuda kalau yang bersih pun hanya Mukhriz - tapi ianya bermentokan Mahathir, Khairy dan Khir memang semua orang tahu banyaknya modal mereka untuk merebut jawatan ini

Sebenarnya dalam kepimpinan UMNO waktu ini sudah tidak ada jalan perdamaian, Najib dengan cara dan nasihat dari Mahathir, Khir dengan Balqisnya dan Khairy yang memang menjadi libaliti kepada UMNO sungguh mendukacitakan, kemenangan Khairy bukan disambut dengan sokongan malahan dengan teriakan membenci, jika ini yang di tunjukkan apakah releven lagi UMNO itu?

Sebenarnya tidak esok untuk mu UMNO, Timbalan Presiden juga mengharapkan lagi 2 tahun untuk membuat reformasi dalam UMNO dan BN, rakyat dah leteh dengan tipu helah UMNO, selamat tinggal UMNO. Terjunlah dengan labu-labunya.








Sunday, April 12, 2009

KABINATE UNTUK KEPENTINGAN DIRI

Datuk Seri Najib Tun Razak sah kini PM ke 6 untuk Malaysia, pengambil alihan jawatan dari Tun Abdullah amat tragedis sekali, apa tidaknya, sebaik selesai perhimpunan agung UMNO yang lepas, Najib berjawatan Presiden terus hadir sama Tun DM dan mengumumkan untuk kembali ke dalam UMNO. Amat tidak patut sekali tingkah laku Najib, sungguh kurang sopan, Dolah di malu dan di aibkan sebegitu rupa.

Setelah kabinate di bentuk, lagi sekali menantu Pak Lah pula di gugurkan dari senarai, kononnya untuk membaik pulih ketidak percayaan Pemuda waktu ini terhadap UMNO. Malang terus malang.

Ini lah kabinate yang di war-warkan sebagai kabinate rakyat, dan rakyat adalah pilihan utama dalam pemerintahan Najib, betulkan, lihat sahaja, mereka yang kalah dalam pilihanraya ke 12 tempoh hari diberikan laluan untuk meneraju negara. 6 menteri dilantik atas tiket Senator. Termasuk Ketua Wanita dan presiden Gerakan. Apakah ini tanda nak membela rakyat atau pun cuba memastikan UMNO / BN akan terus di tinggalkan oleh rakyat.

Sudah pasti setiap rombakan tidak dapat memuaskan hati setiap individu tapi sekurang-kurangnya meminimaiskan tegoran dan celoteh rakyat yang inginkan pembaharuan sebagaimana yang di war-warkan. Dimana kesejahteraan rakyat dapat dibela jika ramai kalangan menteri yang dilantik telah pun di buang dalam PRU ke12 yang lepas. Ini sudah pasti amat memustahilkan.

Saturday, April 11, 2009

BUDAYA UMNO PERLU SENTIASA DI PUJI

Memang itu adalah budaya yang sentiasa di mainkan dalam UMNO, setiap apa yang di kata atau dilafazkan oleh ketua tidak ada yang tak elok, semuanya ' perfect ' hebat, sentiasa terkehapadan, tidak ada tandingan dengan orang lain, seluruh dunia perlu mengakuai kehebatan setiap apa yang berlaku.

Kita tidak pernah mendengar suara-suara nakal yang mengatakan setiap belanjawan yang dibentangkan tak lengkap, tak hebat, tak prihatin dan entah apa-apa tak lagi, semua nya hebat dan tengku razaleigh 02melambangkan berjiwa rakyatnya pemimpin.

Yang terakhir amat mendukacitakan, apakala Najib mengangkat sumpah sebagai PM, tahniah dari asean tidak kedengaran, sebaliknya, kunjung hormat adalah dari kalangan kepimpinan BN sahaja. kenapa ini berlaku. Mungkin agaknya kepimpinan luar tidak mengiktiraf Najib.

Barisan kabinate Najib di paksa semua orang memuji, malahan masyarakat tahu yang barisan kabinate yang mencelarukan, dalam hiraki kepimpinan cuma ketua pemuda sahaja yang tidak diberikan 'post' dalam kabinate. ketua wanita, ketua puteri semua ada, sedih YB Khairi-nasib malang beliau akan berterusan kerana Pak Mentua sudah tidak ada kuasa lagi.

Aspek memuji cara paksa ini amat ketara sekali, apa yang terjadi pada YB Tengku Razalegih, kenapa harus beliau menafikan yang beliau telah memuji kabinate ini, ini mesti ada yang tak kena dalam penyusunan nya, MIC juga telah menyuaratkan hasrat untuk tidak bersama-sama dalam kabinate Najib ini. Ini pasti ada yang tak kenan. Maknanya kabinate yang dibentuk banyak memberikan masalah dari tenaga penyelesai masalah.

Pujian hanya harus diberikan setelah adanya perubahan dalam kepimpinan yang diamanahkan kepada mereka. Kita tunggu dan lihat saja sejauh mana mereka boleh melaksanakan tugas yang diamanahkan kemudian baru diberikan pengiktirafan.




Thursday, April 9, 2009

KABINATE YANG CELARU

Kini termakbullah sudah beberpa orang YB untuk menduduki kerusi Menteri dan apakala ada yang baru sudah pasti ada kalangan yang perlu mengosongkan kerusi yang sudah lama di diami, mengosongkan kerusi ini atas beberapa faktor yang diambil kira oleh pihak PM, kerana menjawat jawatan Menteri adalah hak mutlak PM.

Jika dilihat, secara peribadi telahan ramai memang menjadi kenyataan di mana menantu mantan PM tidak disenaraikan dan anak mantan yang dulu di bawa ke kabinate, apakah ini pertanda awal Malaysia akan ada ' senior minister ', itu Allah sahaja yang mengetahui, Ramai kalangan menteri yang selama ini minat dan daya pemikiran seperti Pak Lah di pinggirkan dari kabinate, mungkin ini juga ada kaitan dengan kemasukan Tun M ke dalam UMNO.

Walaupun mereka kalangan yang kalah dalam pemilihan di Perhimpunan Agung tapi kelibat mereka sama seperti DS Najib dan daya stail Tun M maka YB ini mudah untuk dilantik menduduki kerusi di kabinate. Khari nampaknya perlu menunjukkan kemampuan yang luar biasa, elok tarik balik perjuangan untuk menghapuskan PPSMI, ingatlah, PPSMI itu siapa punya, kenapa YB berterusan untuk menentangnya? kini ianya menjadi penghalang untuk YB meneruskan karier dalam politik mungkin juga, peluang untuk terus memimpin pergerakan pemuda tergendala di mana permasalahan yang bertimbun yang sedang di pikul.

Dalam senarai kabinate, Mahyuddin berpotpoliokan Pelajaran, perlantikan ini agak mengejutkan dan sudah pasti ianya seperti memperli kewibawaan YB ini dalam meneruskan kepimpinan dalam politik. Mungkin agaknya Najib meresakan keiklasan Mahyuddin belum dapat diterima 100% .

Walaubagaiman tahniah diucapkan kepada semua yang sanggup meneriam bebanan tugas tersebut, juga didoakan agar tidak menyalahgunakan kuasa serta elakan berkepentingan peribadi.

Friday, April 3, 2009

DS Hisyamuddin perancangan untuk Tim Presiden

Kini sahlah tepat jam 10.11 minit pagi, PM yang ke 6 untuk menggenapkan " RAHMAN " menggangkat sumpah simpan rahsia. Selama lebih 30 tahun Najib berkecimpong dalam politik tanah air akhirnya beliau sampai ke takhta pemerintahan. Memang tidak diguna dengan di selubungi dengan berbagai masalah dan salah laku berjaya juga akhirnya beliau kekemuncak singgah sana pemerintahan. Tahniah dan syabas kepada perjuangan UMNO. Lebih banyak salah laku yang dilaksanakan lebih cepat dan mudah untuk menjadi pemimpin.

Akhirnya, DSAI yang terngaga, terlopong dan terus merintis kesedihan, walaubagaimanapun harapan masih ada, langit tidak selalu cerah, tapi DSAI kena ingat yang naik ini terus berdendam dan stailnya sama dengan PM ke 4, kalau PM ke 4 mampu memenjarakan diri mu apakah yang ke 6 ini tidak mampu berbuat demikian, sedangkan kekemuncak PM adalah atas usaha mantan PM ke 4. DSAI berhati-hati mahkamah sedang menunggu untuk mengesahkan salah laku dan menyumbat semua sdr. ke penjara Sungai Buloh.

Tiada angin, mau pun ribut, satelah sekian lama, guru tidak benarkan aktif dalam politik khusus kepada kalangan guru bertaraf ijazah, akhirnya bakal PM dalam adunan, DS Hisyamuddin menyuarakan agar kalangan guru diberikan lampu hijau untuk bergiat aktif dalam politik. Ini adalah perancangan DSH untuk memastikan tempat beliau sebagai Timbalan Presiden dalam tempoh terderka.

Demi kepentingan politik, tak pa anak bangsa menjadi korban, biarlah guru tidak mengindahkan " core bisness " biar Pengajaran dan Pembelajaran anak didik terombang-ambing biar kelas terbiar, biar sekolah lingkop asalakan matlamat berpolitik tercapai.
Gunakan institusi pendidikan untuk mengumpulkan seberapa banyak dana untuk memastikan masa akan datang selamat dalam rebutan kepimpinan.

Walaubagaiman pun, masa telah berubah, kebangkitan guru-guru dalam dunia politik kini sudah mula menampakkan kecendorangan kepada perintiwa yang benar dan di boleh di momotkan dengan gula-gula, sudah penat ditipu dan pedaya dengan bebagai cara. Untuk itu DS Hisyamuddin perlu berfikir semua untuk mempelawa kalangan guru menumpukan kerja sambilan dengan melibatkan diri dengan politik kepartian. DS Hisyamuddin berikan pemerhatian khusus kepada pembangunan pendidikan anak bangsa, gunakan platform politik untuk tujuan tersebut, dan bukan sebaliknya, kepentingan politik digunakan dari kemudahan yang ada di sekolah.

Thursday, April 2, 2009

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI - TAPI TAK SAMA

Kini sah, Abdullah Ahmad Badawi akan memberikan laluan kepada Najib untuk menerajui negara, jam 11 pagi beliau telah mengadap Agong di memohon restu untuk melepaskan jawatan dan pak lah final day briefing to pm office staff 020409 03seterusnya Agong di kunjungi pula oleh bakal PM yang baru.

Sebagaimana biasa, setiap yang pergi akan di ganti, setiap yang hidup akan mati, yang patah akan bertunas semula itu sudah menjadi lumrah alam, rukan iman ke 6 keperayaan kepaa qadah dan qadar harus kita percayaai dan jika tidak tidak tentu lagi keislaman sesoerang muslim tersebut.

Pak Lah dan isteri mengadakan jamuan perpisahan dengan tenaga JPM lewat tengahari dan diikuti dengan jamuan perpisahan dengan seluruh anggota staf di Kementerian Pertahanan sebagai keraiaan akhir bersama-sama mereka. Bekerjalah dengan penoh dedikasi untuk kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

Yang pergi pasti diganti, yang menjadi masalah kini adakan yang menganti ini sudah dapat mengambil hati masyarakat negara ini dengan tuduhan dan buruk laku yang di hebo-hebohkan, bukan setak dalam negeri malahan ianya diterjemahkan oleh media asing di seluruh pelusuk dunia. Faktor ini yang menghantui orang-orang Malaysia, untuk itu kini sudah pasti Najib yang di ceritakan begitu begini akan terlepas dari pertuduhan malahan akan ramai kalangan pemimpin yang kontra dengan beliau akan di ISAkan untuk memastikan beliau memerintah dengan senang sekali.

Walaubagaimana pun kita berdoa agar beliau dapat mengubah sikap dan tingkah laku dari seorang yang sentiasa penoh dengan tohmaahan kepada soerang yang sentiasa mendapat kepercayaan masyarakat.

Setakah ini teori RAMHAN nampaknya menjadi kenyataan. Selepas ini tidak siapa yang akan menjadi PM dan mungkin DUNIA AKAN KIAMAT.


Wednesday, April 1, 2009

BERGELORANYA JIWA SEORANG PATRIOTIS

DSAI memang dilahirkan sebagai saorang pejuang, dengan berlatar belakangkan seorang anak dari Kampong Cerok Tok Kon, dan menyambung pelajara di Kolej Melayu, sama dengan Sanusi Junid ( senior anwar ) dan akhirnya menamatkan pengajian di bidang kesusteraan melayu di UM, anak kampong ini langsung tidak berminat dengan perkhidmatan dengan pihak kerajaan, sebaliknay meneruskan karier dalam bidang pendidikan dengan penubuhan Yayasan Anda yang beralamat di Jalan Hamzah, Kampong Baru.

Institusi pendidikan swasta ini, di monopoli oleh kepimpinan dan semangat juang yang tinggi oleh beberapa pemimpin Melayu. dan ianya termasuk jugalah Sanusi Junid, Osman Bakar, dan akhirnya institusi ini dapat melahirkan ramai pejuang Melayu, Anwar dengan kawan-kawan merasakan penubuhan institusi ini sebagai satu ibadah, kerana bukan semua pelajar yang berjaya untuk ditempatkan di universiti, disinilah mereka menuntut ilmu untuk meneruskan kerjaya yang di ingini.


bukit selambau by election anwar ibrahim ceramah 010409 01Selain, itu daya kepimpinan beliau memang tidak dinafikan dengan daya aspirasi yang tinggi Angkatan Belia Islam di tubuhkan ( ABIM ) sampai masa ini ABIM masih bergerak dan berjaya melahirkan ramai pemimpin yang berlatar belakangkan keislaman. Beliau juga berjaya mewakili negara dalam kempimpinan belia dengan memimpin WAMY ( kepimpinan di peringkat antara bangsa.

Masyarakat Malaysia, amat terkejut apakala Anwar mengumumkan untuk bersama-sama dengan UMNO, telah dibuat untuk menyertai PAS dalam perjuangan kepartiannya. UMNO telah memberikan satu tempat yang istemewa untuk Anwar, beliau meningkat dalam kepimpinan seolah-olah seorang olahragawan berlari 100m pantasnya. Semasa dalam UMNO, banyak kementerian di terajuinya, kebanyakkanya semua menteri bertarap 5 bintang, dan akhirnya menteri yang mengawasi harta pesaka negera.

Dari sinilah Anwar dapat melihat bagaimana ragusnya kepimpinan dalam UMNO menghalalkan semua harta benda kerajaan dan wang ringgit rakyat di salahgunakan. Di kementarian inilah rakyat mula rasa sukacita kerana sudah ada orang yang cuba berbelanja dengan berjimat cermat, tapi malangnya, apa yang dilaksanakan tidak memberikan kepuasan kepada pemimpinan lain, kerana beliau sering bertelagah dengan arahan dan rancangan pembaziran yang cuba dilaksanakan. Akhirnya Anwar di singkirkan dengan cukup memalukan.

Setelah direhatkan hampir 7 tahun di penjara Sungai Buluh, Anwar ' come back ' dengan memastikan satu perancangan yang cukup rapi bagi memastikan BN dapat di goyah dan dihancurkan. Perjuangan beliau cukup gigih, dan akhirnya PRU 12 pertama kali dalam sejarah BN tidak mendapat 2/3 majoriti di parliman dan kehilangan 5 kerajaan negeri.

Akhirnya dengan berkat doa seluruh rakyat, Anwar kembali semula ke dewan rakyat dan bertindak sebagai ketua Pembangkang. Suara Permatang Pauh memberikan satu pengajaran kepada parti pemerintah. Insyaallah, rakyat terus mendoakan agar perjuangan suci dan iklas dapat di teruskan.

Mata lebam akan menjadi satu retorik kepada satu perjuang anak bangsa yang sentiasa bersedia untuk memastikan agama, bangsa dan negera sentiasa di bela.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA