Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 013-4500678, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

D'WARIS INAP DESA (HOMESTAY)

UNDILAH...

Saturday, February 28, 2009

HISYAMUDDIN RESTUI GENGSTERISM

Memang Negara Malaysia, sebuah negara yang malang setelah 51 tahun merdeka, kehidupan rakyat bukan bertambah bertemaddun tapi melapetaka satu demi satu menimpannya, mungkin agaknya Allah ingin menunjukkan kebesarannya atau pun menguji kepimpinan yang ada agar " dapat menrendahkan " diri di mana Allah maha berkuasa. Allah adalah penentu segala perancangan yang di rancang. Kita boleh merancangan tapi perancangan Allah adalah segala-galanya.

Sebagai seorang Menteri Pelajaran, beliau sentiasa mengharpkan semua pelajar-pelajar di bawah jagaannya menjalani penghidupan yang sempurna dan berhemah, setiap pelajar sama ada di IPTA / IPTS, peringkat menengah mau pun rendah, masalah disiplin sentiasa di tekankan. Di Bahagian Sekolah bawah Sektor Pengurusan Kemanusiaan, setiap pelajar di pastikan apakala tamat pengajian nanti lahir sebagai manusia yang berdisiplin.

Aktiviti-akitiviti salah salah laku, seperti buli, vendalism, anti rokok, ponteng sekolah, dan banyak lagi dan yang hebatnya di tiada atau meminimaiskan gengsterism di sekolah-sekolah. Buli di sekolah rendah dan gengsterism di peringkat pengajian tinggin, malah kalangan menengah adalah generasi belia dan mereka ini adalah kalangan pemimpim muda, termasuklah Pergerakan Pemuda.

Tragedi di Parlimen tempoh hari, di mana sekumpulan Pergerakan Pemuda UMNO menyerang ahli Parlimen dan bergaduh amat memalukan. Tapi apa yang menyedikan lagi, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu sendiri merestui tindakan Ahli pergerakannya. Sehinggakan pihak Speaker Parlimen pun meresa sedih dan malu perbuatan sedemikian tapi tidak pada Hisyamuddin.

Dimana wibawah Menteri ini, di peringkat persekolahan aktiviti ini di larang dan cuba di tiadakan dengah melaksanakan bebeapa program tapi di peringkat Pergerakan Pemuda mereka di halalkan pula. Apakah ketua pemuda ini sudah hilangan identiti diri kerana kepentingan politik atau pun memang Malaysia mempunyai menteri-menteri yang bodoh dan bangang.

DALAM BAIK GERAKAN BUNUH " MELAYU "

Kecoh penderhakaan terhadap sultan berlarutan, yang peliknya ianya tidak melibatkan negeri-negeri di bawah pentadbiran BN. Lepas satu-satu peristiwa yang di iktirafkan sebagai durhaka telah ditimbulkan. Yang terakhir di Negeri Kedah pula.

Dengan tegas KJ memaksa untuk membuat siasatan, agar peristiwa ini tidak berlaku lagi. Yang peliknya, GERAKAN juga tumpang semangkut. Yang sedihnya oleh kerana Raja-raja adalah hak rakyat Malaysia, jadi GERAKAN mencadangkan agar raja-raja Melayu di gantikan dengan Raja-raja Malaysia - hai pemuda UMNO di mana anda waktu ini, tunjukkan keris dan bantah Melayu tetap Melayu. Yang dah hilang, Bahasa Melayu, Tanah melayu, Keratapi Tanah Melayu, Tanah Rezeb Melayu, Baju Melayu dan yang tinggal ialah keris melayu itu pun dah karat.

Dato Zahid, amat murka setelah speaker Perak akan menagadakan sidang DUN tergempar pada 3 Mac. Speaker menderhaka katanya. Agaknya semua ADUN Pakatan Rakyat bodoh, tak tahu baca perlembagaan Tubuh Kerajaan negeri, kalau Undang-undang tubuh kata 'Ya' dan tercatat dalam undang-undang tersebut. keseimpulannhya bolehlah, jadi apa yang nak dibisingkan. Agaknya YB Zahid dah kecut perut kot. Apakah ini identiti bakal Naib Presiden UMNO yang akan karam tak lama lagi? Walau bagaimana pun tahniah lah kerana dapat DR. beli kot?

BUDAYA TAMADUN RIMBA - GAYA HIDUP UMNO

Setelah ujud sekian lama, dan diberikan kepercayaan oleh rakyat dan berjaya memerintah negara dari bernama Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya ujud Malaysia dari Semenanjung Tanah Melayu yang di rangkumkan dengan Singapura, hingga Singapura terlepas bebas merdeka dan di jemput pula negeri-negeri di Borneo ( Sabah & Sarawak ), pemerintahan pula dari kerajaan ' kapal layar ' dengan di naungai oleh UMNO, MCA dan MIC akhirnya ujud pula gabungan berbelas-belas parti gabungan, dengan nama Perikatan ditukarkan ke Barisan Nasional.

Dari Tunku Abdul Rahman dan sampai saat ini di perintah pula oleh Abdullah Ahmad Badawi. Pemerintahan UMNO dari masa ke semasa langsung tidak menunjukkan sistem pemerintahan yang melambangkan kekitaan untuk masyarakat. Kita lihat sahaja peristiwa " MENDERHAKA " kalangan pemimpin mereka sejak ditubuhkan lagi, hingga hari ini, raja yang di pertanggongjawabkan sering menjadi bahan kritikan dan rasa tak puas hati. Apabila ianya tidak memihak kepada UMNO siapa saja akan menjadi bahan kutukan mereka.

Sistem pentadbiran negera sudah cukup baik, keujudkan kementerian sudah cukup baik, perjalanan pengurusan pentadbiran negera boleh dikatakan baik, tapi apa bila pemerintahnya lebih mementingkan personnal dan kaum kerabat, semua sistem yang baik akan punah. Kita perhatikan saja bagaimana kuasa digunakan oleh Tun Mahathir, semua agensi di bawah naungan kerajaan dipergunakankan dalam kes " Mata Lebam " DSAI. Peristiwa ini juga memual dan memalukan. Perbicaraan di atur, keputusan di bincang dengan TM, para pendakwa di berikan imbuhan untuk memastikan yang bersalah tetap bersalah. Rakyat terus melebelkan hakim yang bertugas sebagai " Hakim Hacks ".

Polis sanggup mencederakan OKT ( orang kena tahan ) sejak akhir-akhir ini ada pun yang mati dalam lokap, apakah ini sudah menjadi satu kebiasaan dalam pemerintahan negara ini? Timbang rasa dan rasa perikemanusiaan sudah hilang dalam daya pemikiran dan ingatan yang jelas dan diharapkan hanya untuk memastikan pemerintah dalam keadaan yang benar walau pun tak benar.

Kita lihat sahaja, ketidak mampuan mereka menerima tamparan dan perubahan yang rakyat maukan, peristiwa di DUN Perak DR, amat mengecewakan sekali, sultan di permainakan dan diugut untuk mendengar kehendak mereka saja, perlembagaan dan undang-undang tubuh sudah tidak releven dan tidak menjadi tiang kepada pemerintahan. Yang tinggal kepuasan " Nafsu " saja.

Peristiwa " pencerobohan " di parlimen oleh Pemuda Balaci UMNO tempoh hari, ( Pemuda Serdang, Gombak & PJ Utara ) jelas kemerdekaan 51 tahun, menteliti pemimpin pemuda UMNO masih saperti orang-orang di zaman batu. ( kenapa ini berlaku - kerana setiap kesalahan mereka ada tangan ghaib yang memastikan perlakuan mereka dapat di bela ) inilah tamaddun rimba. Yang sedihnya perlakuan hanya untuk orang UMNO sahaja.

SILEMAH MAKANAN SI GANAS
SIBODOH MAKANAN SI CERDIK
RAKYAT MAKANAN PEMIMPIN ( pemimpin yang rakus )

Friday, February 27, 2009

15 - 1 = UMNO Derhaka

Sejak tahun 1920 sampai ke 2009 jelas membuktikan UMNO dengan kepimpinan terus melakukan sikap derhaka kepada raja, walaupun sejarah raja-raja dan kesultanan dari benih parameswara dari sumatra.

1- Dimana peristiwa, pengasas UMNO Almarhum Dato Onn Jaafar, dinyahkan dari istana kerana sentiasa mengkritik kedududkan sultan
2- 1974 MB Perak, YAB Tan Sri Ghazali Jawi pak kepada Tajul Rosli juga, menderhaka dengan tidak mengindahkan perintahkan tuanku agar meninggalkan jawatan MB, hinggakan sultan pula yang meninggalkan istana pergi betapa dengan niat menyimpan misai dan janggut selagi Tan Sri menjadi MB di Perak.
3- Perselisihan faham antara MB Pahang DAto Rahim Bakar pada 1979, telah menyebabkan seluruh anggota UMNO merasakan tidakan MB tepat dan betul dan istana yang salah, UMNO terus menderhaka.
4- UMNO cuba menguncupkan kuasa istana, dengan cubaan meminda perlembagaan dengan kuasa-kuasa pengisytihayaran darurat dikurangkan, pihak istana menolak tragedi ini berlaku pada di tahun 1983.
5- Kekalahan UMNO di Kelantan pada 1991, pihak UMNO menuduh pihak istana telah campur tangan dan kesannya UMNO kalah.
6- Perhimpunan agung UMNO bersetuju sebulat suara agar pihak istana di siasat, khususnya bagaimana pihak istana memainkan peranan yang menyebabkan UMNO kalah, bukan itu saja, harta benda yang dimiliki mereka ( istana ) juga perlu disiasat.
7- Pengikut dan balaci UMNO terus memusuhi istana, tak puas dengan kritikan dan siastan akhirnya balaci dan pendukong UMNO mengadakan demo khusus untuk menanamkan rasa benci kepada pihak istana.
8- Klimat dan urutan peristiwa dari 1 - 7, kesanggupan UMNO melontarkan satu tindakan dimana pada 1993, pindaan perlembagaan di persetujui dengan membolehkan istana di bawa kes ke mahkamah. Pihak istana gagal untuk merayu agar pindaan ini tidak diteruskan.
9- Untuk menguatkan tuntutan ini, pastinya peranan dimainkan di semua pelusuk negera dengan tunjuk perasaan khusus menentang raja. Tempat seperti Bagan DAtoh, Seremban dan lain-lain dijadikan lokasi demo.
10- Peristiwa pertabalan Sultan Ismail di Kelantan pada 29 April 1993 cuba di cabuli dengan menggantgikan kepada Tengku Ibrahim Inderputra - perancangnya ialah Dato Annuar Musa. Allah bersama dan rampasan pertabalan di kecundang.
11- Kedudukan Sultan Ismail, di derhakai oleh Shahidan kassim dengan melafazkan baginda tidak layak menduduki takhta Kelantan dan saranannya mempunyai bukti kukuh
12-Peritiwa melarikan puteri sultan Selangor, yang melibatkan secara langsung Mohd. Taib seterusnya berkahwin, ini tidak derhaka, bawa duit berjuta-juta keluar negara dan terangkap diAustralias tak salah, kerana beliau pemimpin UMNO.
Kemudian akhir-akhirnya peristiwa perlantikan MB di dua buah negeri selepas PRU 12, iaitu di Perlis dan Terengganu:
13- Shahidan menidatakkan perlantikan MB yang dipersetujui oleh Sultan Perlis,
14- 24 dari 23 ahli DUN di Terengganu tidak berminat untuk hadir di majlis angkat sumpah MB Tok Mat Said di Terengganu, kerana MB yang ini dipilih oleh sultan yang juga Agong. hingga keluar kata-kata " kami mau Deris Natang "
15- Niza hanya melafazkan, mohon tuanku patik mohon menyembahkan sembah derhaka - terus dilebalkan derhaka.

UMNO dah gila - apa yang dicakap semua terpalat kepada diri mereka sendiri.

Asam Garam Kehidupan Pemimpin Malaysia

Kini rakyat dikejutkan lagi dengan kenaikan kadar tol untuk laluan - khususnya PLUS ( lebuh raya yang terpanjang dan termahal ) dari JB ke Bukit Kayu hitam tak sampaikan 1000 KM bayaran tol hampir menjejah RM300 sehala. Tapi yang peliknya di Thailand sepanjang perjalanan dari Selatan Thai sampai ke Utara di Chiangmai lebuh raya cantik tol di tiadakan. Hebat Thai. dah orang nya cantik, ramai minit ke sana, para koporator ke sana cari barang untuk niada, ahli koperasi ke sana cari lembu untuk projek ternakan lembu di kawasan ladang.

Apa dah jadi, kini, dah umum baru nak kaji, sepatutnya otak pemimpin kita macam perlu matang dan tau untuk berfikir.

Masalah Tol; kan kah rakyat sedang bergelut dengan kemelesatan ekonomi, kais pagi makan pagi dan kais petang tak tentu lagi makannya. Kalau kita kata pemimpin kita " bodoh " tentu pemuda UMNO marah, sebab kita semua lulusan " oxford " tapi tengoklah keputusan yang dibuat. Konsesi Tol di sembunyikan dari rakyat. Lantas yang demikian ikut suka naik di naikan.

Menteri Pengankutan, Ir Mohd. Zain, kenapa tak bincang dengan kabinate baru umum, Pak Lah kenapa dah umum baru nak suruh bincang, Siapa yang salah ni.

Nak katakan pemimpin " lintah darat " kot marah sangat, tapi memang perangai lintah hisap darah, sebagai contoh lintah belaan dalam tangki, lintah sedut darah ikan keli sehingga tinggal tulang, memang tak bagi peluang langsung.

Pelik sungguh, la ni, apakah pemimpin UMNO memang di saat akhir pemerintahan akan mengauk sebanyak mungkin harta yang ada di negera ini untuk kepentingan peribadi atau sebaliknya.

SUDAH TERANTOK BARU TENGADAH - rakyat dah marah baru nak fikir semula - belajar dengan nabil - lu fikirlan sendiri.

Thursday, February 26, 2009

PIBGN - JUGA KATA PPSMI TAK RELEVAN

Prof: Dato Mohd. Ali bin Hassan, YDP PIBGN ( Permuafakatan Persatuan Ibubapa Guru Nasional ) jug telah memberikan pendapat dan bersedia mengarahkan hampir 8000 ribu lebin PIBG seluruh negar untuk menunjukkan perasaan bagi membantan serta bersama-sama dengan GMP yang diketua oleh A Samad Ismail.

Kita juga mengharapkan GMGBM ( Gabuangan Majlis Guru Besar Malaysia ) dapat mengarahkan semua MGB ( Majlis Guru Besar peringkat negeri dan daerah ) juga menzahirkan rasa perlunya PPSMI ini dimansuhkan. Tapi setakat ini YDPnya Tn Haji Roslan bin Madon masih membisu seribu bahasa, langsung tidak berani mezahirkan pendapat serta kritikan terhadap program ini.

Dari awal lagi ura-ura untuk melaksanakan program ini di bantah oleh semua pihak tapi kuasa PM pada Tun DM pada masa itu, pandangan dan tegoran orang lain tak penting yang penting apa yang aku perlu buat, biarkanlah yang rosak lain yang baik lain, laksana kata pepatah : seperti tikus membaiki labu. Kelemahan ialah penguasaan Bahasa Inggeris ( kelemahan yang dikenal pasti kerana ramai kalangan pegawai melayu gagal dalam berbahasa international ini.

Untuk memperbaiki pengusaan bahasa ajarlah bahasa, apa kelemahan yang ada pada pengurusan mempertingkatkan penguasaan ini: contohnya ditambahkan lagi Guru-Guru Pakar dalam Bahasa Inggeris, Taburan Guru di semak semula, ( sekolah rendah diluar bandar sampai Feb. 2009 ini ) masih adalah sekolah yang tiada berguru Bahasa Inggeris, masalah inilah yang perlu difikirkan. Ada daerah, khususnya di bandar guru-guru ofsyen Bahasa Inggeris, kerana lambakan ramai di bandar mereka mengajara PJ, Seni dan bukannya bidang mereka, kan kah ini di namakan salah guna kuasa olih pentadbiran daerah dan negeri.

Tambahan pula, Kementeria Pelajaran dengan menterinya Ketua Pemuda UMNO yang ghairah dengan merebut kuasa dan asyik mencium keris karat, yang langsung tidak dapat menjiwa hati nurani masyarakat luar bandar. Dalam pendidikan tak boleh buat dulu baru nak kaji. Kita masih ingat dulu ada KBSR hilang entah kemana. Ujud sekolah wawasan, di tempelak orang rakan dalam MCA. Jangan jadikan murid-murid sebagai bahan kajian.

Billion wang telah diperuntukan, menyediakan komputer riba, makmal komputer, LCD, melaksanakan kursus-kursus untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris, diaadakan pula BISP ( elaun khas kepada guru-guru yang mengajar subjek ini ) kesannya kepada guru lain, mereka juga berpenat lelah tidak pula diberikan elaun. mereka juga mengajar subjek kritikal tapi tiada elaun.

Kelantangan suara untuk tidak menerima program ini kerana adanya mainan politik di peringkat kementerian, sejak penilaian pertama PMR sampai kini dan kali ke 4 di tahun 2008, SPM dan dua kali dan UPSR pertama kali, kementerian tak berani melaporkan tahap pencapaian sebenara calon-calon ini yang menduduki peperiksaan tersebut. Apa yang dilaporkan tahap pencapaian cemerlang, cemerlang dan cemerlang. Detailnya tiada. Untuk mengelakan daripada ketidak puasan rakyat ada baiknya, pihak Kem. Pelajaran melaporkan pencapaian sebenar pelajar-pelajar tersebut di setiap peperiksaan yang telah dilalui.

( negeri dan

Wednesday, February 25, 2009

YDP & Setiausaha Majlis hidup mewah

Sebaik sahaja, PR digulingkan oleh BN, masih terdapat ahli-ahli majlis di daerah-daerah yang masih belum mengangkat sumpah sebagai ahli majlis. Sudah tentu dengan ketiadaan ahli-ahli majlis ini, setiap projek yang telah dirancang perlu di teruskan. Perlantikan ahli-ahli majlis berlainan dengan perlantikan ketua kampong bawah kerajaan PR, ini disebabkan semua ketua kampong PR telah mengangkat sumpah dan perlantikan ketua kampong ini hanya akan berakhir pada Ogos 2010. Dengan itu pengurusan dan pentadbiran peringkat kampong masih di lakukan oleh ketua kampong dari PR.

Bagaiman pula dengan ketua kampong Persekutuan? ini urusan YB Mohd. Taib, biarlah dia yang menyelesaina ' problem ' yang diciptanya sendiri. Walaubagaimana pun peranan yang dimainakan oleh ketua kampong tidaklah sehebat ahli-ahli majlis, lagi besar daerahnya, lagi banyak projeknya, hebat pembangunannya lagi hebat lagak ahli-ahli majlis nya.

Tapi apa yang terjadi dengan daerah, ( majlis Daerah mau pun majlis perbandaran ) yang ketiadaan ahli majlis, ini berlaku apakala, pemerintahan bertukar tampok. Kesan yang nyata sekali pada waktu ini YDP dan Setiausaha adalah dua orang individu yang paling hebat dan boleh mengumpul harta yang tanpa dikawal, meraka boleh menyerahkan setiap projek mengikut sukahati dan tidak ada siapa untuk mengawal mereka. Tambahan pula jika kedua-dua mereka ini memang nyata melibatkan diri dengan parti politik UMNO.

Tuesday, February 24, 2009

he....he....he.... bercuti- pi tengok cucu

Mohon maaf kepada semua peminat, insyaalah pada 26 atau 27 Feb baru, teman nak tulis balik kerana pada sehari dua ni, cadang nak rehat gi tengok cucu kedua yang baru lahir pada 19 Feb. yang lepas. Maaf jumpa lagi.

Monday, February 23, 2009

SALAH LAKU PEGAWAI TERTINGGI KERAJAAN BN

Kita masyarakat Malaysia amat berasa bangga atas kecekapan dan ketelusan SPRM bawah pimpinan Dato Ahmad Said bin Hamdan, semua laporan yang dibuat kepada polis berkaitan dengan rasuah diambil tindakan segera, terutama pertuduhan itu membabitkan pemimpin parti pembangkang, hari ini report esok siasatan siap dan dah boleh di dakwa di mahkamah dan, Pengerusi SPRM sendiri mendakwa bahan bukti sudah lengkap, ia mendahului keputusan mahkamah. Hebat sungguh.

Sedih, bagi Toh Mat ini, jika ianya membabitkan kepimpinan kerajaan, terutama laporan yang diserahkan kepada pihak SPRM beliau seperti mata, telinga, mulut dan seluruh anggota badannya sudah tidak berfungsi, lansung tidakkan tidak diambil. Semua pertuduhan itu palsu. Semua pertuduhan adalah rekaan, jatanya,

Akhirnya terpancul satu kes di Australia, " Visiting pilot fined over child porn ". Satu ketika dulu dunia di hebohkan dengan CD Lucah seorang pramagura MAS kini pula meletup pula seorang pilot dengan 3 fail video bahan lucah dengan adengan sex kanak-kanak bawah umur. Video-video bertajuk " Raped ( sic ) Virgin, 10 years old " and " High School Student ". Pilot yang tertangkap ialah Ahad Shauqai bin ahmad Said berusia 25 tahun, pilot MAS, kini digantong kerjanya anak kepada Pengerusi SPRM.

Tuhan beradun, tuhan juga penentu segala-galanya, buat baik berpada-pada buat jahat sekali, jangan selalu menganiyai orang lain, kini balasan pada kita pula. Apa nak kata? Kenapa Tok Mat tak lihat kepada rakan-rakan pegawai tinggi yang lain, musibahnya dibalas di dunia lagi. Kes DSAI, patut jadikanlah pedoman dalam menjalankan tugas, nak ampu berapa lama, kini Tok Mat pula perlu disiasat RASUAH dengan menggunaka PM untuk melapaskan anak dari pertuduhan di Australia.

Kita berdoa agar Tok Mat kembali ke jalan yang benar, ataupun mohon maaflah kepada mereka yang telah Tok mat aniyaai. Sekarang di mana nak dilentakkan muka, orang kampong dah tahu tentang perangai anak kita. Bawa bersabar dan jumpalah dengan Tan Sri Khalid, DSAI and tangkap Rafidah, KJ dan ramai lagi...... yang laporan dah pun ada pada tangan Tok Mat. Ramai orang kecewa dengan tingkah laku serta tindakan berat sebelah yang di laksanakan oleh Tok Mat.

PEMIMPIN dan ILMU PENGETAHUAN

" Knowledge will forever govern ignorance: and a people who mean to be their own governor must arm themselves with the power which knowledge gives " - James Madison

" A little knowledge that acts is worth more than much knowledge hat is idle " - Kablil Gibran, the Prophet

Kedua-dua pendapat di atas jelas menunjukkan kepada kita, selaku pemimpin, samada kepimpinan di peringkat dunia, negara, negeri, daerah, hatta menjadi ketua kampong mau pun imam di sesebuah masjid untuk kariah bawah kelolaannya. Mempertingkatkan daya ilmu pengetahuan amatlah penting kepada setiap individu bergelar Pemimpin.

Pemimpin terlibat secara terus dengan ilmu pengetahuan untuk memastikan mereka yang dipimpin mendapat ilmu pengetahuan terkini dari masa ke semasa, lantas yang demikian, pemimpin amat perlu mengemaskini kan diri dengan pengetahuan secara profesional. Ilmu pengetahuan pula boleh di dapati dengan 2 cara " Knowledge ca be explicit or tacit " untuk explicit knowledge - pemimpin amat diperlukan banyak membaca kerana, ilmu pengetahuan jenis ini hanya didapati melalui pembacaan contoh dari buku-buku akademik, majalah, serta makalah yang berkaitan dengan bidang masing-masing.

Lawan explicit ialah tacit knowledge, ilmu pengetahuan jenis ini di kuasa secara pengalaman peribadi serta cara mana invididu itu dapat meyakin dan menilai perasaan setiap individu atau msyarakat yang dipimpin. Pengalaman dalam hidup adalah agen utama dalam mempertingkatkan ilmu ini.

Sebagai seorang pemimpin, kedua-dua jenis ilmu pengetahuan ini amat perlu dikuasai samaada "explicit atau tacit ". Tapi perlu diingatkan, walau pun ilmu pengetahuan ini diperlukan, ianya juga perlu ada kaitan dengan bidang tugas masing-masing, kedua-dua jenis ilmu ini dalah garis panduan. Untuk itu jelas bagi explicit banyak membaca adalah diperlkan.

Selain itu, ahli-ahli serta masyarkat sekeliling juga dapat mepengaruhi daya kepimpinan seseorang pemimpin itu, dengan kata lain melalui mereka juga ilmu pengetahuan dapat di " upto date ". Bagaimana cara untuk memastikan setiap ahli mau pun masyarakat dapat membantu untuk " meng up to date kan " pengetahuan.

Setiap kali perjumpaan sama ada rasmi atau biasa, seorang pemimpin perlu menggalakkan setiap individu memberikan pandangan atau buah fikiran serta cara-cara penyelesaian setiap masalah yang dihadapi. Melalaui perbincangan, cara dua hala sudah tentu dapat melahirkan buah fikiran yang berguna untuk kedua-dua pihak. Pemimpin dan ahli.

Perbandingan antara aktiviti dengan pihak lain dan dibincangkan antara ahli dengan pemimpin juga dapat mempengaruhi perkembangan ilmu kepimpinan seorang pemimpin

Pemimpin juga perlu menggalakan " klient " atau anak buah sama ada ahlijawatankasanya maun masyarakat sekeliling galakan membaca untuk meningkatkan tahap pengetahuan profesionalnya. Selain itu galakan untuk memberikan pengitirapan kepada ahli yang telah banyak memberikan idea untuk kepentingan organisasi.

Cara yang di cetuskan di atas, boleh memberikan sedikit kelebihan kepada setiap pemimpin dalam mengendali uruskan organisasikan di bawah kepimpinannya.

ianya juga

TUAH MANGSA JEBAT DERHAKA

Di singgahsana istana Sultan Melaka di abad ke hebatan Hang Tuan dan rakan, baginda sultan sedang termenung dan bermuram durja mengenangkan apakah malapetaka yang sedang menimpa negeri dan jajahan takloknya, hingga diri baginda sendiri terpaksa meninggalkan istana. Jebat terus menderhaka, membunuh, memperkosa dan lain-lain lagi apa yang difikirkan patut dilakukan, bersifat membalas dendam atas kematian abang Tuannya.

" Ampun tuanku, sembah patih harap di ampun, apakah gerangan yang membuatkan tuanku dalam keadaan sedemikian, adakah tuanku kini sedang gering ?, patih perhatikan sejak Laksamana dihukum mati oleh tuanku, keadaan tuanku sentiasa tidak menentu, ampun tuanku " sembah bendahara Tun Perak.

" Beta merasakan tindakan yang telah diambil untuk menidakan pandangan mamak bendahara tempoh hari, agar Dato Laksama di siasat tidak di endahkan, pada ketika itu, beta sedang memikirkan projek yang belum dapat, projek untuk anak-anak masih belum diluluskan, pembayaran belum diterima, maka lantas dengan tegas beta terus akur dengan kehendakan pelapor yang dahagakan jawatan yang disandang oleh Dato Laksamana, beta sungguh menyesal, walaubagaimana pun, beta mendoakan agar jenazah Dato laksama di letakkan dalam gulongan orang-orang yang beriman"

" Tuanku, SEMBAH DERHAKA, patih sembahkan, adapun perintah tuanku tempoh hari tidak patik laksanakan, dan Dato Laksamana masih hidup dan sedang memberikan penerangan kepada rakyat jelata atas tingkah laku tuanku "

" Apa Dato Bendahara ?, Dato Laksama masih bernyawa, di mana waktu ini, bawa dia kembali ke istana, beta sudah sedar, beta sudah insaf, beta sudah kenal yang mana batu dan permata, siapa dia antara zambry dan niza. cepat dengan perintah, bawa dato laksamana kembali untuk menghapuskan jebat "

Akhirnya negeri pasir berdengong kembali bulih daripada keganasan yang dilakukan olih Jebat, istana bergabong atas kesedaran dan keinsafan serta dapat menilai atara baik dan buruk serta dapat mengenal pemimpin yang iklas dan durjana.

" Daulat Tuanku, sembah derhaka patih ada makna yang tersirat tuanku, ampun tuanku "

Sunday, February 22, 2009

ZAKAT dan KERAJAAN DAP

Kerajaan Perak bawah pimpinan Pakatan Rakyat mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan penduduk negeri ini, khususnya dari kalangan umat Islam. Kutipan bayaran zakat pada tahun ini melompat sekali ganda dari tahun semasa Barisan nasional memerintah tempohari. Kutipan pada zaman pemeintahan PR kutipan menghampiri 60 Juta Ringgit Malaysia sedang semasa BN dulu tak sampai pun 32 juta.

Ini telah dinyatakan oleh Y. Bhg. Us. Mustafa Shaari, penyelia Dun Kg. Gajah semasa berucap di majlis Agihan Zakat penduduk Kg. Bandar Lama, kelolaan JKKK Kampong tersebut. Pada majlis itu seramai 16 orang penduduk yang di senarikan telah menerima agihan tersebut. Menurut Ketua Kampongnya, Haji Zamsuri bin Haji Zakaria ini adalah julung kali majlis serupa ini diadakan, ini juga adalah tanda muafakat kalangan penduduk yang berkemampuan dan sedia membantu kalangan warga miskin.

Haji Mustafa Shaari juga menyarankan agar penduduk kampong dapat hidup dalam harmoni serta tidak menggadaikan masa dengan dengan berpolitik sahaja. Walau pun difahamkan ada kalangan penduduk yang masih tidak mengiktirap peranan dan tanggongjawab ketua kampong yang dilantik olih kerajaan PR tempoh hari. Berkaitan dengan keadaan politik di Perak masa ini, biarlan ianya diselesaikan melalui proses apa yang sedang diambil tindakan ketika ini.

Siapa yang nak Popular!! : Siva Or Os!!

Salam Sejahtera…Terima Kasih Utsan Malaysia.. kerana mempopular Siva selaku Speaker DUN Perak di Carta Liga Popular Politik Perak setelah Dr Zambri 786 disingkirkan oleh Siva semalam disamping mengetengahkan pemikir-pemikir Pak Kaduk dan Pak Pandir di Malaysia….

Kalau hangpa baca bab utusan1 ada Propessor kangkung pak Pandir boleh mengandaikan Negeri Aku Perak boleh jadi Dharurat.. Oii mangkok hayun.. apa hang ingat rakyat Perak bodoh macam ahli UMNO ka.. memekik melolong tak tentu pasai yang kononnya sokong instutusi raja.. kalau jadi dharurat pun ni semua kerja Najib Altantunya punya arahan… Kami rakyat negeri Perak cuma nakkan DUN Perak dibubarkan kemudian adakan semula PRU negeri Perak.. biar rakyat yang tentukan siapa yang akan meemrintah Perak itu saja,,,, pasai apa tak faham-faham.. atau tak reti bahasa hangpa ni…

Kemudian sorang lagi Benggali Bai Lawyer pun nak bercakap juga. utusan2/. semalam ia kata Siva tak ikut prosidur.. hari ni ia kata Keputusan tak boleh dicabar di mahkamah.. pulakdah.. ikut suka hang lah bai.. jangan kena tembak dah.. peluru dah dapat dua biji….

Dalam dah popular dok kat carta no 1 pun Siva ni pun baercakap juga..utusan3/ , ikut suka lah tambi… sendiri mau ingat tambi.. lawan mesti lawan punya.. apa mau kira.. tapi tambi lu belum kahwin lagi.. ayo yo banyak berani aaa.

Yang ini pun satu hall. cukup suka menyibuk… utusan4. tapi kalau hak belah sana kalau kita yang buat laporan sunyi sepi…aja.. diam…diammmm..diammmm….senyap//syuuuupppp!!!!

Mangkok hayun ni pun nak tumpang sekaki dengan popularnya Siva../utusan5/ sudahlah ekau jago nogori kau tu.. nanti ado yang lompat kang.. tak dapet den nak nolong…

Aduhh.. apalah punya MB.. tak faham atau tak reti bahasa..utusan6. Mangkok oii.. hang relakla selama 18 bulan.. buat kerja apa yang patut.. jangan nak ketegak sangat.. malu la sikit…dah la hang rompak jawatan MB.. kemudian nak tunjuk keras kepala konon.. phorahh.. apa cerita niii kalau pi sembahyang jumaat pun polis eskort.. apa tugas polis eskot PB pi sembahyang jumaat kaaa… banyak lagi kerja lain yang polis nak kena buat… bukan nak ikut bontot MB aja.. Apa sal masa Nizar berugas jadi MB dulu tak ada pun Polis Ikut.. apa takut kena baling kasut ka.. Batu Nesan dah dapat hari tuuu

Aduuuhh.. Raja segala Katak pun nak tumpang toi popular Siva../utusan7/ ni lagi sorang tak reti bahasa, tak sedeaq kediri.. orang nak bagi menumpang, lepas tu ia jadi kaduk naik junjung… aduhai.. susah nak cakap… dia ni memang gila meroyang nak balik ke UMNO.. tapi orang dah tak nak terima.. dok meroyan aja laah… tapi kalau agak lebih sangat.. tangkap kurung masuk kat Zoo Air Kroh.. bagi kawan dengan Ali Rustam.. boleh kut…

Mamat tua sebelah ni hangpa kenai kaii.. Aku tak kenai,, tu yang aku masuk gambar dia.. dia pun sama tumpang semangkok utusan8/ aku taku tak mau komen apa kat pok cik ni.. kalau ada sapa yang kenai tolong sampaikan pesan aku.. “suruh dia balik pi main ngan cucu aja.. jaga cucu.. atau pun kalau berasa dok kuat lagi.. buka satu cawangan lagi.. banyak Puteri UMNO tu yang kosong… jangan dok mai sibuk tambah tokok bagi jadi kacau .. Kami majoriti rakyat Perak yang menyokong Pakatan Rakyat tahu apa cerita sebenar.. cukuplah jangat nak kelentong lagi….

Mamat sorang lagi ni tentu hangpa semua kenai.. baru sekap tadi aku tulis suruh si Raja segala Katak pi berkawan dengan dia.. bakal nak menjadi Timbalan Peresiden UMNO.. dia pun tumpang sekaki nak bercakap… /utusan9/ oii. Bang Ali.. Siva ni lahir kat Perak.. warga negara Malaysia.. kalau dah lucut nak hantaq pi mana.. kalau pemegang paspot merah ka.. pendatang asing ka.. boleh laa… pakai akai la sikit.. macam ni nak jadi Tim Presiden.. Aku harap hangpa yang jadi Perwakilan UMNO nanti pakat-pakat pilih lah si Ali ni jadi Timbalan Presiden.. bagus la sangat.. aku sokong….

PWTC VS PUTRAJAYA

PWTC adalah lokasi dimana letaknya bangunan UMNO pusat pusat pentadbiran parti induk yang memerintah Malaysia ketika ini. Ini tingkat 38 Bangunan UMNO inilah segala perancangan untuk menentukan kearah mana Malaysia nak di bawa. Kearah mana semua keperluan pembangunan negara perlu di olah dan diagihkan kepada ahli-ahli untuk hidup senang. Dasar-dasar yang perlu diubah suai, kakitangan kerajaan yang perlu di tarik hidungnya. Mungkin ada bilik khas untuk semua ' big boss ' polis, spr, sprm, imegresen dan lain-lain untuk meneria setiap arahan yang akan diberikan, kita yang terakhir juga disediakan bilik-bilik khas untuk pentadbir istana pula.

PWTC vs PUTRAJAYA, hampir semua pegawai tertinggi agensi perkhidmatan awam letaknya di Putrajaya, disamping itu juga Pejabat PM juga di Putra Jaya, bangunan beliau boleh memantau semua ruang pejabat pegawai tertinggi dari semua jabatan. ( hebat otak Mahathir ) belia adalah pereka konsep infrastrutur pembinaan Putrajaya tempoh hari.

Apa tidaknya, pegawai tertinggi ini, walaupun disediakan senarai tugas yang patut dilaksanakan tapi yang menjadi panduan, undang-undang tubuh kerajaan perseketuan dan kerajaan negeri, perlembangaan Malaysia adalah kitab rujukan. Tapi sedih kemampuan dan kebijaksanaan mereka tidak diendahkan, integriti dalam tugas di kikis terus oleh kepimpinan negara, semua mereka diarahkan untuk memastikan bagai meneruskan kepimpinan segelintir pemimpin tertinggi untuk memenuh dan memuaskan hawa nafsu mereka.

Semua agensi ini telah di arahkan membuat kerja cara terpilih, ada yang boleh dan ada pula yang dibekukan. Akhir sekali pejabat SPR, mengikut telunjuk mereka apa kala ' by election ' Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah, perlu diadakan selepasa Perhimpunan Agung UMNO, mungkin kepimpinan UMNO merasakan mereka akan kalah kali ke tiga untuk ' by election ' peringkat parlimen dan pertama peringkat DUN. Menjadi tanda tanya pula apakah kini pengurusan negera di bawah Telunjuk UMNO - kalau ini menjadi kenyataan semasa Najib memerintah nanti kita boleh membayangkan bagaimana coran negera kita kelak.

Kepada pegawai kerajaan, elakkan lah diri dari dipergunakan oleh mereka, bertugaslah untuk masa depan anak-anak kita, negera dan agama, mereka memerlukan suasana yang lebih kondusif dan hidup aman dengan pelbagai kaum. Pihak Istana juga, jadilah penasihat yang jujur dan tidak mengambil jalan mudah mudah untuk menegor mereka, rakyat dah tahu apa yang berlaku pada ketika ini. Adalah lebih baik pihak istana berkecuali dalam urusan pentadbiran dan jadilan penasihat untuk semua pihak.

Saturday, February 21, 2009

KU LI - ANAK JANTAN UMNO & PANGLIMA BERTARAF RAJA

Krisis kepimpinan dalam UMNO dan kepincangan bentukan kerajaan Perak, lansung tidak mendapat pandangan yang mengatakan keadaan kedua-dua tragedi ini amat memalukan, kecuali yang meletakan taraf yang negatif adalah pihak pembangkang, tapi di pihak UMNO dan balaci serta badan-badan kerjaan semua memberi purata markah 4 flat. ( semua tindak tanduk adalah cemerlang .

Bermula dari krisis pencalunan subsidi dari bahagian untuk MKT, hinggalah kepada rompakan kerjaan di Perak. Suara yang meberikan sinar harapan untuk sebelah Pakatan Rakyat hanyalah Tengku Razali Hamzah, putra raja dari Gua Musang Kelantan. Jelas beliau masih mengatakan YAB Ir. Mohd. Niza adalah MB yang sah di Perak. Pemilihan pucuk pimpinan UMNO adalah proses yang langsung tidak melambangkan Pendemokrasian dalam politik UMNO.

Ini jelas menunjukkan, hanyalah individu bernama Tengku Razali anak bangsawan dari Gua Musang yang mempunyai cita rasa kepimpinan untuk menegakkan kebenaran. Lain-lain kepimpinan UMNO hanyalah mengharapkan sumber kewangan dari UMNO untuk memuaskan nafsu hidup mereka.

Tahniah, Tengku Razali dan teruskan perjuangan dan adalah lebih baik terus bergandingan bahu dengan rakan-rakan seanggakatan seperti DSAI, Haji Hadi, Lim Kit Siang untuk memastikan Malaysia terus maju dan lebih produktif di masa akan datang dan di pandang mulia di mata dunia.

BAYANGAN MAUT

Entah kenapa pada pagi Sabtu selepas beriadah, dengan cooling down menyiram pokok bunga kertas yang sedang seronok berbungai lantas merihatkan diri di depan tv dengan siaran dari Astro Kirana, menonton bersama dengan milo ice dan kuih-kuih kampong. ketika itu, tangan filem lakunan Noor Kumalasari dengan Yusof Haslam, BAYANGAN MAUT. Ungkapan ayat yang akan diperkatakan ialah :
" kami dah tangkan pengedar tersebut, susah payah kami menyediakan perancangan dan strageti untuk menangkap, tapi pihak tuan melepaskan dengan bagitu mudah sekali " kata Ins; Fara.
" Ini adalah arahan dan peraturan yang perlu kita patuhi sebagai orang bawah, saya menerima arahan dari orang atas untuk membebaskan beliau " balas ASP Raslan.

Peristiwa dan tragedi dalam Bayangan Maut ini jelas terjadi masa ini dalam pemerintahan negara yang di ketuai oleh UMNO. Semua agensi kerajaan di bawah telunjuk UMNO yang kini sedang diketuai oleh Najibultantuya. Dari Krisis perlembagaan yang bermula pada 1983, dimana imuniti raja-raja dilucutkan, jadinya kekebalan raja-raja telah tiada, apa yang diperlukan oleh pemerintah akan terlaksana jika pihak raja enggan untuk meluluskannya. Setelah itu, semua kuasa mutlak terletak di tangan pemimpin negera yang diterajui oleh UMNO.

Memang tidak dinafikan, negera mengamalkan demokrasi tapi ianya demokrasi yang memihak kepada pihak tertentu. Kita lihat saja pada peranan yang dimainkan oleh SPR, keputusan yang dibuat setiap ' By election ' perlu dirundingkan dulu dengan parti pemerintah, bagaimana untuk menangkan pemimpin parti pemerintah, semasa piliharaya kecil, Jabatan Pendaftaran negara menjadi egen yang paling bergerak pantas untuk tujuan memastikan pemilih pemihak kepada parti pemerintah.

PDRM pula, kawalan keselamtan dan setiap peraturan diutamakan apakala parti yang tak sehaluan mengadakan aktiviti, apa yang berlaku di sebuah negeri tak boleh dicakapkan ( dilaporan kan kengeri yang lain ) bukankan kita dalam Malaysia yang mana mempunyai 14 buah negeri dari Perlis hingga ke Sabah, kini ada pula larangan kepada Orang negeri Semenanjung tak boleh ke Sarawak, bukankah Sarawak itu salah sebuah negeri dalam Malaysia, Jabatan Imigresen juga sudah ikut arahan & peraturan undang-undang hutan.

Media masa / media elektronik sudah lama tidak memberikan ruang kepada selain dari UMNO / BN berkumandang di udara atau di layar TV, walaupun menterinya bertukar saban kali tapi daya pemikirannya sama di tahap yang lama. Serupa juga apakala setiap kali Presiden Amerika di tukar sebaliknya perangai dan feel serupa juga mereka mesti membenci rakyat Pelastin.

Akhir-akhir ni, SPRM menampakkan sangat tindak tanduk yang menyebelahi UMNO/BN, report yang selain UMNO / BN secepat kilat di siasat, di ambil tindakan, walhal, telah banyak report yang dikemukan untuk tidakan oleh orang lain, tapi mereka bertindakan seperti tak ada apa-apa yang dilaporkan. Kalau batang hidup pembangkang mereka laksana badan yang cukup teliti dan effisyen dalam tugas.
banyak lagi....
Balacai-balaci UMNO, NGOnya, seolah-olah daya fikiran telah buntuk, daya fikiran terus jumud, sepatutnya mereka membantu kepimpinan UMNO yang sudah tidak tentu arah berikan ubat untuk penambah baikan, ini tidak terus menyokong apa saja tidakan kepimpinan, baik atau buruk tidak diambil kira, yang penting kantong mereka berisi. GPMS sebagai contoh tidak lagi memperjuangkan hasrat pelajar sebaliknya memastikan pucuk pimpinan rapat dan terus dapat mendampingin pimpinan politik.

Pralaku di tunjul oleh agensi kerajaan serta NGO bukannya menambah baikan kepada UMNO / BN tapi cara tak langsung mereka membunuh UMNO itu sendiri, jelas UMNO kini telah dibayangi maut, satu demi satu salah laku UMNO di paparkan untuk memastikan pemilih terus menamkan rasa benci terhapnya.

PENGAMPU ZAMBRY MULA TUNJUKAN MUKA

Amat terkejut sekali, semasa Nightline jam 12am, 21 Feb. 2009, dimana terpapar gambar muka bekas pengarah pelajaran Perak, Ir. Zakaria, ianya jelas kelihatan kerana warna kedua-duanya hampir sama, walaupun Zambry menggunakan ketayap puteh agaknya baru balik dari masjid memohon restu untuk mengesahkan perlantikannya.

-gambar sebelah adalah hiasan xbersuci je-

Pokoknya kini mula ramailah pengampu-pengampu mengelilingi Zambry, tapi kena ingat, perlantikan beliau dan menjadi MB adalah cara yang menjijikkan sekali, sudah pasti mereka yang mengampu juga orang-orang yang pernah berkhidmat cara bagaimana Zambry menduduki takhta MB. Tapi malang, beliau ke masjid pun perlu ada pengawal dari pihak polis, apakah negara kita sudah tidak selamat lagi?

Kerja polis sudah bertambah, kalau ke majlis rasmi di iringi patutlah, ini ke masjid pun perlu dilindungi, gimana pula dengan 6 exco yang dilantik, tambahan pula exco kanan yb Hamidah.

Thursday, February 19, 2009

Satu Renungan - SEDEKAH YANG IKHLAS

Apabila melihat orang miskin walaupun tidak dapat untuk besedekah satu sen pun, melihat orang lain memberi kepadanya hati hendaklah berkata Al-hamdulillah.

Bersedekah samada kecil atau pun besar tidak boleh diukur dari nilainya apa yang sebenarnya sedekah itu ikhlas atau tidak. Sedekah selain dari berbentuk wang ada tujuh jenis lagi iaitu:

1- Sedekeah mata iaitu pandangan yang baik kepada orang lain
2- Sedekah muka iaitu sentiasa senyum kepada orang lain.
3- Sedekah badan iaitu badan sentiasa bersih dan pakaian sentiasa kemas.
4- Sedekah mulut iaitu berkata-kata yang baik
5- Sedekah hati iaitu dengan hati yang jujur
6- Sedekah duduk iaitu tahu taraf kita dan taraf orang yang dijumpai
7- Sedekah tempat tinggal iaitu rumah sentiasa bersih, segala perabut didalam susunan yang
betul dan apabila tetamu datang hendaklah dihormati.

BALIK LAH KE PANGKAL JALAN

Perak Darul Ridzuan, kini bermain di minda setiap individu di Malaysia dan dalam pengetahuan masyarakat seluruh dunia, isu kebangkitan rakyat, rompakan kerajaan, salah guna kuasa dan sebagainya akhirnya istana terjerat sama dalam menangai kemelut politik ini. Berakhirnya episod 8 Mac di mana rakyat membuat perubahan, Perak adalah negeri ke5 bawah naungan PR, memang tidak dinafikan sejak kemenangan ( PAS, Keadilan dan DAP ) dengan mengausai 31 kerusi, pemilihan MB telah menjadi isu, kemelot, lantas yang demikian setiap wakil rakyat dalam PR perlu mengistiharkan diri untuk tidak meninggalkan PR, semua ADUN dari 3 gabungan parti bersetuju untuk terus bersama-sama dengan PR walauapa pun terjadi, tak kiralah tsunami ke atau, gempa bumi ke, atau lain-lain bencana yang menimpa mereka.

Bagi BN pula, keadaan dan kemelot ini diberikan perhatian, memang sedih tak pernah dalam jangka masa 50 tahun Perak terlepas dari pemerintahan, tiba-tiba PRU 12 mencipta sejarah tersendiri. Sudah pasti, kepimpinan BN khususnya dari UMNO mengintai cara mana untuk mendapatkan semula Perak DR. Mainan politik diteruskan, meraka yang bergelar ADUN dari semua parti terlupa apa tugas hakiki mereka setelah menduduki kerusi DUN, apakah terus berpolitik atau memberikan khidmat bakti kepada pengundi yang telah memberikan mereka untuk bergelar YB.

Peristiwa demi peristiwa terjadi, 2 pilihan raya kecil, Permatang Pauh dan Kuala Trengganu, menjadikan kepimpinan UMNO tambahan YAB Najib bakal PM ke 6 terus gelisah, apa nak jadi dengan diri ku, dapatkah menjadi PM atau sebaliknya. Mimpi sedih ini bermain dikepala, akhirnya dapat satu idea untuk memerangkap ADUN di Perak yang ketahanan diri tak seberapa, lalu mereka di rekacipta satu isu khusus berkaitan dengan penyelewengan, akhirnya mereka tertangkap, dan di bawa ke muka pengadilan, juga ditangkap untuk melepaskan diri dari pertuduhan ( oleh UMNO )

Ada kalangan YB juga, dijanjikan dengan beberapa kemudahan hidup, yang membolehkan mereka berfikir untuk tidak bersama dengan rakan-rakan yang lain, samalah juga dengan dari kalangan YB yang memerintah di peringkat pusat konon-konon dah tak berminat dengan parti naungan yang lama, juga pindah ( lompat ) tak jadi, ' gostan ' balik.

Beberapa tragedi di atas, membayangkan kepada rakyat, inikah mainan hidup orang-orang politik, tapi apakah politikus negara lain juga seperti kita, kita lihat saja bagaimana pemilihan Omaba dari Demokrat, peringkat awal bersaing dengan Hillary Clinton, akhirnya Hillary diberikan peluang untuk bertugas seiring dengan Obama, Obama Presiden dan Hillary SU Negara, mengapa tidak berlaku dinegara kita, UMNO akan bunuh Pas dan setiap parti pembangkang yang lain, tangkap pemimpinnya, kalau pemimpin parti lawan buat tegoran mereka di tangkap, ISA adalah senjata hakiki yang masih releven dengan pemerintahan BN. contoh kes " menderhaka ", telah terbukti sahih, yang terus menderhaka ialah kalangan kepimpinan BN, tapi semua pihak tidak menyalahkan mereka, hatta pemimpin yang menderhaka tempoh hari mengatakan orang ini menderhaka, Bagai mana dengan Annuar Musa, yang mencadangkan diubah Sultan Kelantas, terus hidup senang malahan tindakan beliau dibela olah masyarakat.

Tak payah gi panjang lagi, untuk itu adalah disarankan agar kita, kembalilah ke pangkal jalan, hidup lah aman damai dengan semua pihak, PR dan BN masing-masing ada kekuatan dan kelemahan, hari ini BN merintah dan pun sampai lebih 50 tahun, dah tentu ada silapnya, yang sedihnya kesilapan yang ditegor tidak diambil pusing, itu sebabnya PR dah mula nak diterima oleh rakyat. Berbaik-baiklah antara satu sama lain, Kalau betul YAB Najib nak jadi PM, bersihkan lah diri dari kemelut yang dah pun diketahui oleh seluruh masyarakat Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Rakyat Malaysia mengharapkan Ketua Kerajaan yang bersih, berhemah boleh ketengah dan ketepi serta pandai mengambil hati pengundi bukan terus menimba kekayaan untuk kaum keluarga.

FIKIR-FIKIRKAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG.

YANG PENTING MENUNTUT ILMU BUKAN BAHASA - YB TAJUDDIN

Ramai terkejut apabila YB Tajuddin Abd. Rahman - APPasir Salak cuba mempertahankan PPSMI dengan hujah seperti budak-budak di PRA Persekolahan. " Dalam pelaksanaan dasar PPSMI yang penting ialah menuntut ilmu bukannya bahasa " itulah ulasan bakal menteri di negeri Pasir Berdengong yang diperintah olah Perdana Menteri Pasola dalam Laksamana DOREMI.

Parilimen Pasir Salak, Dun Kg. Gajah adalah dalam daerah Perak Tengah, apakah pernah YB Tajuddin melihat sendiri pembangunan Pendidikan, melihat sendiri data kelulusan, melihat sendiri keadaan Pusat Sumber di sekolah-sekolah tersebut? Apakah pernah pula menghulur sekupang dua untuk membeli buku-buku rujukan untuk PSS setiap sekolah di DUN Kg. Gajah dalam Parlimen Pasir Salak bawah jagaannya. Tiba-tiba percakap perkaitan dengan PPSMI.

Kalau nak tunjuk serba tahu pun buatlah kajian dulu, tanya pegawai pendidikan, gunalah rakan-rakan guru besar/pengetua janganlah jadikan mereka musuh politik, jengok-jengoklah ke sekolah, mana tau entah-entah zaman Najib nanti dapat jadi Menteri Pelajaran. Walaubagaimana pun perangai dan feel kena ubah.

Yang penting YB Tajuddin, patut menyokong saranan agar PPSMI ini di kembalikan ke Bahasa Melayu, kenapa yang rosak penguasaan bahasa Inggeris yang dibaiki Sains dan Matematik? YB patut buat statistik berapa ramai guru Bahasa Inggeris yang ada di kawasan DUN Kg. Gajah, adakah ianya cukup mengikut apa yang diperlukan atau sebaliknya, itulah yang patut dipekekkan bukan menyokong membuta tuli. Masih terdapat sekolah- sekolah yang dah nak menjelang Mac masih kurang guru? kurang kakitangan sokongan? kurang bilik darjah dan sebagai kesengsaraan yang dihadapi.

YB, cuba semak balik semenjak menjadi YB, penggal lepas peringkat DUN kini di Parlimen berapa sen duit YB diperuntukan membeli buku-buku rujukan. Itulah sebabnya YB tidak dipercayaai oleh pucuk pimpinan untuk diberikan jawatan selain dari Ahli Parlimen, YB Sungai Manik baru beberap hari jadi YB dah dapat EXCO. YB masih lagi tercari-cari untuk mengintai-intai kot-kot dapat menteri bulan April ini.

Wednesday, February 18, 2009

BUAT RENUNGAN - JANGAN IKUT ILMU MEMBUTA TULI

Apabila kita mengikut ilmu yang salah ia akan menghancurkan msa hadapan, samalah seperti seorang peladang memegang daun lalang, secara membuta tuli lalu melukakan tangannya sendiri. jika mengikut ilmu membuta tuli adalah lebih merbahaya daripada orang yang tiada agama.

Pernah terjadi di Amerika Syarikat satu kumpulan beratus-ratus orang mati membunuh diri kerana terlalu percaya kepada pemimpinnya. Ikut sahaja apa yang dikatakan oleh pemimpinnya, ini menyebabkan para pengikutnya yang bodoh mati sia-sia bersama pemimpinnya.

Ada sebahagian orang yang mencari ilmu yang benar keselruhan hidupnya. Ketika ia dapat mencari ilmu yang benar, ilmu yang benar itu tidak dapat dihuraikan melalui tulisan. Ada juga orang yang sibut dengan hal mencari ilmu akan tetapi dia sendiri tidak tahu aaa yang ia cari, orang yang begini mencari ilmu hanyalah sebagai angan-angan sahaja ia itu umpama mimpi.

Renung-renungkan lah.

TERKINI - DUN PERAK DR TERUS BERGOLAK

Hari ini YAB DS Ir. Mohd. Niza telah membacakan samanya di mahkamah Tinggi ( Rayuan / Tugas Khas ) berkaitan dengan perlantikan D. Zambry sebagai MB Perak dengan cara yang mengecewakan. Disamping itu juga Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan oleh YB V. Sivakumar yang juga Speaker DUN Perak telah memutuskan penggantongan kehadiran YB Dato Zambry selama 18 bulan dan 6 EXCOnya selama 12 bulan.

Di Kuala Lumpur, semasa pembacaan saman tersebut, Dr. Zambry di iringi En. Ahmad Kamal bin Mohd Shahid - penasihat undang-undang Negeri Perak, serta En. See Mee Chun pula mewakili Jabatan Peguam Negara dan En. Hafarizam bin Harun sebagai peguam pemerhati untuk BN.

Sehubungan dengan itu, apa nak jadi dengan Negeri Perak, adalah dipohonkan agar Dr. Zambry yang dilantik secara rampasan kuasa dan Ir. Mohd. Niza yang masih lagi MB yang sah mengikut Undang-undang Tubuh Perak Darul Riduan, mengadap tuanku dan mohon sembah derhaka untuk pembubaran DUN Perak, serta kembalikan kuasa-kuasa rakyat untuk Pengurusan Perak. Moga-moga Perak terus aman dan makmor di bawah lindungan dan pemerintahan Tuanku.

10 tip meraih kebahagiaan ( 6 - 10 tip )

6- Bacalah Alquran dan renungkahlah isinya;
Apakah mereka tidak mahu mentadbiruri ( menghayati isi ) al-Quran ( An-Nisa'-82 )

7- Berpuasa sunatlah walaupun pada hari yang sangat panas
Ia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya kerana Aku ( Al-hadith )

8- Bersedekahlah cara sembunyai-sembunyi
Hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya ( Al-hadith )

9-
Meringankan beban seroang muslim yang sedang dalam kesulitan
Barangsiapa meringankan kesusahan seorang muslim di dunia maka Allah akan membebaskan
kesulitanya
kelak di hari kiamat. ( Al-Hadith )

10-Usahakan menjalani hidup di dnia dengan zuhud
Sedangkan kehidupan di akhirat itu jauh lebih baik dan lebih kekal ( Al-A'la:17 )

Hanya untuk renungan dan bacaan serta di amalkan.

Tuesday, February 17, 2009

MAJLIS RAJA-RAJA TOLAK NAJIB SEBAGAI PM

YAB Perdana Menteri sedang mengadap dan mempersembahkan apa yang berlaku dalam kepimpinan UMNO dan bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO menolak peranan yang meletakkan raja-raja sebagai tunggak pemerintahan di negera yang tersayang ini - Malaysia. YAB DS Abdullah mewakili, kerajaan Malaysia, UMNO, Barisan Nasional dan ahli-ahli parlimen Malaysia.

Dari sejarah - Dr. Mahathir menanggalkan baju besi kesultanan dan akhirnya kuasa raja-raja mula di pemainkan oleh UMNO, kumpulan ini terdiri dari DS Sanusi Janudi dan Allahyarham Megat Junid, mereka menggunakan MAYC dalam memprojekkan menaggalkan kekebalan raja-raja. Peristiwa pada 1993 ini adalah tarikh permulaan kepimpinan UMNO menidakkan kuasa dan kekebalan raja-raja.

Peristiwa, melarikan anak raja yang dilakukan oleh YAB Mohd. Taib juga telah mengecewakan sistema kesultanan, di ikuti dengan percubaan YB Annuar Musa untuk menggantikan sultan kelantan dengan sultan yang mengikut serelanya. Kemudian bagaimana keengganan 2 Menteri Besar satu di Terengganu dan Perlis yang engkar dengan titah tuanku untuk menukarkan MB di negeri masing - ada yang sanggup menulis " kami mahu deris natang ", siapakan " natang " yang dimaksudkan.

Akhirnya peristiwa YAB Ir. Mohd. Niza ini, YAB PM juga akur dengan cara persembahan yang dilakukan, dengan memohon sembah derhaka, bukannya menderhaka. Lantas yang demikian, PM tidak bersetuju dengan nama yang dicadangkan oleh YAB Najib untuk individu lantikan Menteri Besar sebaliknya YAB PM memilih Dr. Zambry.

Kesemua raja-raja yang hadir tergagam dengan laporan tersebut dan akhirnya mengambil keputusan untuk YAB DS Abdullah meneruskan kepimpinan Negera sebagai PM. Bye-bye Najib.

Kementerian Pelajaran - Kementerian yang bermasalah

Kementerian Pelajaran dulu di kenalai dengan Kementerian Pendidikan, kerana skop pendidikan itu lebih luas dan ianya merangkumi semua aspek penghidupan harian setiap individu manusia itu, dari lahir sampailah ke liang lahat, DSAI yang menukarkan dari Kementerian Pelajaran sebelumnya, di mana masa itu, pelajaran Pendidikan Jawi pun di mansuhkan jadi kini ramai anak-anak Melayu yang tidak pandai Menulis Jawi, ( tapi alhamdulillah semua muslimin dan muslimat masuk jawi dalam jangkawaktu seawal usia yang boleh ).

Jika di kaji, memang betul apakala ianya dikaitankan dengan pelajaran ianya tidak menekankan pembentukan gaya hidup seseorang, yang penting yang belajar untuk lulus peperiksaan, akhirnya lahirlah insan pandai, licik hanya untuk mengisi ruang hidup di dunia, tapi perangai, akhlak, pembentuak modal insan yang soloah langsung tidak ada, akhirnya, lahirlah manusia yang bijak dalam merompak bank, salah guna kuasa, rasuah, penipu. Contoh ketara bagaimana ramai lahirnya mat rempit, boh jan, boh sia mangsa AIDS, mengamal dadah sungguh menyedihkan. MELAYU yang ramai.

Atas Kesedaran semasa menjawat jawatan Menteri Pelajran DSAI - tukar dari Pelajaran kepada Pendidikan agar skop pengurusan pembangunan kemanusia lebih luas, menguasai dua alam, dunia dan akhirat. Tapi musah DSAI tidak berminat dalam hal ini Lantas dengan licik mereka menghapuskan kementerian ini apakala DSAI disumbat dalam penjara. Kini Kementerian yang diterajui oleh DS Hishamuddin berpatah balik ke Pelajaran, pengurusan pembangunan kemanusia lebih teruk. Tambahan latar belakang DS Hishamuddin sentiasa di pertikaikan, PPSMI menjadi senjata untuk membunuh anak bangsa.

Permasalahan demi masalah yang di dengar, apa yang menyedihkan permasalahan ini menjadi satu routin kepada PPD, Jabatan Pelajaran dan Kementerian. Contoh Kekurangan Guru - fenomena ini amat mendukacatakan. Pengistiharan kementerian ' body ' cukup tapi apakala penempatan tak di agih mengikut apa yang dilaporkan. Sebuah sekolah yang memerlukan sejumlah 17 orang guru - retan perjawatan di hantar setiap hujung tahun untuk tindakan PPD tapi awal tahun masih tak cukup juga. Apakah yang akan terhadi jika keperluan 17 orang guru dan yang ada cuma 13 sahaja. FIKIRLAH SENDIRI. Bagai Pengajaran dan Pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Itu guru, kemudahan fizikal, masih ada sekolah yang tak cukup kelas, perlu pula ujud ' flooting class ' buninya sedap tapi iannya mengganggu pengurusan pengajaran guru. bilangan murid yang ' over load ' dalam satu kelas, kelas seluas 30m x 20m dibuatkan dengan 55 orang murid ( bilangan ini adalah tahap paling maksima ) cuba bayangkan bagaimana pergerakan selesa dapat di laksanakan.

Pada awal 2009, bagaimana diputuskan kutipan yuran hanya boleh dibuat pada April ke atas, kerana perlu mendapat kelulusan Mesyuarat Agung PIBG. Apakah DS Hishamuddin tidak peka dengan perkembangan sekolah, aktiviti dan perancangan perlu di gerakan semenjak sekolah dibuka tapi kemampuan kewangan amat terhad. PPSMI - kini menjadi gelanggang saman menyaman antara badan bahasa dengan pihak kemeneian, tapi kenapa DS Hisyamuddin angkuh tidak langsung mau berunding dan bepakat antara satu dengan yang lain. Apakah kita akan menderkaha jika mengembalikan pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Ibunda? DS Hisyamuddin saja yang tau.

Sekolah bukan tempat uji kaji, kita lihat apa yang terjadi kepada KBSR, di mana KBSR sekarang?, sistem persekolahan, sekolah wawasan ( di boikot oleh MCA ), pengurusan dan murid-murid sekolah ini hanya di minati oleh UMNO dan MIC sahaja. Kesannya projek pengurusan sekolah ini tergendala.

Masyarakat perlu mengetahui sejauh mana kecemerlangan murid-murid UPSR tahun 6 2008 yang kini di tingakatan 1. apakah benar-benar mereka cemerlang dalam UPSR tempoh hari, mengapa desakan dari masyarakat untuk melihat sendiri markah yang diperolihi lansung tidak mendapat layanan dari pihak kementerian, apakah kementerian ada menyimpan rahsia disebalik kecemeralangan tersebut? Persoalan ini yang menghantui masyarakat atas pelaksanaan PPSMI tersebut.

Apa saja yang dilaksanakan oleh pihak DS Hisyamuddin ianya lebih mementingkan atau ada kaitan dengan keperluan politik semasa. kita sanggup menggadai masa depan generasi Melayu asalkan cita-cita politik tercapai.

Sunday, February 15, 2009

MB dah jumpa, SPEAKER ..............................

Kekalutan yang berlaku dalam pentadbiran Negeri Perak amat serious, keadaan sungguh genting, bak kata pepatah PERAK LAKSANA TELOR di hujung tanduk, PR atau BN akan pasti menunggu saat yang berharga untuk memastikan meraka dapat memerintah dengan selesa. Apa tidaknya, selepas pencabulan dan rampasan kuasa ekoran 3 ADUN yang menyertai parti baru " parti bebas " tapi memberikan perakuan untuk menyokong dan bersekongkol dengan BN, lantas BN menepok dada kami ada majoriti yang cukup untuk memerintah.

" BEBAS " bermaksud boleh berbuat apa saja.

Untuk itu, bagaimana Najibultantuya berjaya meyakinkan DYMM Sultan Perak, atau apakah DYMM sudah di gula-gulakan, sudah pasti baginda yang sebelum ini sebagai Ketua Hakim Negera dapat mentafsirkan BEBAS. Walau bagaimana pun BN berjaya mendapatkan mandat majoriti ADUN di sebelahnya dan terus mengumumkan lantikan MB. Maaf Bukan YB Hamidah tapi YB Dato Dr. Zambry sebagai Menteri Besar.

Dengan penoh rasa tanggongjawab YAB Dato Dr. Zambry mengumumkan kabinate yang mentadbir Perak, dengan 28 orang ADUN + 3 ADUN Bebas. Dr. Zambry gagal untuk melantik EXCO seramai 10 orang, dengan itu fortfolio EXCO paling maksima 8 bidang tugas, di sandang oleh YAB Menteri Besar sendiri. Tamak dan Haloba sungguh.

Angin bertiup kencang, pisang takkan berbuah 2 kali, tapi boleh kalau pokok yang berlainan. Rupanya selain dari MB, speaker juga tidak boleh dipecat oleh sultan. kini timbul masallah baru dalam pengurusan DUN itu nanti. Kerana Speaker masih dari PR ( DAP ), nak gugurkan beliau hanya proses undi tidak percaya saha. Apakah ini akan berlaku.

Sampai ke tahap ini, nampaknya Pak Lah pening lalat, tugas najib tak complete, tak seperti mana C4 diletupkan semua berkecai, walaubagaimana pun tulang dapat juga dijadikan bahan bukti yang tulang itu milik Altantuya.

Pak Lah dah buat pengemuman, sedang berfikir cara mana yang terbaik untuk menidakkan Speaker dari PR untuk mengedali uruskan mesyuarat DUN nanti. Itulah apa yang kita rancang, tapi rancangan terbaik dari Allah jua. Satu lagi petunjuk yang BN dah nampak jalan keluar dari Pejabat SUK. Tak usah fikirkan Bukit Gantang dan Bukit Selambau, sebaliknya fikirkan bagaimana persidangan DUN pada Mac atau April ini, MB dan EXCO pilihan Najibultantuya akan berdepan dengan MB dan EXCO pilihan rakyat dan di pengerusikan Speaker dari PR yang dipilih oleh rakyat.

Sah - satu lompatan bernilai rm50 juta.

Ketua-ketua Kampong Pakatan Rakyat dari 3 bahagian, Parlimen Pasir Salak, Parlimen Teluk Intan dan Parlimen Bagan Datoh, yang mengadakan perjumaan kekitaan diadakan di Bilik Gerakan Pas, Padang Tembak pada 14 Februari dengan di hadiri oleh YB Changkat Jong dan YB Hutan Melintang serta turut sama Penyelia DUN Kampong Gajah.

Semua ketua kampong yang hadir difahamkan bagaimana hebatnya pimpinan UMNO menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat, bagaimana jijiknya perlantikan Menteri Besar dari UMNO dan bagaimana tamakanya YAB Dato Dr. Zambry - MB Haram, yang menyandang sampai 8 fortfolio untuk mengendali uruskan Negeri Perak. Perak hanya ada 6 EXCO dan dibandingkan dengan Perlis ada 7 EXCO, UMNO sudah berjaya memanupulate fizikal kedua-dua negeri ini, bermakna Perlis lebih luas dan ramai penduduknya dari Perak. Agaknya di masukan juga sebahagian kawasan dari Selatan Thai, untuk senang pergi nikah kahwin.

Bagitu juga bagaimana sopan dan tertibnya YAB DS Ir. Mohd. Niza berbincang dengan baginda sultan beliau menggunakan bahasa istana, memohonkan agar titah baginda untuk memecat tidak diteruskan sebaliknya memberi pandangan agar DUN Perak di bubarkan. YANG MENDERHAKA HANYA ORANG-ORANG UMMO.

Dalam taklimatnya ADUN Hutan Melintang mengesahkan, beliau di hubungi oleh Tim Pengerusi Pehubungan UMNO Perak yang juga MP Bagan Datoh merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri melamar dengan mas kahwin RM50 juta jika bersetuju bersama-sama UMNO/BN untuk memastikan Kerajaan BN di Perak kukuh dan mantap. Pengerusi majlis mengistiharkan YB Hutan Melintang yang dari PKR - rakan India sebagai Jutawan Segera. Beliau juga sudah pasti mengisi kekosongan EXCO untuk rakan-rakan dari kumpulan orang Indian. Tapi dengan semangat yang tinggh, beliau tidak berminat untuk menyertai BN, dan disambut dengan tepok sorak para hadirin.

Kepada Seluruh Ketua Kampong diharapkan dapat meneruskan tugasan yang diamahkan kerana kuat kuasa sebagai Ketua Kampong lantikan Pakatan Rakyat berakhir pada 31 Ogos 2010. Selamat bertugas dan pastikan semakin ramai rakyat yang sah menjadi ahli PAKATAN RAKYAT samaada PKR, PAS mau pun DAP.

Lawan tetap lawan.

Saturday, February 14, 2009

TITAH DERHAKA PATEK SEMBAHKAN

Sultan Selangor DE, murka apa yang terjadi di Perak DR, baginda mengungkit berkaitan dengan kepentingan negara, menyemai sikap bertanggongjawab, tidak derhaka kepada raja, juga mengharapkan agar rakyat dapat menilai sejauh mana perlunya Raja Perbelembagaan, Raja adalah penaung kepada kepentingan beragama, raja menjadi tunggak terakhir untuk masa depan, agama, bangsa dan negara.

Ampun Tuanku,

Patek tidak menafikan benteng terakhir adalah di tangan tuanku, tapi juga diharapkan agar pihak istana yang menerima kemudahan yang untuk hidup mewah dari setiap sudut dapat juga merasakan isi hati rakyat, rakyat kini telah tertipu dengan gelagat kepimpinan yang memberikan kemudahan, kemewahan dan segala serbinya untuk kesejahteraan kerabat tuanku. Rakyat tahu setiap penyelewengan yang di amalkan oleh kepimpinan UMNO, tapi untuk pihak tuanku, sentiasa di berikan keistemewaan walaupun rakyat tuanku ada yang hidup segan mati tak mau, kais pagi makan pagi kain petang tak tentu lagi ada habuannya.

Apa yang berlaku di Perak hanyalah sedikit kelohan rakyat yang inginkan kesejahteraan dalam melayari kehiduan harian di negeri tumpah darahnya. Bukan semua rakyat dah sampai ke kemuncak Genting Highlands, Tapi rasanya semua kerabat di raja dah sampai dan menikmati setiap kemudahan yang ada secara percuma. Rakyat penat lelah mencari rezeki dan seterusnya membayar cukai, tapi tuanku dan seluruh kebarat dikecualikan sebaliknya mendapat rezeki yang sentiasa mewah.

Rakyat Perak mengharapkan Sul. Azlan dapat menunaikan apa yang di termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak itu saja. kenapa pihak Istana Kinta perlu melanggarai undang-undang tubuh yang dibina bersama? Kita yang buat kita yang robohkan, Dimanakan kredibiliti sebagai pengamal undang-undang yang satu ketika pernah menjawat jawatan tertinggi dalam bidang kehakiman

Kesan dari peristiwa ini, rakyat dah tahu apa yang pihak istana dan kerabat diraja nikmati selama ini, semua sejarah kesultanan di bongkar semula, asal usul keujudan sistem beraja dan asal usul raja di bangkitkan semula. Tragedi ini juga ada kaitan dan pernah berlaku dalam sejarah pemerintah sultan di perak semasa pemerintahan Allahyarham Sultan Idris, sehingga baginda merajuk dan menyimpan jambang dan janggut selagi MB yang ada masih bertugas, kerana tidak ada peruntukan untuk baginda menidakkan hak MB. Menggugurkan MB di Perak hanya dengan 3 cara, mohon berhenti, undi tak percaya dan pembubaran DUN - kuasa sultan memang tidak ujud.

Akhir kalam, sembah derhaka ini, ( bukan hendak menderhaka ) adalah untuk renungan dan tindakan untuk kebaikan semua pihah, takkan nak berulang lagi, kisah Anuar Musa cuba menggulingkan kerabat di Raja Kelantan yang sedang memerintah, tak kan nak ada lagi kain rentang " kami mau deris NATANG ", siapa natang yang dimaksud. Kita elakkan caramana Mahathir menguncupkan kuasa-kuasa sulatan. Kita elakan dari trajidi Shahidan Kasim yang engkar arahan sultan, elakan juga apa yang Mat Taib buat, bawa anak raja lari dan terus menikahi di luar negara. PERISTIWA INI TAK SIAPA PUN NAK MARAH, di mana letaknya kemurkaan raja-raja ketika itu?

Friday, February 13, 2009

DUN PERAK BUBAR APRIL

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak DR terdiri daripada 59 ahli, dan pada PRU12. Gabuangan Pakatan Rakyat ( DAP, PKR & Pas = 31 kerusi dan BN UMNO 27, MCA 1 ), pemerintahan Perak Darul Ridzuan dipimpin oleh PAS dengan Ir. Mohd. Niza mengangkat sumpah sebagai MB yang ke 11.

Peristiwa Black Februari 09, ujud kerajaan haram di Perak bawah kelolaan YAB Najibultantuya dimana 3 orang ahli Pakatan Rakyat ( 2 PKR dan 1 DAP ) menjadi ahli bebas tapi menyokong BN dan kembalinya ADUN Bota dari Pakatan Rakyat ke BN. Kerajaan Haram ini di ketuai oleh YB 786 Pangkor.

Kini kerajaan Perak DR terdiri dari 28 ( penyokong ) - 28 ( pembangkang ) - 3 ( bebas ) tuan speaker masih lagi ADUN dari Pakatan Rakyat ( DAP ).

Bagaimanakah persidangan dewan yang akan dijalankan pada April ini:

  1. Speaker masih lagi ADUN dari DAP - kerabat Pakatan Rakyat
  2. Menamatkan jawatan Speaker hanya melalui undi tidak percaya dewan, sultan tiada hak. Apakah Speaker, akan menerima undi tidak percaya dari ahli mesyurat itu nanti ?
  3. Kedudukan di dewan, untuk ubai suai kedudukan kerusi adalah tanggongjawab Speaker, sedang Speaker tidak mengiktiraf kerajaan haram, jadi kedudukan tidak berubah, Ir Mohd. Niza masih di kerusi MB dan Dr. Zamri terus di kerusi ketua pembangkang.
  4. MB haram pula tidak ada kuasa untuk menghalang speaker dari menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan.
  5. Speaker juga boleh menidakkan hak 3 orang ADUN ( Jelapang, Behrang, Changket Jering ) untuk hadir mesyurat, yang secara rasmi telah menandatangani surat perletakan jawatan jika tidak lagi menganggotai Pakatan Rakyat - untuk itu kedudukan kerusi adalah 28 - 28 ( apa nak jadi Perak )
  6. Dengan daya pemikiran di atas dan di halusi, YAB Ir Mohd. Niza adalah tapat dengan pemburan DUN Perak - pulangkan balik kepada rakyat.
Kesan dan implikasi dari perbuatan dan pencabulan hak rakyat ini, BN / UMNO di bawah kelolaan Najibultuntaya telah menidakan Constitution of Monarchy of Perak, kini sultan di permainkan oleh rakyat. Semua institusi juga turut ikut apa kata BN / UMNO / Pak Lah / Najib. Rakyak sedang memerhati, menilai dan akan membuat keputusan di setiap pilihan raya, sama piliharan kecil atau pilahan raya umum.

Kali ini disarankan agar MB halal YAB DS Ir. Mohd. Niza dan MB haram Dato Dr. Zambri bersama-sama mengadap sultan, sampaikan sembah derhaka untuk memohon agar DUN Perak dapat dibubarkan.

YB Zainol mengalahkan YB Tajuddin

Perlantikan YB Zainol sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri jelas menujukkan, kehebatan dan walaupun YB Dato Tajuddin sudah lama berkecimpong dalam politik dan memimpin parti UMNO tapi kepampuan untuk mentadbir negeri tak ada pada dirinya. Cakap berdebor-debor, maki hamun, menengkin, tak baca rasa isi hati masyarakat, adalah penyebab beliau tidak diberikan tempat dalam kepimpinan yang lebih tinggi.

Kini beliau terpaksa menunjukkan kehebatan lagi, sementara menunggu perlantikan PM yang baru, YAB Najibultantuya, kot-kot dapat menjadi menteri di negeri Pasir Perdengong dengan menteri tak berfotfolio.

Untuk kesejahteraan, ubahlah perangai, bacalah hati budi pengundi, bercakaplah ikut keperluan, hilangkan panas baran yang ada banyakan amal kerana belum tentu menteri yang dicari akan didapati entah-entah tak lama lagi jadi MP pembangkang. padan muka

10 minit Bersama DS NIZA

Kesejukan penghawa dingin di kediaman YAB amat terasa sekali, akhirnya dipohonkan kepada pembantu rumah untuk memperlahankan sedikit kuasa kesejukan penghawa dingin. sambil menatap muka rakan-rakan timbul bebeapa persoalan yang akan diajukan dalam borak-borak bersama YAB halal itu nanti.

Akhirnya yang ditunggu muncul dengan wajah yang berseri-seri, tenang seolah-olah tidak ada apa-apa trajegi terhadapnya, dilaungkan ucapan salam untuk kami dan salam di sambut dan mulalah kami membuka langkah untuk berbicara dengan YAB, hampir semua kami adalah orang baru mengadap beliau kerana selama ini, kepimpinan beliau tidak di curigai, malahan kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk bersama-samanya. Tapi sejak Haprak Najib berjaya menakluki pemikiran Sultan Azlan, rasa ingin memberikan tanda sokongan yang tak berbelah bahagi untuk DS Niza begitu meluap sekali.
Wajah raut muka yang tenang dapat pula menyampaikan perbualan dengan meyakinkan sekali. Perbualan banyak pengkhususan kepada peristiwa DS Nisa semasa menyampaian hujjah kenapa DUN perlu dibubarkan kepada DYTM tuanku. Buku perundangan tubuh kerajaan negeri menjadi pegagangan " The Constitution of Monarchy " ianya ditulis sendiri oleh Sultan Azlan, perbualan mereka merujuk kepada muka surat 266 buku tersebut, perkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran di Dewan Undangan Negeri. Penjelasan yang diberikan dalam buku itu yang dituntut oleh DS Niza, penerangan dan pendapat DS Niza di dengari, difahami, dihanyati dan diterima pakai oleh Tuanku, tapi malangnya dalam pemikiran Tuanku, Najibultantuya telah mengarahkah " pecat DS Niza ".

DS Niza juga memaklumkan tidak ada timbal balik dalam perbualan tersebut, dan hanya diakhir perbualan tuanku angka muka dan melapaskan talaq tiga untuk DS Niza. Beta gugurkan jawatan Menteri Besar dari DS. Sebelum meninggalkan Istana YAB, kami di nasihatkan agar meneruskan pejuangan, kepada Ahli Majlis teruskan tugas, kepada Ketua Kampong juga demikian dan teruskan berdoa untuk mendapat restu dari Allah.

Thursday, February 12, 2009

AZLAN MENGINKARI TULISANNYA SENDIRI

Ir Mohd. Niza terus mendapat sokongan dari pelbagai pihak bagi mempertahankan institusi Kerajaan Negeri untuk mengepalai kerajaan dengan jawatan YAB Menteri Besarnya. Badan-badan NGO's seperti Teras, ABim dan JIM serta ahli-ahlinya telah menandatangai referendum dan juga menandatangai memorendum untuk ditujukan kepada Sultan.

Ir. Mohd. Niza dalam perbincangan awal dengan sultan telah mengaitkan ' Constitutioanl of Monarchy ' halaman 266, semasa perbincangan tersebut DYMM tuanku tidak langsung mengia atau pun menidakan apa yang ditulisnya sendiri untuk. Buku ujudkan Udang-undang Tubuh Kerajaan negeri adalah idea tuanku, sebaliknya tuanku sendiri yang mengingkarinya. Apa yang dilafazkan oleh tuanku ialah, pemecatan kepada Ir. Mohd. Niza selaku MB.

Pada ketika ini, berkemungkinan besar tuanku sendiri terperangkap dalam masalah personalnya sendiri semasa mengambil alah hiharaki diraja Negeri Perak. Mungkin YAB TPM menggunakan isu ini untuk memastikan tuanku tidak berbelah bagi sebalinya menerima sahaja apa yang dipohonkan cara paksa oleh TPM. Inilah bahananya jika kita termakan budi lambat laun budi yang di beri di tagihkan semula.

Peperangan Jawatan MB juga, jadi rebutan antara TPM dan PM, difahamkan TPM memohon pekenan agar ADUN Sungai Rapat untuk MB, tapi Khairi dan PM menolak cadangan tersebut sebaliknya memilih ADUN Pangkor. Kini apa nak jadi, kerajaan perak di anggotai oleh majoriti dengan ahli dalam tindakan mahkamah. Moga-moga Allah sahaja yang mengetahui kehendak suara rakyat.

Sah - Ir Mohd. Niza MENDERHAKA

Ini lah kebatilan dan ketidakwarasan kepimpinan UMNO dan semua NGO yang bertopengkan lambang keris berkarat serta mendukung dacing yang sudah pun nyata berat sebelahnya. Jika kita amati apakah salah memohon memberikan pendapat yang kontra dengan pihak sultan, bukankah sultan, raja-raja, pak enkgu, mak engku Azura ( juru heboh Radio Sinar ), juga maanusia biasa yang lahir dari air mani dan di kandung selama 9 bulan dalam perut ibu, dengan kata lain KITA SEMUA SERUPA.

Ir Mohd. Niza secara bersopan memohon menyembahkan cadang yang kontra ( sembah derhaka ) dengan Sultan Azlan, tapi malangnya pemimpin elite UMNO tidak faham budaya istana, tak usahlah dijadikan model kepada NGO seperti PAKIDA, Perpaduan Melayu, pertubuhan ini hanyalah mencara makan untuk kepentingan semasa.

Sejarah menderhaka ini, bagaimana Mahathir, Sanusi Junid, Megat Junid ( allahyarham ) dan kepimpinan UMNO yang lain mencabul hak kesultanan melayu, menarik imuniti raja-raja untuk kepentingan peribadi pemimpin UMNO, bagaimana Mohd. Taib ( bekas MB Selangor ) memperdaya kerabat Diraja Selangor dan seterusnya menjadikan isteri dengan cara yang amat mendukacitakan rakyat selangor, bagaimana dua mantan MB Perlis dan Terangganu membantah kehendak dan titah sultan Perlis dan Terengganu dalam pertikaian melantik MB yang baru selepas PRU12, hingga keluar perkataan " kami nak deris natang ", siapakah natang yang dimaksudkan oleh kumpulan deris di terengganu. Mana PAKIDA, Perpaduan Melayu, juak-juak UMNO.

Mengapa tidak ditutup dan di seret pengurusan The Stardard Charted Bank kerana menang saman kepada Yg. Dipertua Ng. Sembilan dan membayar balik hutang sejumlah US 1juta. Kenapa juak-juak talibarut UMNO mendiamkan diri, trajidi ini amat dan jauh sekali beza dan beradapnya Ir. Mohd. Niza apakala beliau memohon mempersembahkan sembah derhaka. Oleh kerana tindak tanduk Sultan Azlan menyebelahi Najibultantuya, semua pengurusan kewangan istana telah didedahkan, rakyat sungguh terkejut dengan peruntukan yang diterima oleh pihak istana, lain lagi projek-projek pembangunan yang memang sudah di khususkan untuk pihak istana.

' Sakit ' yang hinggap pada UMNO khususnya bakal PM ini sudah parah, semua sudut digunakan kini rakyat disekat untuk mendapatkan maklumat sah, Berita Hairan, UtusanMeloyakan, Berita TV3suku, RTM semua membohong, maklumat tak tepat, maklumat hanya untuk kepentingan UMNO sahaja, semua penonton dah meluat, suri rumat juga telah menukar channel lain apakala berita tv disiarkan.

Petikan dari Malaysia Kini, kajian rawak yang diadakan hampir 88% tidak bersetuju dengan perintah tuanku Sultan Azlan daripada 39411 responden, 34617 menderhaka kepada tuanku ini menunjukkan mertabat tuankua punah dengan sekelip mata sahaja. Ampun tuanku, sembah patih yang hina harap diampun, patih mendoakan agar tuanku diberikan kesejahteraan untuk mentadbir dan memerintah negeri Perak DR, negeri kesayangan kita buat selama-lamanya. Ampun tuanku. Fikir-fikirkanlah semula untuk kebaikan generasi akan datang, dan sememangnya UMNO sudah tidak releven lagi untuk diikuti.

Wednesday, February 11, 2009

BEING TIRED TALK ABOUT POLITIC

As a teacher there are several characters of responsibility to be carried out and honestly answer statements given below:-

  • What do your pupils think when you enter the classroom?
  • Teaching is a difficult job - what do you think?
  • Are you proud to be a teacher?
  • I want to do and NOT I force to do
  • This is the best way Not this is the easiest way
  • Teacher mus know their pupils
  • Teacher teaching and pupil learning
  • Correct without destroying
  • Education began in the classroom
  • Do not repeat the mistake now and ever
  • Avoid from negative culture
  • Make a different record between faster and slow learner

DEMOKRASI TERPIMPIN : JAKUN @ BACUL DARURAT AJE NGAPA???

Ini adalah hakikat, terang atau suram Malaysia kini mengamalkan 'Dasar Demokrasi Terpimpin'. Terpimpin menjurus kepada satu pihak sahaja iaitu pihak Pemimpin Bacul.

Isu Pengharaman Ceramah seperti yang dilaporkan. Jelas membuktikan jakunnya negara kita bilamana menafikan kebangkitan manusia untuk mendapatkan maklumat tepat. Yang jelasnya maklumat yang hadir dikiblat-kiblat manusia dinegara jakun ini (media massa elektronik) masih berleluasa walaupun secara terangnya membawa propaganda sibacul yang tak bertamadun.

Amat2 tidak adil untuk mengharamkan Ceramah Umum dikalangan pihak lawan khususnya rakyat Perak yang sememangnya dahaga maklumat BENAR berbanding dengan maklumat PALSU saban hari di setiap rumah rakyat jelata.

Saya usulkan 'mengapa tak isytiharkan , DARURAT jika hak asasi rakyat jelata dinafikan dalam bersuara dan mencari KEBENARAN BERITA?????'

Apa pulak kata SUHAKAM dalam hal pengharaman ceramah atas dasar pencabulan hak rakyat tertama dinegeri PERAK???

Pakatan yang tidak BERMUAFAKAT

PRU 12, memang tidak dapat dinafikan, tsunami politik melanda tanah air, BN yang selama ini gah dengan slogan Berkhidmat Untuk Semua, Bersih Cekap Amanah, Cemerlang Gemilang dan Terbilang telah gagal untuk mendapatkan majoriti 2/3 di parlimen dan disamping gagal merampas semula Kelantan Darul Naim sebaliknya, Darul Aman, Darul Ridzuan, Darul Ehsan serta Pulau Mutiara terlepas kepada Pakatan Rakyat. Walau bagaiman pun keujudan Pakatan Rakyat di Perak Darul Ridzuan menjadi panas semenjak ianya dicadangkan untuk penubuhannya lagi. Bukan kerana apa, kerana majoriti kerusi hak DAP 18, PKR 7 dan PAS 6.

Undang-undang tubuh Perak, MB perlu dari kalangan Orang Melayu. Disinilah mula pergesaran yang diperhatikan oleh UMNO yang kecundang cuma dengan majoriti 3 kerusi sahaja. DAP tak sangguh menerima kalangan PAS untuk menerajui Perak. Kalangan PKR pula hanya 3 Melayu dan 4 lagi juga bukan Melayu. ( kenapa dipilih wakil PAS, wallah waalam )

Pakatan = kata akarnya pakat : mengikut kamus Dwi Bahasa keluaran Sasbadi: to discuss dan come to an areement, to agree, to collaborate. Sepakat pula: to be in agreement, aggreed. Bersepakat: to agree.

Bagi kamus digital eleksis; pakatan bermaksud persetujuan daripada perundingan.

Kini benar-badi apakah selepas dipercayaai oleh pihak istana, dan persetujuan semua pihak dari ADUN ( DAP, Keadilan & PAS ) bersetuju melantik YAB dari kalangan PAS, EXCO 6 ke DAP, 2 PKR seorang PAS.

Kesan sampingan yang diluar jangkaan dalam kabinate yang dibentuk, suara-suara jahat melaporkan, DAP memonopoli semua keperluan yang ada di Perak, semua EXCO penting di bawah kawalan mereka termasuk melantik pegawai GLC juga dari kalangan DAP, PAS pula seolah memonopoli semua yang berkaitan dengan pentadibran di peringkat keagamaan. Difahamkan ada kalanya keputusan tidak mengikut apa yang sepatutnya cara bermuafakat tidak ada consensus kalangan exco, kata-kata kasar seperti kami ramai ADUN dan EXCO, kami pula mengepali pentadbiran negeri, jadi ini sudah pasti akan mengecilkan hati kalangan tertentu.

Adala diharapkan apa yang berluku kini dijadikan satu pengajaran kepada gabungan ini, memang bukan mudah untuk menjaga semua kehendak setiap indivudu atau pun kumpulan tapi gunakan pepatah ' seperti menarik rambut dalam tebung, rambut tak putus, tepung tak bertaburan '.

Kepada DAP perlu memahami hakikat walaupun gabuangan pakatan ini diujudkan ianya juga bergerak seperti BN, ' give n take ' kalangan antara ketuanan Melayu juga perlu difikarkan. Pakatan Rakyat mampu pergi lebih jauh lagi jika kesefaman dapat dipupuk dan rasa pertanggongjawaban ada dikalangan pemimpin, tak kira DAP, PAS & Keadilan. Tugas yang hampir ialah untuk memastikan Bukit Gantang dan Bukit Selambu menjadi hak Pakatan.

BERSATU KITA TEGUS BERCERAI KITA ROBOH


Tuesday, February 10, 2009

CHE DET LAWAN KU LI

Kedua-dua mereka adalah pemimpin UMNO dan pernah meNjawat jawatan tertinggi dalam UMNO, Che Det adalah mantan PM dan Ku Li Bendahari UMNO, pada masa pemerintahan Ku Li le UMNO berjaya membebankan UMNO dengan hutang dengan kejayaan membangunan PWTC.

Walaubagaimana pun kedua-dua mereka agak memberikan padangan yang menyedihkan dalam keadaan apa yang berlaku di Perak. Rampasan kuasa yang sungguh memalukan kepimpinan UMNO. Apa tidaknya, bagi pihak Che Det, UMNO sudah hilang taring dan tidak sanggup bekerja untuk kejayaan melainkan mencuri dan merompak harta orang lain untuk memastikan kepimpinan mereka dapat diteruskan. Akhirnya Najibultantuya, tertangkap 2 ADUN yang bermasalah untuk dijadikan rakan kongsi untuk memastikan UMNO dapat kembali memerintah Negeri Perak. CheDet sungguh kecewa dengan perbuatan Najibultantuya bakal PM Malaysia yang ke6. ( walaubagaiman pun che det masih minat agar najibultantuya menjadi pm ).

Bagi Tengku Ghazali Hamzah, secara sah masih mengiktiraf Ir. Mohd. Niza masih lagi MB yang sah memerintah Perak. Keesahan ini termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Sultan tidak ada kuasa menamatkan kuasa MB kecuali EXCO.

Implikasi tindakan sultan mengarahkan Ir Mohd. Niza berhenti, kini Perak DR ada dua MB yang pilihan sultan dan pilihan rakyat.

Kenapa mereka ( UMNO ) yang di pengerusikan YAB Najibultantuya, tidak sanggup menunggu sampai persidangan DUN pada April nanti?, gunakan ' undi tidak percaya ' terhadap Ir. Mohd. Niza, atau apakah ianya ada kaitan dengan pemilahan UMNO Mac ini dan peralihan kuasa PM dari Pak Lah ke Najibultantuya. Tindakan rakus ini sudah pasti meninggalkan kesan sampingan kepada seluruh rakyat Malaysia dan Khasnya Masyarakat di Perak. Rata-rata mengatakan bahawa UMNO sudah tidak relevan lagi memerintah Malaysia.

KepadaRakyat Perak : BANGKIT DAN LAWAN TETAP LAWAN

UMNO di Puncak Kehancuran

Kini tidak dapat dielakan lagi, melalui virus Najibultantuya, sudah ramai kalangan kepimpinan khasnya dan keseluruhan ahli UMNO telah sakit, virus ini menyerang seperti HIV dan akhirnya menjadi AIDS.

Apa saja yang dilakukan oleh UMNO semua pihak memberikan sokongan, apa yang berlaku di Trengganu, UMNO hentam raja, PM tak ikut kehendak sultan semua orang sokong, akhbar, media masa tidak lansong memberikan komenter kebiadapan mereka, pakar undang-undang turut sama bersetuju dengan tidakan mereka, tidak kedengaran lansung agar mereka di sumbat ke penjara, ISA atau pun di nyahkan dari negeri Terengganu tersebut.

Virus Najibultantunya, selain dalam pasukan polis, kehakiman kini sudah meresap ke istana pula, walau pun jelas, diperturunkan perlembagaan yang menjadi pegangan tubuhnya sesebuah negeri yang dikemukakan oleh pihak PR langsung tidak dapat pembelaan dari mereka yang berkuasa, semua tak betul, semua membangkang, hakim, bijak pandai seperti profesor juga turut dihinggapi dengan virus ini. Yang peliknya mereka langsung tidak mempertikaikan ujudnya Artikel XVI (6) udang-undang tubuh Negeri Perak.

Kini Suhakam juga turut mempertikaikan keujudan kerajaan baru Perak, sudah tentu pencacai UMNO akan menuduh Suhakam telah dibeli oleh UMNO.

Kita lihat sendiri, betapa bangangnya Hishamuddin Hussein, apakah rakyat telah menerima UMNO atau Hishamuddin itu sendiri Menteri yang tak cerdik, memang di UNESCO juga kempen secara UMNO kempen dengan menggunakan wang rakyat untuk menang. Lihat sendirilah betapa kelamkabutnya sekolah di musim persekolahan tahun ini, semua serba tak kena, demi nak jaga hati perwakilan ke perhimpunan agung sanggup menjadikan sekolah flatform untuk memastikan kerusi naib presiden tersebut.

YAB Nizar dikatankan Derhaka, gimana pula dengan YAB Najibtantuya - kepada badan kehakiman, polis fikir-fikirlah untuk masa depan generasi kita. Ikut saja arahan najib masa depan generasi kita seperti apa yang dibuat dan dilakukan oleh Najib.. fikir-fikirkan lah......

P.RAMLI DAH LAMA MEMPERLI UMNO

Tahniah dan syabas kepada media elektronik, terutama televesyen yang sentiasa menyiarkan filem-filem Tan Sri P. Ramli. Sepatutnya melalui tayangan tersebut dah ramai pencacai UMNO mengisi borang dan terus menyertai mana-mana parti dari Pakatan Rakyat.

Filem : Nujum Pak Belakang - bagaimana perompak-perompak mengagih-agihkan barangan rompakan mereka, ketidak percayaan antara ahli satu hal serta cara mendapatkan harta satu hal yang lain, seolah-seolah apa yang berlaku dalam filem ini ada kaitan dengan cara rompakan harta yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO ketika ini.

Filem : Pendekar Bujang Lapok, bagaimana Sudin bersama-sama Ramli din Aziz, mengeja satu perkataan dengan meyimpulkan ejaan tersebut Alif mim nun tendang wau jawapan sarkis, sedangkan apa yang dieja ialah UMNO, jadi sahlah kini UMNO dan kepimpinannya laksana badut-badut di sarkis.

Filem: Musang Berjanggut, bagaimana P. Ramli memperli kepimpinan UMNO dan pengamal undang-undang di Malaysia kini, mereka akan mengubahkan setiap perundangan jika ianya tidak memihak kepada UMNO: Bukankah tuan Memanda Nikah Kawin, dan sudah tentu ianya bersalah memasuki rumah seorang perempuan yang telah dinikai, jawab memanda saya yang mengubal undang-undang dan saya boleh ubah dan pinda undang-undang tersebut.

Ini lah yang berlaku semasa PAS mengambil alih Terengganu, royaliti minyak, perundangan diubah oleh Rais Yatim, isu pembentukan kerajaan Negeri Perak, sultan dipergunakan dan undang-undang tubuh Perak di ubahsuai untuk kepentingan UMNO.

Kepada pengikut dan peminat UMNO sedarlah kerana negara kita sedang dipimpin oleh mereka yang tak lebih dari badut-badut dalam sarkas, di manalah letaknya ketuanan melayu yang dilaung-laungkan?

Monday, February 9, 2009

DULU BAG BERAT - KINI TAK BAWA BUKU

Kini pihak kementerian telah risau dan bingung dengan keranah dan budaya yang dibawah oleh pelajar-pelajar khusus di peringkat sekolah menegah, kenapa tidaknya, mereka telah membudayakan tidak membawa buku teks ke sekolah, sedangkan pihak sekolah rendah pula di bebankan dengan bag berat. Diman salah dan silapnya, kecoh-kecoh tak habis-habis dengan kementerian yang di pimpin oleh Ketua Pemuda UMNO ini.

Zaman telah berubah, sistem pengajaran dan pembelajaran banyak di kuasai oleh kuasa elekctronik, dengan adanya makmal komputer, dengan setiap individu mampu memilik komputer riba, dengan sistem pengejaran oleh guru disediakan dengan semua kemudahan, apakah perlu adanya lagi buku teks. Kalangan guru sudah dilatih dan di asuh dengan Hurai Sukatan Pelajaran di hujung jari, persediaan harian yang sentiasa 'up to date '.

P&P tidak ada lagi ayat arahan seperti ini: " murid-murid sila buka muka surat 30 dan baca potongan karangan tersebut " dizaman Cik gu Shaari dalam filem Masam-masam Manis pun tak bawa buku. Apatah lagi di zaman golkar ini.

Pihak KP perlu memikirkan, keperluan dan kemudahan yang perlu ada di setiap sekolah agar bebanan bag berat dan tak bawa buku teks ini dapat di atasi. Kemudahan seperti kabinate, rak-rak buku untuk pelajar tiada, sedengkan buku-buku ini diperlutkan setiap hari. Sekolah asrama penoh tidak timbul masalah ini, kerana kemudahan asas seperti yang dinyatakan disediakan, sekolah menengah harian tiada malahan terhadap juga keadaan fizikal perabut yang amat mendukacitakan.

Setiap pengajaran, seorang guru dengan persediaan yang cukaup bersedia dengan topik pengajaran, BBM, sudah pasti guru tidak akan membuat arahan untuk membuka buku teks, kadang kala mungkin seorang guru juga terlupa untuk memastikan setiap murid mengeluarkan buku teks, jika ini berlaku saban hari sudah pasti inya menjadikan satu bebanan kepada murid untuk membawa buku-buku tersebut. Disamping itu dengan kemudahan internate yand disediakan, besar kemungkinan selepas sesi pembelajaran murid akan menggunkan makmal komputer untuk melayari apa yang sudah di pelajari sebentar tadi.

Sehubungan dengan itu, pihak KP dan Permafakatan PIBG perlu menerima hakikat bahawa sistem pengajaran dan pembelajaran sudah berubah dan ianya lebih terbuka dan memudahankan setiap pelajar itu sendiri.

Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA