Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 30, 2009

KEHANCURAN MENJELMA JIKA TIDAK SEPAKAT

Kita merasa bangga dengan pencapaian di PRU 12 yang mana telah memastikan 5+1 negeri dapat di tawan dan akhirnya tinggal 4+1 apabila lahir pula kerajaan haram di negeri Perak, dengan ber MB Mogabie Zambry. Kenapa ini boleh terjadi? apakah kekuatan jati diri pada pemimpin PR sudah tiada atau adakah PR sudah mula menunjukkan belang kehebatan kerana aku kamu berjaya, kerana aku kita memerintah, kerana aku BN gagal untuk memastikan Dewan Rakyat untuk mendapat 2/3 majoriti. Apakah kerana " aku " atau pun kerana " kita "

Untuk itu, luahan rasa pemuda PAS untuk memastikan calun di Penanti mesti memulangkan kerusi kepada PAS harus difikirkan dan yang terbaik adalah berunding untuk kepentaingan semua. apakah PAS nie rasa dah kuat sangat sampai dah lupa macamana depa boleh naik sampai ketahap tertinggi macamnie… dah laa Pemuda PAS PENANTI tengah dok ‘BONGKAK NAK PULAU’ , elakan kita bersama muka antara satu sama lain dalam PR, keimtiman perlu dipupuk dari setinggi pemimpin hinggalah keperingkat ahli biasa yang masih bersemangat untuk memastikan Negera di bawah kepimpinan baru iaitu PR. Kenapa perlu mengungkit untuk merebut kerusi, yang pasti setiap PRK yang melibatkan PR kita perlu menang dengan majoriti yang besar, kerana ianya melambangkan sokongan rakyat kepada tranformai kepiminan negera.

Sejarah jangan kita lupakan, PRU 1999 bagaimana ? PRU 2004 apa hasilnya dan PRU 2008 PAS cemerlang, kenapa berlaku demikian, malapetaka terhadap BN pada PRU 12 adalah atas dasar permufakatan atau pun gabuangan 3 parti PKR, PAS dan DAP. untuk itu fikir-fikirkanlah agar keintiman ini tidak pupus di pertengahan jalan.

Apa yang berlaku semasa pengumuman calon Dun Penanti tempoh hari sepatutnya tidak berlaku, bertengkar, memberi pendapat perkara biasa dalam setiap organisasi, tapi apa yang perlu selepas bertengkar dan bertegang leher keimtiman perlu di ujudkan kembali, itu tanpa kita bermuafakatan. Elakanlah apa yang berlaku di Penanti berulang kembali, kerana selepas Penanti lagi satu PRK akan di adakan di Selangor pula.

Eratkan Perpaduan, tegohkan ikatan, seiring dan sependapat untuk memastikan kemenangan sentiasa memihat kepada PR.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA